Big Why

My Big Why Titik Tolak Memulakan Bisnes Shaklee Secara Serius

16:00


Amaran: Post ni sangat panjang, harap bersabar kalau teruskan pembacaan

1997- Arwah mak meninggal di hospital. Asalnya mahu check up biasa, keadaan stabil, bawak masuk wad, tekanan darah meningkat secara mendadak.

2005 - First time terkejut dengar berita Abah kena heart attack. Dari Shah Alam bergegas balik Taiping. Abah masuk HDU. Tak boleh bangun. Masa jumpa menahan rasa. Abah meleleh air mata pesan jagakan adik. Huwaaa!!! Serius tak ready kalau Allah nak ambil nyawa Abah masa tu.

Sebabnya baru habis degree, baru keje tak sampai sebulan, tak sempat bagi duit gaji kat Abah lagi. Masa tu doa sangat Allah panjangkan umur Abah, bagi peluang dia rasa duit saya.

2009 - 2 minggu lepas kahwin, hari pertama saya report duty balik rumah dapat call dari En Suami dia eksiden. Pastu dia letak telefon, call balik kata dia eksiden. Pastu call lagi, bagitau dia eksiden. Ha, sudah! Suami aku ni dah kenapa? Saya suruh dia tunggu saya datang. Rupanya concussion kat kepala buat dia jd hilang ingatan sekejap. 

Masa ni memang tak tau nak kata. Biasanya kalo orang lain tengah honeymoon kan? Tapi kami tido sama2 di hospital dalam seminggu macam tu. Honeymoon dengan Dr dan nurse skali. Tido la tepi katil suami seminggu. Keadaan suami masa tu memang tulang pinggul retak. Memang bed-ridden hampir sebulan. Gigi depan patah berserpih.

Dalam masa 2 tahun awal perkahwinan, 3x husband eksiden. Paling teruk yang kat Cyberjaya masa balik kursus. Yang tu sampai kena tolak masuk OT sebab kena jahit luka yang dalam. Saya tengah mengandung Aryan 6 bulan masa tu.

2012- Abah kena heart attack buat kali kedua. Kena kat kebun sorang2. Alhamdulillah Allah hantar seseorang nak tengok keadaan di dangau masa tu. Saya pulak baru habis cuti bersalinkan Aqif. Terus sambung cuti lagi shoot balik Taiping.

Dalam masa tu, kena heart attack lagi buat kali ke tiga sehari lepas balik rumah. Kesannya Dr terus refer IJN dan decide buat pintasan jantung terus. Masa ni memang kemuncak sebabnya saya fikir siapa nak jaga Abah lepas keluar ni. Tengok wayar berselirat, darah beku dikeluarkan, tengok abah mengerang sakit tapi mata tak buka, condition 50-50 masa tu buat air mata tak boleh di tahan lagi.


Untuk Perhatian Ahli Keleuarga Selepas Pembedahan



Masa on the way balik rumah, tanya suami dia izinkan saya tak utk amik cuti sebulan tanpa gaji. Bukan mudah nak cuti, perbelanjaan bulanan kami kongsi bersama langsaikan bil dan hutang. Alhamdulillah suami izinkan. Mujur masa tu dah buat bisnes Shaklee, saya ada backup income. Memang lepas bayaran hutang kereta bulan tu dalam RM850 kot tak salah, plus baki tu buat belanja sikit. Family mertua pun baik sangat sangat faham situasi saya masa tu.

Tak lama lepas tu arwah tokwan, arwah makteh dan arwah mak mertua pulak sakit. Memang ratu cuti tanpa gaji lah saya. Staf HR memang dah kenal sangat muka. Sebabnya company saya peruntukkan benarkan cuti sehari je dalam sebulan. Selebihnya kena unpaid lah. Tapi terjejas sket la gaji hakiki bila asyik unpaid leave kan. Tapi saya tak risau sangat, bonus Shaklee yang dapat setiap tengah bulan tanpa gagal banyak membantu.

2013 - Kemuncak BIG WHY bila suami suarakan hasrat nak pindah balik Taiping, plannya untuk jaga arwah mak mertua. Semasa dalam proses permohonan, mak mertua saya dijemput pulang oleh PenciptaNya. Seminggu lepas tu suami dapat berita permohonan pertukaran berjaya. Walaupun kami tak senpat jaga arwah, tapi kami sedar Allah hantar kami pylang ke Taiping sebab kami ada Abah-abah yang masih perlukan perhatian sebab memang kedua2 mereka tak berapa sihat.

Saya? Tanpa fikir banyak kali terus buat keputusan ikut suami. Tempat isteri memang bersama suami kan? Biarlah kami bersusah senang bersama2. Bukan senang lepaskan gaji hakiki dan kerja tetap. Tapi saya yakin bila kita niat nak berbakti pada orang tua, Allah akan bantu kita, buka seluasnya pintu rezeki untuk kita usahakan.

Kini saya WAHM. Orang selalu tanya, sekarang dah tak kerja la ye, sayangnya belajar tinggi2 tak kerja. Dulu sentap juga. Tapi kini saya boleh jawab dengan senyuman 

"Saya kerja dari rumah, buat bisnes Shaklee. Dalam masa yang sama tengok anak-anak membesar dan dapat jaga dan dekat dengan kedua-dua Abah kami".

Hidup ini adalah pilihan. Terpulang pada diri sendiri anda nak pilih yang mana. Saya gembira dengan pilihan saya.



Your Trusted SID 

ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help~


You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts