Pagi-pagi lagi dah baca ‘perutusan’ mentor tentang cara urus duit bonus. Memang kena sangat la sebab gaji kami dah masuk semalam.
Alhamdulillah setakat ni, walau macam mana pun keadaan ekonomi dan isu-isu semasa, syarikat tak pernah lewat bayar gaji kami. Tak pernah pulak nak potong komisen kat mana-mana sebab gawat.
Antara pesan mentor yang saya paling ingat adalah setiap kali dapat gaji (aka bonus Shaklee bagi) bayar zakat dulu sebelum buat apa-apa. Paling minima 2.5%. Katakan dapat bonus dengan minima RM24, zakat minimum kena bayar baru 60 sen. Kalo bayar melalui online tak lepas kan, jadi up la RM1.
Jadi bila kita dah biasa “sucikan” harta kita perolehi macam ni, kita dapat la duit banyak mana sekalipun ia akan jadi habit kita untuk menyumbang dulu sebelum guna.
Selain tu ada juga portion untuk Abah, untuk saving, untuk perbelanjaan untuk reward diri (kelas, buku, barang idaman) & reward keluarga dan untuk bekalan vitamin harian. Nak senang, follow je konsep 6 tabung yang terkenal dari T. Harv Eker dan bagi kita muslim boleh tambah lagi satu tabung ibu/ayah.
Cakap pasal reward diri tu jangan fokus pada material seperti baju, tudung, emas, alat mekap sahaja. Cuba selitkan juga reward diri untuk hadiri kelas untuk tambah ilmu parenting, ilmu bisnes, ilmu pemasaran, ilmu agama, ilmu memasak, buku-buku dan sebagainya.
Macam baru ni saya hadiri BLNC dan Roadshow YOUTH, tu pun salah satu cara saya reward diri juga tau. Dapat tambah ilmu dan jumpa kawan-kawan juga.
Cakap bab vitamin ni tu yang menjadi pencetus saya buat bisnes ni dulu. Jual vitamin untuk beli vitamin. Sebab dah tak boleh tinggal untuk bantu diri dapat cukup nutrisi dan ikhtiar saya jaga kesihatan juga.
Semoga perkongsian ini dapat membantu kita belajar menguruskan duit sebaik mungkin. Dan akhirnya mendatangkan lebih kebaikan dunia akhirat pada hidup kita kelak.
Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee atau ingin dapatkan Youth Skincare, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!
TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!
868991
Disclaimer :
Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini