Pernah dengar tentang Vision Board? Saya mengaku tak pernah langsung sebelum terjebak dengan bisnes ni.
Vision board tu apa? Ia tak perlu board pun sebenarnya. Tapi yang paling penting kita design/tampal impian-impian dan keinginan kita dalam bentuk gambar dan setkan bila kita nak capai tu.
Gambar-gambar ni tadi bila kita tengok hari-hari menghantar isyarat ke bahagian otak yang bernama reticular cortex (RC).
Dalam RC ni terdapat Reticular Activating System (RAS), RAS akan mengaktifkan kesedaran dan kemahuan tentang sesuatu perkara tadi.
Contohnya macam kita berhajat nak bawak family bercuti ke sebuah resort, yang ada private beach, bilik gaya Bali dan guna duit sendiri, kita letak semua keinginan kita ni dalam bentuk gambar sebenar di Vision Board yang kita wujudkan tadi.
Boleh print atau cari dari mana-mana majalah. Mesti ada kan kita teringin?
So bila kita dah buat tu, RAS mengaktifkan kesedaran dan kemahuan untuk kita sampai ke tempat yang kita hajatkan tu.
Ajaibnya minda separa sedar kita ni dia terima je semua informasi dari minda sedar kita. Dah terima, dia terus bekerja menjana pelbagai idea demi merealisasikan apa yang minda sedar sampaikan.
Jasad kita pula bertindak melaksanakan perkara yang disampaikan oleh minda separa sedar tu tadi. Sebab tu penting untuk kita positif dengan keinginan/hajat kita. Supaya hasilnya pun positif juga. Jangan sabotaj impian sendiri ok?
Saya ada kisah yang impian saya dah tertunai tahun lepas. Saya tampal gambar tempat percutian ala-resort di vision board saya. Alhamdulillah dapat capai dan bawa anak-anak dan suami pergi bercuti. Dengan duit bonus Shaklee sepenuhnya sempena ulangtahun perkahwinan kami.
Surirumah pun mampu nak capai hajat dan keinginan anak-anak yang nak tidur hotel. Masa tu rasa sebak sangat. Overwhelmed. Anak-nak muka ceria tak terkata. Punya seronok mereka dapat mandi kolam depan pintu bilik je. Sampai tak ingat nak naik. Saya ada kongsikan kisah ni dengan geng #ireachtravel.
Itu hanya satu dari kepentingan kenapa setiap orang perlu berani berimpian dan ada vision board. Ia bantu kita kekal fokus, kekal positif dna membenarkan jasad kita bersatu dengan keinginan kita sendiri.
Nak cerita pasal ajaibnya vision board ni banyakkkk sangat. Kawan-kawan sebisnes saya pun makin seronok buat vision board. Sebab kata mereka bila ada impian, badan tahu kemana tujuan nak buat bisnes betul-betul.
Ada yang sampai takut nak buat sebab semua apa yang dia letak tu semua dapat! Ha, sampai macam tu sekali kan (Of course la dengan izin Allah jua, kang ada yang kata kufur nikmat pulak).
Jadi jangan takut nak berimpian dan ada vision board ok. Jangan berzikir "ala, dia tak pelah...", "dia tu kaya asyik pergi jalan sana sini, takpe lah...", etc Jangan Jangan!!! Yang penting adakah kita ada impian atau sekadar mampu cemburu tengok impian orang lain yang tertunai? Fikir-fikirkan ya!
Awal tahun ni elok sangat perkemas vision baru. Kemudian kita bekeja sekuat-kuatnya. Yeeeeehaaa!
Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!
TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!
868991
Disclaimer :
Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini