Saya kenal dia dah lama. Tahun 1994 tak salah. Sejak saya berpindah ke Taiping dari Seri Manjung.
Dia budak kelas biru. Sebab kelas biru dah penuh, saya masuk kelas merah. Tapi sebenarnya kenal betul-betul masa dia tegur saya waktu rehat di kantin.
“Hang nama apa”
“Riza Afzan, hang?”
“Panggil Wahidah je”
So itulah detik kami kenal. Masuk darjah 6 baru dapat sekelas sekali dengan kawan baik dia Ainul Malik. Melalui dia saya kenal Ainul yang bijak bestari tu. Sebelum ni tengok dari jauh je. Malu.
Bila masuk darjah 6, jadi macam geng pulak. Lagi geng bila sama-sama buat tarian A TO Z tu. Ada lagi 3 orang kawan lagi dengan team kami.
Lepas habis UPSR semua bawak laluan masing-masing. Jarang dah berhubungan. Ya lah, zaman dulu mana ada handphone FB semua ni. Kalau ada pun mungkin jatuh kategori kurang mampu milik.
Tapi paling saya tak sangka bila dapat surat dari dia selepas arwah mak meninggal. Sungguh tak jangka dia masih ingat saya. Caring macam dulu.
Pernah la sekali dua jumpa di masjid masa solat hari raya. Lepas tu bawak haluan sendiri lagi.
Kami jadi rapat semula bila dah sama-sama buat bisnes Shaklee ni. Sekarang memang dah jadi kawan susah-senang-gembira-sedih bersama.
Saya kagum dengan dia dan semangat dia. Entah berapa kilo vitamin dia telan untuk jadi superpower macam sekarang. Macam-macam dia buat. Ipoh-Taiping tu macam sebelah rumah je dia ulang alik.
Tabahnya dia, kuatnya dia Allah saja yang tahu. Besarkan 3 orang anak bukan calang-calang kudrat perempuan seorang ni.
Dengan kerja hakiki lagi. Buat bisnes lagi. Hasilnya boleh beli rumah sendiri. Bawak anak-anak dan keluarga pergi umrah, pergi travel ke China, Bandung dan ‘satu tempat misteri. Dengan duit dia tau.
Dengan Shaklee ni pun dah jauh dia pergi. Macam-macam award dah dapat. Trip Shaklee dan Bonus kereta lagi. Sesuatu sangat dia ni kan.
Dia ni yang buat saya berani bervideo tau. Tengok dia mula, saya pun nak buat jugak tak nak kalah.
Setiap kali saya bercerita, buat luahan pada dia, ini je ayat dia cakap:
“Aku tak hebat mana. Tapi aku ada korang yang hebat ni untuk bantu aku macam sekarang. Kita berjaya atas jalan kita sendiri tempa. Tak sama jalan aku dengan jalan hang”
Akak Sultan Wahidah Azizan, ketahuilah hang memang antara penguat semangat aku dari dulu sampai sekarang. Ingat kat hang, kisah hang memang tak jadi nak give up. Buat malu kat diri sendiri je kan mengalah macam tu?
Hang selalu nasihatkan aku bersabar dan buat je kerja kita. Dulu aku ni tak berapa faham sangat. Tapi lama-lama aku nampak dah semua tu. Hati orang bukan kita yang pegang.
Terima kasih sudi jadi sahabat aku sampai sekarang. Selalu doakan aku. Selalu yakin dengan aku. Selalu percaya dengan aku. Hang yang ceria tapi aku ni pendiam sikit. Jauh panggang dari api. Tapi itu yang buat kita jadi rapat.
Aku doakan yang terbaik buat hang dan anak-anak, tak lupa juga team #alfatehwarrior. Semoga terus berjaya dunia akhirat. Aku sayang hang kerana Allah Taala.
Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee atau ingin menjadi sebahagian keluarga #teamdiva, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang
set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara
pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan
cepat!
TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!
868991
Disclaimer :
Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini