Depression / Kemurungan

9 Tips Mengatasi Depresi Atau Kemurungan Yang Anda Boleh Lakukan Sendiri Di Rumah

06:45

Stress adalah satu perkara yang amat biasa kita alami. Duit tak cukup, tekanan kerja, tak cukup rehat, sentiasa ditekan oleh kehendak orang lain dan macam-macam lagi kerap menjadi penyebab. 

Ditambah pula dengan situasi ekonomi sekarang, boleh dikatakan semua orang dalam keadaan stress. Tapi tahukah anda stress jika tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan depresi atau kemurungan? Jika ia terjadi kepada anda, di sini saya kongsikan 9 Tips Mengatasi Depresi Atau Kemurungan Yang Anda Boleh Lakukan Sendiri Di Rumah
tips atasi depresi kemurungan

Apakah Maksud Depresi atau Kemurungan?

Penyakit kemurungan merupakan penyakit perubatan yang melibatkan perasaan sedih atau murung. Namun berbeza daripada perasaan sedih yang mungkin dirasakan apabila kita kehilangan telefon bimbit contohnya, bagi mereka yang mengalami masalah ini, perasaan sedih atau murung ini berpanjangan.

Pada masa yang sama, mereka juga seringkali mempunyai perasaan terlalu rendah diri dan sering merasakan diri mereka bersalah dan berdosa dalam setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka.

Perasaan murung ini hadir dalam diri mereka pada setiap waktu sepanjang hari dan boleh berlarutan sehingga berminggu-minggu. Ini berbeza dengan perasaan sedih biasa yang kita alami apabila sesuatu musibah berlaku yang akan hilang dalam masa yang singkat setelah musibah itu berlalu.

Tanda-tanda Kemurungan
1. Perasaan murung atau sering marah-marah hampir sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu. Perasaan ini dilaporkan oleh pesakit secara subjektif seperti perasaan rendah diri ataupun daripada pengamatan orang luar contohnya selalu menangis.
2. Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari. Contohnya tidak berminat untuk bersukan lagi atau berjumpa dengan sanak-saudara.
3. Berat badan merosot (~5%) daripada asal dalam waktu yang singkat atau kurang selera makan.
4. Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).
5. Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih aktif atau kurang aktif.
6. Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.
7. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan  sesuatu kesalahan perbuatan  atau merasakan diri tidak berguna
8. Tidak mampu memberikan konsentrasi atau  berfikir secara rasional. Pesakit juga merasakan susah untuk membuat keputusan dalam kehidupan hariannya.
9. Berfikir tentang  keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai pelan masa hadapan untuk membunuh diri

9 Tips Mengatasi Depresi atau Kemurungan Yang Boleh Anda Lakukan Di Rumah

1. Meditasi
Untuk mengatasi stres, luangkan masa selama 30 minit setiap hari dan cari tempat yang tenang. Pejamkan mata, atur nafas dan fokus. Jangan fikir apa pun. Anda boleh cuba untuk fokus dengan membayangkan anda berada di suatu tempat yang damai

2. Tetapkan matlamat harian
Anda boleh cuba untuk menetapkan matlamat harian anda. Mulakan dengan sesuatu yang mudah. PAstikan ia mampu dicapai dan bukan sesuatu yang mustahil. Perlahan-lahan, anda akan mula menghargai pencapaian yang telah anda lakukan. Apabila dilakukan berterusan, anda akan merasa lebih mudah untuk mencapai matlamat yang lebih sukar.

3. Pastikan anda menyusun waktu tidur anda dengan betul
Tidur yang mencukupi akan membantu badan anda untuk berhat. Ikutilah apa yang disarankan dalam Islam, iaitu dengan tidur awal dan cuba untuk bangun sepertiga malam bagi melakukan ibadat sunat seperti Tahajjud etc. Malah dari segi sains, tidur antara jam 10 malam hingga jam 2-3 pagi akan membantu badan berehat dan detoks. Jadi, anda akan bangun dengan lebih segar dan bersemangat.

4. Cuba perkara baru
Otak akan bertindak untuk menghasilkan tindak bals yang aktif apabila kita melakukan sesuatu yang tak pernah kita lakukan sebelum ini. Contohnya, pergi ke tempat yang tak pernah anda lawati, belajar bahasa baru atau apa sahaja yang anda teringin lakukan sehjak dari dahulu lagi

5. Bercakap dengan orang yang anda percaya
Teknik ini membantu anda untuk meluahkan segala kegelisahan yang terbuku di dalam hati. Pada masa yang sama, membantu anda mendapatkan pandangan dari perspektif yang sedikit berbeza. Anda boleh cuba untuk bercakap dengan seorang rakan yang anda percaya, kaunselor, pakar psikiatri atau kumpulan sokongan berkaitan depresi.
6. Bersukan
Amalkan aerobik yang mudah, berjalan atau brisk walk setiap pagi di taman atau cukup sekadar "stretching"", akan membantu tubuh menghasilkan endorphin serta menggalakkan anda berfikiran positif. Kajian juga membuktikan bahawa bersukan boleh meningkatkan rasa percaya pada diri anda.

7. Amalkan pengambilan nutrisi yang mencukupi setiap hari
a) Vitamin B Kompleks
Kadangkala pengambilan vitamin B kompleks yang tidak mencukupi akan membantutkan penghasilan hormon atau neurotransmitter seperti dopamin, serotonin dan adrenalin. Kekurangan hormon serta neurotransmitter terutamanya serotonin dikaitkan dengan berlakunya gejala depresi atau kemurungan.
  • Vitamin B1 (thiamine).  The brain uses this vitamin to help convert glucose, or blood sugar, into fuel. Without it the brain rapidly runs out of energy. Thiamine deficiencies are rare but can accompany alcohol use disorders and lead to a variety of psychiatric and neurologic symptoms.
  • Vitamin B3 (niacin). A  niacin deficiency can cause pellagra, a disease that can cause psychosis and dementia. Because many commercial foods contain niacin, pellagra has virtually disappeared. However, deficiencies of vitamin B3 can produce agitation and anxiety, as well as mental and physical slowness.
  • Vitamin B5 (pantothenic acid). Deficiencies of this vitamin are rare but may lead to fatigue and depression
  • Vitamin B6 (pyridoxine). This vitamin helps the body process amino acids, which are the building blocks of proteins and some hormones. It is needed to make serotonin, melatonin, and dopamine. Vitamin B6 deficiencies, although very rare, cause impaired immunity, skin lesions, and mental confusion.

B Complex Shaklee membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B. Membekalkan kuantiti asid folik dan biotin cukup, sesuai untuk tubuh yang sihat

Asid Folik, salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. Teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee.


B Complex dan OmegaGuard Shaklee

b) Omega
Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA.

EPA dan DHA telah dikaji untuk:
  • Penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf.
  • Kesan positif kepada perasaan, kognitif, daya ingatan, pembelajaran dan perhatian.
OmegaGuard™ Shaklee membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).

8. Tulis
Kredit : IIUM Confession
Sewaktu kita dalam keadaan depresi, fikiran kita seakan akan kosong dan tidak tahu apa punca stress kita atau “mood swing” kita. Sebenarnya, ini adalah mode tubuh kita untuk mengelak dari kebenaran yang sebenarnya kita tahu. 

Dalam erti kata lain, kita bertindak melindungi diri kita dari sakit, tetapi perkara ini sebenarnya punca depresi kita. Untuk mengatasi masalah, kita perlu tulis “trigger” depresi kita dan senaraikan seberapa banyak yang boleh ketika itu.

9. Terima / Accept
Kita perlu sedar, semua orang mempunyai masalah, cuma dengan keadaan yang berbeza. Dan pertarungan kita dengan masalah ini adalah umpama “competition”. 

Jadi kita perlu buktikan kepada diri sendiri dengan kekuatan kita atas bantuan Allah, yakin yang episode ini pasti akan berakhir. 

Kita juga perlu terima bahawa setiap manusia melakukan kesalahan dan tiada sesiapa pun sempurna.


Rasanya itu sahaja perkongsian saya hari ini. Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!

Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang

TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!

TAWARAN HEBAT!
Shaklee Distributor & Bussiness Leader

868991

Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts