Tips Tidur Lena Macam Stillnox

14 Tips Mudah Tidur Lena Macam Bayi Kekenyangan.

06:22

Siapa yang tak mahu mudah tidur lena waktu malam, bukan? Tapi bagi sesetengah orang ,cukup susah nak tidur walaupun dah masuk bilik selepas Isya'. Golek kiri, golek kanan dan macam-macam lagi dibuat, tapi mata masih terkebil-kebil dalam kegelapan. Jadi saya nak kongsikan sedikit 14 Tips Mudah Tidur Lena Macam Bayi Kekenyangan.
tips mudah tidur lena

Tidur Dalam Perspektif Islam
Ramai yang menyangka lebih baik berjaga lewat malam untuk menyiapkan kerja sebelum tidur dan bangun semula keesokan paginya. Namun realitinya apabila berbuat demikian, badan sebenarnya tidak mendapat ehat yang cukup. Akhirnya, badan menjadi lemah dan tidak bermaya.

Tapi tahukah anda di dalam al-Quran, ada banyak sekali menyebut betapa malam adalah waktu istirahat yang sesuai dengan fisiologi tubuh manusia.

Antaranya:
“Dan antara rahmat pemberian-Nya, Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya, dan juga supaya kamu bersyukur.” (al-Qasas [28:73]).
Juga firman-Nya:
“Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya).” (Yunus [10:67]).
Dalam sebuah hadis: 
Disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)
Mengapa Tidur Malam Penting?
Tidur yang berkualiti mesti dipandang berat kerana ia membolehkan tubuh badan kita terpelihara. Semasa tidur tubuh mengumpul tenaga. Sel-sel tubuh juga mula mengalami proses pemulihan. Pelbagai zat dan bahan protein akan dirembes oleh tubuh kita pada waktu malam. Di antaranya hormon yang memelihara tubuh. Begitu juga dengan enzim yang bertindak membaiki sel-sel. Bila tidur terganggu, hormon dan enzim yang keluar turut terganggu membuatkan tubuh tidak dapat dipulihkan atau direhatkan secukupnya.

Proses kitaran ini dinamakan circadian rhythm yang bertindak umpama jam biologi dan bekerja secara berperingkat mengikut waktu yang ditetapkan. Setiap bahan kimia tubuh kita dirembes oleh kelenjar dalam badan mengikut circadian rhytm.
Pernahkah anda mendengar perkataan melatonin? Melatonin adalah bahan kimia semulajadi yang terhasil di dalam otak kita. Apabila waktu malam paras melatonin mula meningkat. Ini membuatkan kita mengantuk dan mampu tidur nyenyak. Pada waktu siang pula paras melatonin merosot menyebabkan kita hilang rasa mengantuk. Kitaran melatonin penting bagi membolehkan tubuh kita kekal dapat mengimbangi antara aktiviti tidur dan jaga.

Melatonin merupakan bahan yang membolehkan kita lena. Kadar melatonin yang rendah menyebabkan seseorang mengambil masa panjang untuk tidur. Keadaan itu menyebabkan seseorang resah dan gelisah. Kadar melatonin yang tinggi dalam darah menimbulkan rasa tenang dan mudah lena.

Tips Mudah Tidur Lena Macam Bayi Kekenyangan

1. Asingkan Bilik Tidur Dari Perkara Lain
Elak jadikan bilik tidur anda sebagai satu tempat yang anda lakukan semua benda. Sebagai contoh, anda menjadikan bilik anda untuk tidur dan juga satu tempat untuk bermain permain komputer, membuat kerja, membaca buku dan lain-lain.

Hal ini kerana suasana dalam bilik tersebut boleh merangsang otak untuk bersedia melakukan perkara-perkara tersebut, walapun bukan pada masanya.

Mungkin ada ingin masuk tidur, tetapi disebabkan anda kerap bermain game di atas katil, otak anda bersedia untuk bermain game. Oleh itu, jadikan bilik tidur anda semata-matanya untuk tidur, bukannya melakukan perkara yang kritikal.

2. Makan Malam Lebih Awal
Badan anda perlukan masa untuk hadam makanan yang anda makan, dan berfungsi dengan optimum semasa anda sedang duduk ataupun berdiri. Berbaring boleh menyukarkan perut anda menghadam makanan tersebut, menyebabkan anda kurang selesa untuk tidur.

Sebaiknya adalah anda makan malam sekurang-kurangnya tiga jam sebelum anda masuk tidur. Ini boleh mengelakkan daripada anda mengalami masalah hadaman semasa masuk tidur.

3. Jangan Bersenam Pada Waktu Malam
Elakkan bersenam pada waktu malam, sebaliknya bersenamlah pada waktu pagi ataupun petang. Sebaiknya adalah bersenam sekurang-kurangnya 4 jam sebelum anda masuk tidur.

Jika anda tidak mempunyai jadual, buatlah satu! Senaman pun ada sedikit sumbangan kepada kualiti tidur anda, dengan syarat dilakukan dengan cara dan masa yang betul. Oleh itu, jangan lepaskannya.

4. Elakkan Pengambilan Kafein Pada Waktu Malam
Minum kopi 8 jam sebelum anda masuk tidur boleh membekalkan anda tenaga yang banyak dan menjadikan otak anda menjadi aktif dan peka. Ini kerana kafein adalah sejenis ejen perangsang otak. Perkara ini baik jika ianya pada waktu pagi, namun jika pada waktu malam, kesannya agak buruk – anda sukar untuk tidur.

5. Elakkan Daripada Tidur Pada Waktu Siang
Tiada salah jika anda ingin tidur sekejap pada waktu siang, cuma jangan terlalu lama. 30 minit hingga sejam sudah mencukupi. 

6. Kawal Kitaran Tidur
Setiap orang mempunyai kitaran tidur mereka sendiri, dan perkara ini boleh dilatih dengan amalan yang berterusan. Masuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari boleh melatih badan untuk bila untuk tidur dan bila untuk bangun semula.

7. Mengambil Wudhu'
Berwudhu sebelum tidur akan membuat hati dan fikiran lebih tenang sehingga memudahkan anda tidur dengan nyenyak. Mengambil wudhu sebelum tidur juga akan membuat tidur lebih berkualiti.

8. Elak dari menggunakan gajet sebelum tidur
Kajian mendapati, cahaya biru yang terhasil daripada skrin telefon bimbit akan mengurangkan penghasilan melatonin dalam badan. Ini akan menyukarkan anda untuk tidur kerana melatonin membantu anda relaks dan mengantuk.

9. Melakukan Ibadah Solat
Jika anda sudah trbiasa bangunan sepertiga malam untuk melakukan solat sunat tahajjud, istikharah dan hajat, anda boleh melakukan solat witir sebelum tidur. Ini pastinya akan membantu anda berasa lebih tenang.

10. Membaca Al-Quran
Terlalu banyak berfikir sebelum tidur adalah antara punca seserang itu sukar tidur. Ye la,macam mana nak tidur jika otak ligat berfikir. Sedangkan komputer pun perlu terminate semua software sebelum ia shutdown, apatah lagi  manusia yang lebih kompleks. Ambil peluang untuk baca al-Quran walaupun beberapa ayat termasuk tafsirnya sekali. Tenang dapat, pahala pun dapat.

11. Kemas tempat tidur anda sambil membaca selawat ke atas Nabi
Kemas la duu tempat tidur tu sebelum tidur. Ye la, takkan nak tidur dalam bilik yang bersepah kan? Sambil-sambil tu, baca selawat. InsyaAllah bilik akan terasa lebih nyaman. Lagipun ingat ye:
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
12. Jangan tidur meniarap
Tidur dalam keadaan meniarap akan sedikit sebanyak menggangu pernafasan serta fungsi jantung dan ini menyebabkan tidur anda mudah terganggu dan tidak berkualiti. Memang terdapat hadis dari Nabi SAW mengenai larangan untuk tidur secara meniarap
Ini sepertimana riwayat daripada Ya`ish daripada ayahnya, Tikhfah bin Qaysi al-Ghifari RA bahawa pada suatu hari ketika beliau sedang tidur di dalam masjid dalam keadaan meniarap, lalu ada seseorang yang menggerakkanku (membangunkanku) dengan mengunakan kaki lalu berkata:
إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ. قَالَ فَنَظَرْتُ فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم

Maksudnya: Sesungguhnya ini adalah cara tidur yang dimurkai Allah. Kemudian Tikhfah RA berkata: “Lalu aku melihat lelaki itu (yang membangunkanku) adalah Rasulullah SAW.

Riwayat Abu Daud (5040) & al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad (1187)
13. Membaca doa supaya mudah tidur

ALLAHUMMA GHARATIN NUJUM WA HADAATIL ‘UYUN, WA ANTA HAYYUN QAYYUM, LA TAKKHUZUKA SINATUN WALA NAUMUN. YA HAYYU YA QAYYUM, AHDI’ LAILI WA ANIM ‘AINI

Maksudnya: “Ya Allah, bintang-bintang telah redup, mata-mata telah memejam dan Engkau Maha Hidup lagi Maha terus-menerus mengurus makhluk hidup. Tidak menimpa-Mu rasa mengantuk dan tidur. Wahai Zat yang maha hidup dan maha mengurus makhluk, tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku”

14. Mengambil suplemen yang boleh membantu anda mudah tidur
a) Magnesium
Magnesium mempunyai peranan dalam lebih 300 proses biokimia di dalam badan seperti fungsi otot, mengawalatur tekanan darah serta kesihatan tulang.

Unsur ini mampu membantu mengurangkan masalah insomnia dan kajian mendapati nutrien ini membantu menurunkan paras kortisol atau hormon stress yang boleh menghalang anda daripada tidur. Selain itu, ia membantu otot untuk berehat dan mencetuskan rasa "tenang" dan mengantuk.

Anda boleh mendapat magnesium melalui diet seperti bayam, coklat, badam dan juga suplemen. Tapi pastikan anda memilih magnesium citrate berbanding magnesium oxide kerana ia lebih mudah diserap.

Ostematrix Shaklee membekalkan 100mg magnesium di dalam setiap kaplet. Diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan.
OsteMatrix Shaklee
b) Vitamin D
Vitamin ini yang mudah diperoleh daripada cahaya matahari pada waktu pagi membantu kita memastikan tulang, gigi dan otot lebih sihat.

Namun begitu, ia juga membantu anda untuk lebih mudah tidur. Saintis telah menjalankan kajian terhadap corak tidur lelaki dewasa dan mendapati kekurangan vitamin ini boleh dikaitkan dengan kurang tidur dan tidur lebih mudah terganggu.

Anda boleh mendapatkan vitamin ini melalui diet seperti ikan, hati, keju dan telur.

Ostematrix Shaklee membekalkan 100IU vitamin D3 dalam bentuk kolekalsiferol di dalam setiap kaplet. Diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan.

OsteMatrix Shaklee
c) Vitamin B
Kajian telah membuktikan bahawa vitamin B3, B5, B6, B9 and B12 boleh membantu anda untuk tidur lebih lena. Ini adalah kerana vitamin ini mengawal atur paras asid amino tryptophan, yang membantu menghasilkan hormon melatonin, yang mencetuskan rasa mengantuk

Vitamin B boleh diperoleh daripada ikan, telur dan lain-lain lagi. Anda juga boleh mendapatkan vitamin B anda daripada suplemen vitamin B kompleks.

B Complex Shaklee membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B. Membekalkan kuantiti asid folik dan biotin cukup, sesuai untuk tubuh yang sihat
B Complex Shaklee

Asid Folik, salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. Teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee.

Rasanya itu sahaja perkongsian saya hari ini. Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!


Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang

TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!

TAWARAN HEBAT!
Shaklee Distributor & Bussiness Leader

868991

Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts