Petua

Shaklee Effects Saya Belajar Dekat Dengan Tuhan

02:00

Saya mula berjauhan dengan keluarga lepas SPM. Bukan tak teringin masuk asrama, tapi banyak sebab yang buatkan saya isi borang tapi tak sepenuh hati nak masuk pun.

  • kenangkan adik kalau masuk asrama kena tinggal dia. Kesian dia kecik lagi sebab sejak arwah mak meninggal time sihat sakit demam tidur sekali
  • sekolah saya tu best sangat. Segala serbi best.
Lepas SPM memang kena la bersedia kan? Dapat masuk matrikulasi nun di Negeri Sembilan. Hambik kau punya lah jauh. First time duduk asrama pulak tu. Kalau homesick macam mana nak balik?

Syukur Allah ganti kerisauan tu dengan teman sebilik yang baik dan sekepala. Tak ada la trauma sangat kan.

Tapi satu kejutan pada saya apabila setiap pagi dan petang ada bacaan zikir Al-Matsurat dan sebelah malam akan ada bacaan Surah Al-Mulk. Sekolah harian biasa mana nak ada peluang macam ni.

Memang macam kejutan budaya sebab saya tak pernah tahu langsung pun sebelum ni. Masuk asrama jadi 'turning point' untuk saya jadi lebih dekat kenal agama. Tu yang buat saya seronok sangat dengan kehidupan baru.

Dan sekarang bila join bisnes Shaklee ni lagi banyak pemantapan rohani saya belajar. Lebih tenang dalam bertindak dan bereaksi.

Saya mulakan sunat Dhuha sampai sekarang rasa tak lengkap hidup tanpanya.

Tak tinggal bacaan surah wajib Yassin, Al-Mulk, Al-Waqiah dan baca satu muka tafsir.

Saya kenal Tahajud dan Zikir Ya Wahhab sebagai amalan tambahan menjemput rezeki. Saya belajar terapi diri dengan Asmaul-Husna. Ia sangat membantu pemulihan jiwa dan keperluan roh sendiri agar 'tak lapar' macam dulu.

Dan syukur Allah hadirkan sahabat-sahabat yang sentiasa ingatkan untuk kumpul bekalan sebanyak mungkin agar tak mensia-siakan kehidupan di dunia ni.

Sebab tu saya happy sangat bila ada sahabat yang PM tanya macam mana nak Solat Dhuha. Macam mana nak jemput rezeki. Macam mana nak rasa lebih sihat.

Dari situ saya tahu apa yang saya kongsikan sampai pada hati yang memerlukan. Moga jadi saham akhirat untuk saya.

Sampai bila nak berjimba je? Serius saya takut tak cukup amal nak persembah pada Tuhan bila jumpa nanti.


Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!


Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang

TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!

TAWARAN HEBAT!
Shaklee Distributor & Bussiness Leader

868991

Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts