Bisnes Dari Rumah

Bisnes Online Dari Rumah: Perubahan Shaklee Bawa Dalam Hidup Saya

10:00

Baru semalam En Suami cakap, bagus jugak Sayang tak pi kerja macam dulu. Kalau tak mesti penat kan. Kebetulan masa tu dia tengok kakak ipar baru balik mengajar, keluar rumah matahari tak de lagi, balik matahari dah masuk fasa jatuh.


Bisnes Dari Rumah Mudah Untuk Saya Atur Masa Ikut Cuti Suami


Tiga tahun lepas dengan restu suami, saya lepaskan jawatan sebagai pensyarah. Kini kami bebas untuk corak dan susun jadual sendiri. Dapat capai time freedom, insyaAllah nanti financial freedom pulak. Semua dengan Shaklee.

Sekarang ni pun kami di rumah mertua. Suami pun baru berkesempatan cuti minggu ni. Ada rezeki kami tolong bersihkan rumah sikit-sikit dan cat bahagian dapur. Nak buat masa sebelum raya, tak sempat. (Plus tak larat pun). Jadi kita tukar sikit, grab peluang yang ada bahagiakan orang tua yang masih bernyawa.



Bukan setakat tu saja, sejak kenal Shaklee saya semakin menghargai kesihatan dan nikmat sihat tu. Kalau dulu mana pernah terfikir nak buat detoks atau join misi #eatclean. Ni semua pengaruh rakan sebaya di group #ireach.

Bukan setakat tu je, saya lebih mahu improve diri, improve amalan, improve ilmu, hargai persahabatan dan silaturrahim, paling bermakna meraikan perbezaan pendapat.

Dan paling seronok, anak-anak pun happy bila ibu nak pi 'sekolah' atau jumpa kawan-kawan. Takdelah macam dulu, monyok je muka. Melepaskan mereka penuh rasa terpaksa.

Bak kata seorang yang saya hormati, cepat atau lambat perkembangan kita dalam sesuatu bisnes tu bukan kayu ukuran. Yang paling penting sejauh mana KITA MAMPU BERTAHAN.

Pada saya tiada apa yang mahu dikesalkan. Saya gembira dengan apa yang saya ada sekarang. Dan tak sabar untuk mengukir lebih banyak kejayaan dan kebahagiaan bersama insan2 yang menghargai dan menyayangi diri ini.

Maka nikmat Tuhan yang mana kamu dustakan?

Mahu join group bisnes kami? Mari saya bantu anda.

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts