Bisnes Tips

Abah, My Ultimate Role Model

14:00

Abah saya dulu bekerja sebagai juruteknik di JKR. Satu ketika tu bahagian unit Abah dinaiktaraf untuk penswastaan.


Jadi Abah dan kawan-kawan diberi pilihan untuk masuk ke swasta atau berhenti kerja. Mungkin ada sedikit pampasan, tapi bab tu saya tak pasti sangat.

Abah tolak untuk join swasta sebab nanti banyak terlibat dengan oustation luar kawasan Taiping. Masa tu arwah mak dah meninggal, jadi tanggungjawab menguruskan kami adik-beradik tu memang Abah yang pikul.

Syukur dihadirkan adik beradik yang membantu juga. Masa tu arwah Tok Wan dan Atok pun masih ada lagi. Gilir-gilir jaga kami sementara masih nak sesuaikan diri.

Abah ambil lesen kelas F dan buat bisnes. Pengalaman kerja dulu banyak bantu Abah kenal ramai kontraktor dan suplier bahan. Jadi walaupun masih baru, ramai yang suka berurusan dengan Abah sebab mereka suka hasil kerja Abah.

Abah sangat teliti. Buat kerja kena plan. Mesti ada perancangan dan impian. Kalau memang tak boleh adapt dengan cara kerja Abah memang masalah. Boleh jadi konflik. Tak ada istilah celam-celup janji siap. Memang kena ceramah la kalau buat kerja tak siap sampai habis.

Macam kami zaman muda mudi dulu la. Contohnya dulu selalu mengelat sapu sampah tapi tinggal sampah tepi pintu luar je. Ataupun ambil barang tapi tak letak tempat dia semula.

Bila cari tak jumpa, jangan harus kata “tak tahu”. Memang kena la. Pijar menanah telinga. Sebab Abah memang tahu dia simpan kat mana. Rasanya memang tahu saya dapat “warisan genetik” tu dari siapa. Kahkahkah

Sejak tengok Abah jatuh bangun dalam bisnes tu yang buat saya banyak fikir tentang bisnes saya sekarang. Nak senang bukan senang. Kena tipu. kena pulau. Kena kecam. Kena fitnah. Tu belum yang datang nak ambil kesempatan. Eh, macam-macam lah.

Tapi macam mentor bisnes selalu cakap jugak, kalau takde semua “cabaran” tu memang tunjukkan kita tak buat apa-apa lah. Sebab orang tak nampak pun. Kalau tak nampak, mesti la tak kena kan?

Mungkin berkat doa arwah Tok dan Tokwan juga yang bantu Abah jadi kuat dan berjaya harungi hidup sebagai single-parent dan usaha keras mahu sediakan semuanya untuk anak-anak.

Saya ingat lagi bila Abah kata kalau Abah tak nekad berhenti kerja dulu, tak buat bisnes mesti Abah tak boleh hidup senang macam ni. Dulu gaji Abah kecil je. Tak sampai RM1000 pun masa tu.

Nak hidup bulan-bulan jenuh berjimat. Tapi satu yang saya tabik sebab kecil mana pun gaji Abah, Abah boleh menyimpan dan beli rumah kos rendah untuk kami berteduh.

Bukan tu je, Abah boleh renovate rumah arwah Tokwan di kampung. Hujung minggu balik tolong arwah Tokwan dengan kerja kebun. Sampai kena heart attack kali pertama pun di sana.

Abah memang suka kereta Mercedes. Memang Abah dah berjaya pakai pun. Ni antara impian Abah dari zaman muda dulu. Impian nak buat rumah banglo pun Abah capai, sedih jugak bila kenang arwah mak tak sempat duduk bersama. Bila part ni, memang saya tahan rasa supaya tak tumpah air mata.

Abah cakap jangan takut berimpian dan kerja keras dapatkannya. Impian yang tak tercapai tu sekadar angan-angan. Kena berani ambil risiko. Memang sama je macam yang mentor bisnes selalu ulang-ulang.

Dan sekarang bagi mengisi masa dan keluarkan peluh, Abah tenang menjengah kebun sawit dan lembu-lembu Abah setiap pagi. Masih terus mencari rezeki untuk tampung perbelanjaan adik-adik yang masih belajar.

Pembedahan pintasan jantung bukan penghalang untuk Abah teruskan minat dan capai impian Abah. Malu la kalau anak dia yang masih muda dan sihat ni nak mengalah dan putus asa kan?

Jangan tak tahu sekarang Abah ada minat baru sejak tahun lepas. Travel dengan kawan-kawan. Umrah, Medan, Banjarmasin dan terkini 2 hari lepas Abah baru balik dari Acheh. Masa Abah kat sana tu sempat kirim untuk Abah doakan sepanjang musafir.

Gambar ni pun saya baru dapat dalam group whatsapp keluarga. Saya tumpang gembira bila tengok gambar ni. Dalam masa yang sama sebak tu datang, tapi saya terus buang jauh-jauh. Perkara yang menyedihkan jangan di kenang.

Ya, Abah role model dalam hidup saya. Orang paling dekat dengan saya yang saya tahu susah senang jatuh bangun hidupnya. Moga Allah terus berikan kesihatan yang baik pada Abah dan sentiasa dalam lindungan Allah selalu.

Kak Yong sayang Abah sampai akhir nyawa. Doakan Kak Yong sempat tunaikan impian Abah dan rasa puas dapat berkhidmat untuk Abah.
 
Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee atau ingin menjadi sebahagian keluarga #teamdiva, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!

Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang

TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!

TAWARAN HEBAT!
Shaklee Distributor & Bussiness Leader

868991

Disclaimer :

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts