Health Tips

Tips Kurangkan Junkfood Pada Anak-anak

09:00

Dulu ada orang pernah cakap kat saya macam ni,

“Budak-budak ni kalau tak bagi ratah m**o tak lengkap kitar hidup dia”.
Masa tu tahun 90-an gitu, masa zaman besarkan Mimi. Jadi sebab tak mau ada sebarang kekurangan tu, maka memang ada la rutin kenduri m**o tu.

Sekarang bila dah ada anak sendiri, dah makin besar, dah bercampur gaul dengan ramai orang dan rajin membaca baru tahu perkara sebenar. Contohnya macaam ada video pencerahan baru ni, dalam 100g serbuk m**o tu, ada 40g gula! (Video Part1, Video Part2) Ha, tinggi tak?

Betapa terbuka mata dan minda sikit tentang kepentingan baca label. Baru sedar sikit tentang semua yang keluar kat TV tu tak sebagus yang di canangkan.

Jadi bila sekarang dah ada anak-anak sendiri, memang dah tak ada la sesi kenduri tu. Dulu ada la diorang ni ambil sendiri, tapi sekarang tak ada lagi dah sejak dapat amaran. Kahkahkah

So far bab keropok berperisa memang diharamkan masuk dalam rumah ni. Beli pun dah tak. Dapat pandangan tajam tanpa bersuara dari Ibu ni pun diaorg dah faham. Macam Aqif dia memang agak disiplin, siap kadang-kadang dia yang cakap,

Ibu kan tak bagi makan ni. Ni unhealthy food”.

Cuma akan ada bila dapat goodies bag kenduri atau sambutan hari lahir di sekolah. Atau diaorang makan masa balik rumah Tok atau Wan.

Antara budak bertiga ni, si abang-abang ni dah faham dah NO means No. Si budak perempun ni je agak berdrama air mata. Campur aura princess tu sekali memang manjaletis lain macam.

Jadi saya akan try umpan dengan buah atau makan lain yang lebih berkhasiat kalau anak-anak. Setakat ni menjadi la teknik tu. Dan paling mereka seronok bila saya libatkan sekali dalam sesi membeli, persediaan makanan dan memasak.

Macam mana pun jenuh jugak nak menepis pengaruh iklan tu kan bila sesekali melintas di TV tu. Sebab dalam tu cakap itu bagus, ini bagus, ini untuk bijak, itu untuk otak. Jenuh nak cari ayat untuk sangkal balik overclaim yang macam-macam tu.

Siapa ada idea kelip-kelip untuk counterback balik iklan kat TV tu, jemputlah share tipsnya ya!

Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee atau ingin menjadi sebahagian keluarga #teamdiva, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!

Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang

TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!

TAWARAN HEBAT!
Shaklee Distributor & Bussiness Leader

868991

Disclaimer :

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts