Turunkan paras gula dalam darah
Penat, Kerap Kencing Dan Dahaga? Anda Wajib Baca Ini Sekarang!
20:00
"Makcik dah pergi jumpa tok bomoh di kampung seberang tu. Dia cakap ada 'benda' menumpang di tulang belikat ni. Sebab tu saya kerap penat dan senang terjaga malam. Bangun je mesti nak kencing dan lepas tu rasa dahaga sangat-sangat macam duduk kat tepi api" kata Makcik Wan Peah dengan penuh semangat semasa di pasar tadi.
Isk isk isk..kasihan sungguh pada makcik ini. Entah berapa banyak dah dilaburkan untuk "sembuh". Jika dia ke klinik kerajaan, dia hanya perlu bayar "pengeras" RM1 untuk ambil dan buat ujian darah, jumpa doktor dan ubat je. Yang pasti, dia akan keluar dari bilik doktor dengan diagnosis "hyperglisemia".
Betul ke Hyperglisemia? Bukan Buatan Orang?
Sebenarnya apa yang dialami Makcik Wan Peah ni adalah simptom klasik bagi hyperglisemia. Hyperglisemia bermaksud kandungan gula dalam kepekatan yang tinggi di dalam darah.
Hyper~ - tinggi
~Glis~ - Glukos/gula
~emia - Dalam darah
Kandungan gula menjadi tinggi di dalam darah mungkin berlaku kerana 2 sebab iaitu:
- Diabetes Jenis 1 : penghasilan insulin yang rendah oleh pankreas
- Diabetes Jenis 2 : insulin ada di dalam darah. Tetapi sel tidak sensitif terhadap kehadirannya untuk membawa masuk gula ke dalam sel
Sebenarnya simptom Makcik Wan Peah sebenarnya adalah simptom awal hyperglisemia iaitu
- Mudah penat/ tiada tenaga
- Kerap kencing
- Mudah/ kerap dahaga
Bagaimana Simptom-simptom Ini Terjadi?
- Mudah penat
- Insulin berfungsi untuk membantu gula masuk ke dalam sel.
- Walaupun gula di dalam darah tinggi dan insulin hadir di dalam darah, sel-sel sebenarnya telah menjadi tidak sensitif terhadap kehadiran insulin.
- Apabila sel tidak sensitif terhadap insulin, gula tidak dapat masuk ke dalam sel dan sel tidak boleh membakar gula untuk menjana tenaga
- Inilah penyebab mengapa Makcik Wan Peah mengadu mudah penat/ tiada tenaga
- Kerap kencing
- Gula yang terlalu tinggi di dalam darah akan mengalir ke buah pinggang.
- Dalam keadaan biasa, gula akan ditapis dan diserap balik oleh tubuh di dalam buah pinggang
- Namun, akibat kandungan gula yang terlalu tinggi, gula akan turut keluar dan dibuang melalui air kencing
- Kehadiran gula di dalam air kencing akan menyebabkan air kencing menjdi pekat (kurang air) dan secara proses osmosis semulajadi, menarik lebih banyak air dari tubuh dan keluar melalui air kencing
- Ini menyebabkan kandungan urin meningkat dan Makcik Wan Peah kerap kencing
- Mudah/kerap dahaga
- Apabila air mula diserap keluar dengan banyak dan dibuang melalui air kencing, kandungan air di dalam badan menurun dan berlaku dehidrasi
- Keadaan ini akan mencetus tindak balas di dalam otak yang menyebabkan rasa dahaga dan inilah alasan mengapa Makcik Wan Peah sentiasa merasa dahaga
Apakah Nasihat Terbaik Untuk Makcik Wan Peah?
1. Kawal gula dalam darah
2. Kawal gula dalam darah
3. Kawal gula dalam darah
Tips Paling Berkesan Kawal Gula Dalam Darah Supaya Kembali Normal
- Komplians terhadap pengambilan ubat-ubatan yang dibekalkan
- Ubat yang dibekalkan memastikan paras gula berada dalam julat yang selamat. Jika paras gula menjadi tidak terkawal, kerosakan yang lebih teruk boleh terjadi pada tubuh.
- Oleh itu, makan ubat anda mengikut dos dan masa yang telah diberikan.
- Melakukan "self-monitoring of blood glucose (SMBG)"
- Mengamalkan diet yang sihat
- Diet merupakan antara komponen yang penting dalam memastikan gula dalam darah dapat dikawal dengan baik. Ini dapat menurunkan bebanan pada sistem tubuh dalam mengawal paras gula dalam darah
- Kurangkan minuman bergas, minuman 3-in-1 dan hadkan pengambilan gula proses (gula putih)
- Pilih makanan dengan Glycemic Index yang rendah
- Mengamalkan pengambilan suplemen yang membantu meningkatkan kesihatan tubuh
- Bagi pesakit diabetes, sebarang pengambilan suplemen perlu mendapat kebenaran daripada pihak dokor bagi memastikan ia tidak menggangu rawatan yang sedang dijalani pesakit. Antioksidan adalah antara suplemen yang dicadangkan bagi membantu mengawal komplikasi-komplikasi diabetes menjadi lebih teruk yang berpunca daripada keradangan.
Bolehkah semua langkah-langkah di atas dilaksanakan? Percaya atau tidak, inilah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh seorang penghidap kencing manis dalam mengawal gula dalam darahnya.
Mengapa Makcik Wan Peah Wajib Memilih Vivix?
Resveratrol merupakan satu bahan aktif yang terbukti mampu membantu menurunkan bacaan gula di dalam darah. Namun, resveratrol di dalam Vivix adalah lebih unik kerana diperkaya dengan beberapa polifenol yang dipilih khas yang mampu meningkatkan keberkesanan resveratrol hampir 13 kali ganda dalam menjalankan tugasnya!
Bagaimana Resveratrol di Dalam Vivix Bertindak?
Kandungan gula dalam darah yang tinggi akan meningkatkan kepekatan darah dan ini akan memperlahankan aliran darah yang membawa oksigen dan nutrien yang diperlukan ke organ-organ. Apabila organ-organ ini kurang mendapat nutrien, fungsinya akan menurun dan boleh mengakibatkan kerosakan kepada sistem tubuh badan kita.
Kandungan gula dalam darah yang tinggi akan meningkatkan kepekatan darah dan ini akan memperlahankan aliran darah yang membawa oksigen dan nutrien yang diperlukan ke organ-organ. Apabila organ-organ ini kurang mendapat nutrien, fungsinya akan menurun dan boleh mengakibatkan kerosakan kepada sistem tubuh badan kita.
Kajian telah membuktikan bahawa resveratrol mampu membantu untuk mengurangkan rintangan insulin iaitu satu keadaan di mana sel menjadi tidak sensitif terhadap kehadiran insulin.
Apabila rintangan insulin berjaya dikurangkan, gula di dalam darah akan dapat dibawa masuk ke dalam sel, menurunkan kandungan gula di dalam darah dan meningkatkan keupayaan sel untuk menghasilkan tenaga.
2. Meningkatkan proses biogenesis mitokondria
Apabila gula berjaya dibawa masuk ke dalam sel, gula ini akan diproses oleh mitokondria yang berfungsi sebagai "stesen janakuasa tenaga" di dalam sel. Pada masa yang sama, resveratrol membantu meningkatkan bilangan mitokondria melalui biogenesis mitokondria. Ini akhirnya akan meningkatkan jumlah tenaga yang dihasilkan dan menjadikan pengamal Vivix lebih bertenaga.
3. Memperlahankan proses inflamasi/keradangan
Resveratrol, anthocyanin daripada ekstrak Elderberry dan polifenol-polifenol lain di dalam Vivix bertindak sebagai antioksidan yang efektif dalam menghalang pembentukan radikal-radikal bebas.
Radikal bebas adalah punca utama berlakunya kerosakan sel melalui proses inflamasi dan apabila proses ini dapat diperlahankan, kerosakan yang lebih teruk pada pada organ-organ terutamanya jantung, buah pinggang, mata dan saraf akan dapat dihentikan.
4. Melambatkan proses pembentukan protein AGE
Dengan membantu melambatkan penghasilan protein AGE yang terhasil akibat kerosakan sel, pelbagai turutan proses yang membawa kepada penuaan dan penyakit-penyakit kronik termasuklah kerosakan pada struktur buah pinggang dapat diperlahankan.
5. Melindungi sel dari kerosakan DNA
Sebarang penghasilan sel adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada DNA. Jika DNA rosak, sel-sel yang terhasil adalah tidak sihat dan tidak dapat menjalankan tugas dengan efektif.
**Cross-Sectional Analysis of Telomere Length in People 33-80 Years of Age: Effects of Dietary Supplementation. Harley CB et al. (2014) 55th Annual Conference, JACN, Vol. 33(5), p414.
Sumber Youtube: Elizabeth Blackburn & The Science Behind Vivix
Apabila DNA berjaya dilindungi daripada rosak, kerosakan yang lebih teruk akan dapat dielakkan dan proses penghasilan sel-sel baru yang sihat akan berjalan dengan lebih lancar.
Jom Order Vivix Shaklee Sekarang
Cara 1 :
Dapatkan Vivix anda dengan klik pada ikon Vivix di bawah, ikuti langkah seterusnya dan pihak Shaklee Malaysia akan terus membuat penghantaran menggunakan perkhidmatan kurier GDex atau CityLink.
Cara 2 :
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!
Cara 3 :
Inginkan diskaun sehingga 15% bagi produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang di nombor di bawah. Saya tunggu panggilan anda :)
Shaklee Distributor & Bussiness Leader
868991
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini