Takut apa? Awas ni memang perkongsian yang panjang tau. Harap bersabar.
Tak tau la nak cerita pasal takut ni macam mana. Kalau dengar anak-anak ni berborak siap cakap,
“Kita kena takut Allah je. Mana boleh takut benda lain”.
Tapi kalau Ibu suruh naik atas sorang-sorang untuk ambil barang pun jenuh bertolak-tolak. Kadang-kadang sampai bergaduh tu 😅.
Bab takut Allah tu wajib la kan. Takut Allah, baru ingat mati selalu. Baru tau banyak lagi tak buat, amalan tak berapa cukup, masih tak berhenti buat sekecil-kecil kemungkaran. Allah...
Sebab tu setiap kali solat, sujud terakhir tu tak lupa doa,
“Ya Allah, ambillah nyawaku di saat Engkau redha padaku. Izinkan aku taubat nasiha sebelum aku mati. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas jalan agamaMu yang lurus dan benar. Masukkan aku ke dalam syurga FirdausMu tanpa hisab. Ameen”.
Moga Allah redha. Allah terima dengan penuh belas ihsan dan kasih sayangnya. Saya belum puas gembirakan insan-insan yang tersayang.
Ada jugak takut (ke lebih pada fobia sebenarnya?) perkara lain. Contohnya memang sampai sekarang tak boleh tengok binatang merayap ni. Macam ular, pacat, lintah, ulat dan seangkatan dengannya.
Masa sekolah dulu bila team Elit 1 kena masuk hutan cari buluh memang susah hati. Dan memang lahhhh pacat tu suka sangat sedut darah manisku, orang lain dia tak pi pun.
Masa tu memang pucat lesi, sampai kawan yang tolong tarikkan. Bukan sekali. Berkali-kali tau. Oh, kenangan sungguh!
Lagi satu saya ni takut tempat tinggi. Terus rasa lembik lutut bergetar satu badan bila dalam keadaan macam tu.
Masa sekolah dulu bila ada kem wajib buat aktiviti berhalangan dan aktiviti lasak semua. Terpaksa redah jugak dalam tapi tutup mata la masa turun dari tali tu. Hahahaha sabar je kan.
Nak bercakap depan orang? Ya ampun! Memang bukan saya lah. Kalau buat kerja belakang tabir saya ok. Willing to do. Tapi kalau suruh saya pegang mikrofon memang serender.
Pernah Ustazah sekolah nak suruh saya jadi solo lead group nasyid, last-last tak jadi sebab suara tak keluar. Kahkahkah... Ustazah kata masa tilawah dalam kelas ok je suara, tapi bila bagi mikrofon dah macam tertelan benda. Pucat lesi muka. Jadi dari situ saya suka buat kerja yang tak perlukan keluar suara.
Ingat boleh lari sampai bila? Sampai masuk Universiti, nak Viva dan Proposal Defense tetap ken bercakap kat depan. Kena present papers dan result masa conference.
Masa mula-mula sampai tak boleh tidur. Esok pagi rasa nak muntah. Berpeluh sejuk jadinya. Tapi ok je lepas tu. Tak mati pun. Malah rasa bangga pulak dengan diri sendiri nak atasi rasa takut yang satu ni.
Dari situlah saya yakin yang cita-cita nak jadi pensyarah tu akan tercapai. Udah kalau takut nak bercakap macam mana nak mengajar kan? Hadoilah lawak sungguh.
Sekarang macam seronok pulak boleh selongkar satu persatu potensi diri sejak buat bisnes Shaklee ni. Upline pun banyak bagi dorongan untuk explore. Banyak bagi peluang. Tinggal sendiri nak ke tak je.
Tapi ada satu ni yang saya masih takut. Berenang, menyelam, naik banana boat atau seangkatan dengannya. Kes lemas masa mandi kolam di Pulau Pangkor masa kecik dulu sampai sekarang saya ingat.
Bukan tak pernah cuba, tapi masih teringat-ingat sampai sekarang. Langsung tak ada improvement bab yang satu ni. Tapi kagum dengan anak-anak sendiri.
Diaorang belajar menyelam dan berenang dengan hanya tengok kawan-kawan kat kolam tu je. Hebat betul. Bila Ibu nak overcome rasa takut air ni?
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini