"Haziq, jom ikut mak pergi rumah Pak Andak, Kali ni Mak tak kira, Pak Andak kamu kena dengar cakap Mak".
Tegas pulak Mak kali ni. Haziq yang baru je sampai dari KL cepat-cepat bangun pergi ambil kunci keretanya.
"Kamu ni bior bebenor sikit, Haziq. Umah Pak Andak kamu selang 2 rumah je. Tu pun nak pergi naik kereta? Mamai kamu ni", bebel Mak lagi.
"Ambilkan Vivix Mak skali dalam peti ais tu. Tak tahan dah Mak tengok luka Pak Andak kamu tu""
"Vivix? Luka Pak Andak? Kenapa dengan Pak Andak, Mak? Luka apa nyer?" tanya Haziq makin keliru. Tapi kaki terus melangkah ke dapur untuk ambil Vivix.
"Kaki Pak Andak kamu tu terkena cangkul masa kat kebun 3 minggu lepas. Mak dah suruh ke klinik. Tapi kamu paham la perangai dia. Degil ya amat. Disapunya dengan minyak gamat je. Minggu lepas mak ada pergi ziarah. Ye la, dah tak nampak dah dia kat surau. Sekali mak tengok, Pak Andak kamu terbaring je. Lukanya MasyaAllah, berkeruping sana sini. Risau Mak"
Hmmm, itu lah Mak aku. Walaupun kuat bebel. Hatinya baik.
Sampai di rumah Pak Andak, Mak Andak yang jemput kami masuk. Pak Andak masih terbaring. Tapi kata Mak Andak, ada juga perubahan. Tak macam hari tu. Itupun sebab Mak datang hari-hati untuk cuci luka tu.
"Adoi..Perlahan la sikit Peah oii..sakit tau tak? Tau la kamu tu jururawat pencen. Kesian la sikit pada abang kamu ni!" jerit Pak Andak.
"Sebab aku kesian la Peah buat macam ni, Andak. Kalau tak, lagi teruk nanahnya". Bebel Mak sambil cuci luka Pak Andak. Berkerut-kerut orang tua tu menahan sakit.
"Haziq, pergi ambil insulin Pak Andak dalam peti ais tu. Kalau mak tak buat, penuh dalam peti ais tu jawabnya".
"Eh, tak payah, Haziq. Kamu ambil je Jus Injit-Injit Semut tu. Lagi bagus dari ubat tu", jerit Pak Andak.
"Jangan mengada. Ubat tak nak makan. Lepas tu nak makan yang tak tahu asal usul ni. Dah,esok Peah bawak ke klinik untuk temujanji susulan. Harap-harap jangkitan kuman tu dah makin elok la"
"Nah, makan sirap merah Vivix ni sekali. Esok pagi Peah datang ambil tau. Kita pergi klinik"
Penghidap kencing manis yang tidak mendapatkan rawatan atau tidak mematuhi pelan rawatan oleh doktor senantiasa mempunyai kandungan gula yang tinggi di dalam darah.
Jangan terkejut, kurangnya kawalan terhadap paras gula dalam darah boleh mengakibatkan pelbagai turutan mekanisme yang sangat menakutkan:
- Pertama, ia akan memekatkan kepekatan darah. Apabila darah menjadi pekat, darah yang mengandungi antibodi dan pelbagai mekanisme pertahanan tubuh untuk memulihkan luka sukar untuk ke luka yang terjadi
- Kandungan gula yang tinggi juga menyediakan persekitaran yang sesuai untuk kuman membiak dan melambatkan proses penyembuhan luka
- Akibatnya, luka menjadi lambat sembuh dan mudah merebak dan dijangkiti kuman sehingga mengakibatkan masalah lain.
- Pada ketika inilah, luka mengalami inflamasi/bengkak dan mula bernanah sehingga mengeluarkan bau dan seterusnya menimbulkan rasa sakit pada pesakit
- Pada masa yang sama, pesakit mungkin akan mengalami demam dengan suhu yang tinggi
Jadi Apakah Yang Patut Dilakukan?
- Ikut arahan doktor dalam pengurusan luka pesakit
- Luka perlu dicuci setiap hari dan disapu antiseptik pada kawasan luka. Ini boleh dilakukan sendiri (jika tahu caranya) atau ke klinik kesihatan terdekat. Ini bagi memqstikan luka dapat dibersihkan dengan baik
- Pada masa yang sama, pastikan pesakit makan ubat antibiotik yang dibekalkan bagi membunuh kuman
- Komplians terhadap pengambilan ubat-ubatan diabetes yang dibekalkan
- Ubat yang dibekalkan memastikan paras gula berada dalam julat yang selamat. Jika paras gula menjadi tidak terkawal, kerosakan yang lebih teruk boleh terjadi pada tubuh.
- Metformin contohnya, membantu meningkatkan sensitiviti sel terhadap insulin.
- Insulin pula membantu untuk mencukupkan paras insulin dalam badan. Penghasilan insulin mungkin menurun menerusi proses "negative feedback" apabila tubuh mengesan paras insulin yang tinggi dalam darah.
- Oleh itu, ambil ubat anda seperti insulin dan ubat-ubatan mengikut dos dan masa yang telah diberikan.
- Melakukan "self-monitoring of blood glucose (SMBG)"
- Periksa paras gula di rumah dengan menggunakan glucometer setiap hari
- Kajian membuktikan pesakit yang membuat "self-monitoring" menunjukkan peningkatan dan kawalan yang lebih baik terhadap penyakit mereka
- Ini amat membantu dalam mengenalpasti faktor-faktor mempengaruhi pola turun naik paras gula dalam darah seperti diet dan senaman
- Mengamalkan diet yang sihat
- Diet merupakan antara komponen yang penting dalam memastikan gula dalam darah dapat dikawal dengan baik. Ini dapat menurunkan bebanan pada sistem tubuh dalam mengawal paras gula dalam darah
- Kurangkan minuman bergas, minuman 3-in-1 dan hadkan pengambilan gula proses (gula putih)
- Pilih makanan dengan Glycemic Index yang rendah dan amalkan pengambilan buah
- Bersenam secara konsisten setiap hari
- Senaman membantu menurunkan gula dalam darah dengan mengaplikasi sistem yang amat unik tanpa menggunakan insulin
- Mengamalkan pengambilan suplemen yang membantu meningkatkan kesihatan tubuh
- Bagi pesakit diabetes, sebarang pengambilan suplemen perlu mendapat kebenaran daripada pihak dokor bagi memastikan ia tidak menggangu rawatan yang sedang dijalani pesakit. Antioksidan adalah antara suplemen yang dicadangkan bagi membantu mengawal komplikasi-komplikasi diabetes menjadi lebih teruk yang berpunca daripada keradangan.
Bolehkah semua langkah-langkah di atas dilaksanakan? Percaya atau tidak, inilah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh seorang penghidap kencing manis dalam mengawal gula dalam darahnya.
Mengapa Wajar Memilih Vivix?
Resveratrol merupakan satu bahan aktif yang terbukti mampu membantu menurunkan bacaan gula di dalam darah. Namun, resveratrol di dalam Vivix adalah lebih unik kerana diperkaya dengan beberapa polifenol yang dipilih khas yang mampu meningkatkan keberkesanan resveratrol hampir 13 kali ganda dalam menjalankan tugasnya!
Bagaimana Resveratrol di Dalam Vivix Bertindak?
Kandungan gula dalam darah yang tinggi akan meningkatkan kepekatan darah dan ini akan memperlahankan aliran darah yang membawa oksigen dan nutrien yang diperlukan ke organ-organ. Apabila organ-organ ini kurang mendapat nutrien, fungsinya akan menurun dan boleh mengakibatkan kerosakan kepada sistem tubuh badan kita.
Kandungan gula dalam darah yang tinggi akan meningkatkan kepekatan darah dan ini akan memperlahankan aliran darah yang membawa oksigen dan nutrien yang diperlukan ke organ-organ. Apabila organ-organ ini kurang mendapat nutrien, fungsinya akan menurun dan boleh mengakibatkan kerosakan kepada sistem tubuh badan kita.
1. Resveratrol Mengurangkan Kerintangan Insulin
Kajian telah membuktikan bahawa resveratrol mampu membantu untuk mengurangkan rintangan insulin iaitu satu keadaan di mana sel menjadi tidak sensitif terhadap kehadiran insulin.
Apabila rintangan insulin berjaya dikurangkan, gula di dalam darah akan dapat dibawa masuk ke dalam sel, menurunkan kandungan gula di dalam darah dan meningkatkan keupayaan sel untuk menghasilkan tenaga.
Apabila gula berjaya dibawa masuk ke dalam sel, gula ini akan diproses oleh mitokondria yang berfungsi sebagai "stesen janakuasa tenaga" di dalam sel. Pada masa yang sama, resveratrol membantu meningkatkan bilangan mitokondria melalui biogenesis mitokondria. Ini akhirnya akan meningkatkan jumlah tenaga yang dihasilkan dan menjadikan pengamal Vivix lebih bertenaga.
3. Memperlahankan proses inflamasi/keradangan
Resveratrol, anthocyanin daripada ekstrak Elderberry dan polifenol-polifenol lain di dalam Vivix bertindak sebagai antioksidan yang efektif dalam menghalang pembentukan radikal-radikal bebas.
Radikal bebas adalah punca utama berlakunya kerosakan sel melalui proses inflamasi dan apabila proses ini dapat diperlahankan, kerosakan yang lebih teruk pada pada organ-organ terutamanya jantung, buah pinggang, mata dan saraf akan dapat dihentikan.
4. Melambatkan proses pembentukan protein AGE
Dengan membantu melambatkan penghasilan protein AGE yang terhasil akibat kerosakan sel, pelbagai turutan proses yang membawa kepada penuaan dan penyakit-penyakit kronik termasuklah kerosakan pada struktur buah pinggang dapat diperlahankan.
5. Melindungi sel dari kerosakan DNA
Sebarang penghasilan sel adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada DNA. Jika DNA rosak, sel-sel yang terhasil adalah tidak sihat dan tidak dapat menjalankan tugas dengan efektif.
**Cross-Sectional Analysis of Telomere Length in People 33-80 Years of Age: Effects of Dietary Supplementation. Harley CB et al. (2014) 55th Annual Conference, JACN, Vol. 33(5), p414.
Sumber Youtube: Elizabeth Blackburn & The Science Behind Vivix
Apabila DNA berjaya dilindungi daripada rosak, kerosakan yang lebih teruk akan dapat dielakkan dan proses penghasilan sel-sel baru yang sihat akan berjalan dengan lebih lancar.
Jom Order Vivix Shaklee Sekarang
Cara 1 :
Dapatkan Vivix anda dengan klik pada ikon Vivix di bawah, ikuti langkah seterusnya dan pihak Shaklee Malaysia akan terus membuat penghantaran menggunakan perkhidmatan kurier GDex atau CityLink.
Cara 2 :
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!
Cara 3 :
Inginkan diskaun sehingga 15% bagi produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang di nombor di bawah. Saya tunggu panggilan anda :)
Shaklee Distributor & Bussiness Leader
868991
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini