Pedih Ulu Hati

Petua Atasi Gastrik Dengan Cepat, Mudah dan Berkesan

12:55

"Ya Allah, sakitnya perut ni. Rasa macam dikisar-kisar isi perut ni. Aduhhhhh" erang Siti di dalam bilik. Puan Sarah yang sedang memasak diluar meluru masuk ke dalam bilik apabila mendengar suara anak kesayangannya.

"Kenapa ni, Siti?" soalnya penuh risau apabila melihat anaknya menekan-nekan perutnya.

"Tak tahu la, mak. Pedih sangat ni" kata Siti. Airmata mula mengalir. Sakitnya tidak terperi lagi kali ini.

"Jom siap. Kita pergi hospital sekarang" arah Puan Sarah sambil mengemas barang-barang Siti.

Sesampai di hospital, Siti terus dibawa berjumpa doktor. Hasil pemeriksaan mendapati, keadaan gastriknya sedikit teruk. Mungkin tersalah makan. Ubat gastrik terus dicucuk bagi mengurangkan simptom yang dihadapi dan kemudiannya Siti dibenarkan dicaj dan diberi ubat bagi membantunya.

Sebelum keluar, Siti sempat bertanya kepada Pegawai Perubatan muda yang merawatnya itu.

"Kak, saya nak minta pendapat boleh tak?" tanya Siti apabila dirasakan perutnya dah tak menyucuk seperti sebelumnya.

"Nak tanya apa ya, Dik? InsyaAllah Akak akan cuba jawab" kata Doktor Juliana sambil tersenyum.

"Sebelum ni memang pernah kena macam ni. Doktor pernah bagi saya Omeprazole. Dia suruh makan 1 biji setiap 12 jam masa perut kosong kalau tiba-tiba sakit. Tapi saya ada terbaca pasal satu kajian ni. Terus saya jadi takut" terang Siti panjang lebar sambil tunjukkan kajian berkenaan "proton-pump inhibitor (PPI)" dan kerosakan buah pinggang yang dibacanya. Alang-alang dah jumpa doktor, baik dia leraikan kekusutannya ni.
Charat Thongprayoon from Bassett Medical Center in the US and colleagues conducted an analysis of published studies that reported the risk of chronic kidney disease or kidney failure among PPI users compared with non-users.

Five studies with 536,902 participants met the eligibility criteria and were included in the meta-analysis.
Individuals who used PPIs had a 33 per cent increased relative risk of CKD or kidney failure when compared with non-users.
"This study demonstrates a significant association between the use of PPIs and increased risks of chronic kidney disease and kidney failure," said Thongprayoon.
Selepas membaca kajian ini, Doktor Juliana terus tersenyum. "Adik risau pasal kajian ni ke?"

"Haah, kak. Sebab tu saya tak makan Omeprazole tu dari semalam" kata Siti sedikit gusar.

"Adik jangan la risau. Ubat Omeprazole ni sebenarnya tiada masalah untuk adik makan. Ia bantu untuk mengurangkan penghasilan jus gastrik di dalam perut supaya ia tidak dihasilkan secara berlebihan. Bila jus gastrik banyak, perut mudah jadi pedih. Adik boleh tanya pada Pegawai Farmasi masa ambil ubat nanti kalau adik tak percaya," terang Doktor Juliana.
"Adik kena ingat, untuk dapatkan kesan yang terbaik, adik kena amalkan gaya hidup yang sihat. Kena bersenam, makan makanan yang seimbang dan berkhasiat dan jika ada ubat, makan ikut cara yang diarahkan. Ubat untuk kawal simptom daripada berlaku sahaja. Adik boleh Google tips-tips atasi pedih ulu hati. Percayalah, jika adik berjaya buat ini semua, doktor mesti akan kurangkan dos ubat tu. Malah doktor mesti akan hentikan ubat ni jika adik dah tak alami maslaah gastrik lagi" terang Doktor Juliana panjang lebar. 

"Yang penting, 3 perkara. Satu, makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Dua, bersenam secara konsisten. Ketiga, makan ubat ikut arahan doktor. InsyaAllah sakit ini boleh dikawal. Siti jangan risau ye", terang Doktor Julianan diakhir perbualan mereka.

Tips Rawatan Pedih Ulu Hati
Hati Siti kembali lega. Balik ke rumah, terus lakukan carian di Google tentang tips atasi pedih ulu hati yang sering dihadapinya. Ini antara maklumat yang diperolehnya.
  • Elakkan pengambilan minuman berkafein, bikarbonat, minuman keras, makanan berlemak, pedas dan berminyak
  • Elakkan makan 4 jam sebelum tidur atau minum 2 jam sebelum tidur
  • Kunyah makanan sehingga lumat
  • Elakkan berpakaian ketat
  • Elakkan makan dengan cepat atau banyak pada satu masa
  • Elakkan " MEROKOK "
  • Turunkan berat badan sekiranya berlebihan
  • Tidur secukupnya dan kepala di naikkan sedikit lebih kurang 30°-40° dengan meletakkan beberapa bantal
  • Amalkan pengambilan " AIR SUAM " semasa makan
  • Elakkan pengambilan ubat yang boleh menyebabkan keradangan perut seperti ubat tahan sakit

Selain itu, suplemen juga dilihat mampu membantu pesakit dengan masalah pedih hati.

ESP
Merupakan sumber protein yang lengkap berasaskan tumbuhan. Asid amino ini membantu melapik dinding perut yang rosak diakibatkan oleh hakisan asid hidroklorik. Ini akan membantu mengurangkan rasa sakit serta melegakan masalah yang dihadapi.

PEPPERMINT GINGER PLUS
Pengambilan halia sebagai makanan tambahan dapat membantu mengurangkan masalah sebu, senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan.

ALFALFA
Bersifat alkali mampu meneutralkan kembali asid yang berlebihan di dalam esofagus.

OSTEMATRIX
Suplemen lengkap mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Ia sangat membantu dalam mengurangkan keasidan perut dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus yang menyebabkan kesan pedih ulu hati.

Set Pedih Ulu Hati
Set Pedih Ulu Hati


Rasanya itu sahaja perkongsian saya hari ini. Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!


Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang

TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!

Shaklee Distributor & Bussiness Leader


868991

Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts