Bisnes Tips

Tips Atur Jadual Harian Bagi WAHM Agar Urusan Harian Lancar

10:30

Nampak kelibat si kecik keluar bilik. Buat muka comel. Sekejap senyum. Sekejap buat muka malu-malu.

“Assalamualaikum. Hai anak ibu. Dah bangun? Awalnya Ainur bangun hari ni?”

Ibu baru berkira-kira nak study sikit untuk kelas coaching malam nanti. Baru tulis satu perkataaan, si kecik ni bangun pulak.

“Bu, Ainur yak. Ainur nak mandi. Bu tak marah Ainur?

“Tak lah, tak marah. Pergi ambil towel kita mandi.”


Sekarang Si Kecik tu tengah nikmati breakfast nasi goreng dan minum air milo campur ESP.

Setiap hari saya bangun seawal pukul 5 pagi tapi selesaikan urusan makanan rohani dulu. Lepas Subuh tadi cepat-cepat bersilat kat dapur pulak.

Ni anak-anak dah pergi sekolah dan En Suami Sado pun dah pergi kerja. Rezeki saya hari ni suami volunteer tolong hantarkan Aqif. Alhamdulillah, mari kita sudahkan kerja rumah dulu.

Lepas tu sambung study, follow-up customer, sharing tentang manfaat suplemen di FB dan siapkan material untuk kelas malam nanti.

Lepas Dhuha nanti masuk dapur semula untuk masak lunch pulak. Kemudian jemput anak-anak balik sekolah. Lepas Zohor nanti hantar Aryan ke sekolah agama.

Lepas settle Aryan tu biasanya baru saya fokus untuk pos barang atau COD barang. Kalau tak duduk sahaja di rumah untuk fokus kerja bisnes pulak. Update Blog, Vlog atau Page FB ikut perancangan harian.
Bekerja dari rumah ni memang berbeza sikit jadualnya. Sebab dulu masa saya masih lagi bekerja sebagai pensyarah, kita memang boleh tumpukan pada kerja sepenuhnya dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Tapi bila dah jadi WAHM ni kena tukar jadual. Agih-agihkan masa ikut priority. Penting ni supaya tak ada yang terabai.

Bukan tak pernah rasa nak mengamuk dan menangis sedu-sedan bila banyak lagi to-do-list tak siap. Semua benda datang dan perlukan perhatian serentak.

Tapi makin lama dan makin matang. Cerdik lah sikit dari dulu. Dah tau macam mana nak tackle masalah dengan tukarkan ia jadi cabaran.

Terima kasih mentor ajar teknik Chi-breathing tu. Mampu ajar diri untuk bertenang dan lebih rasional.

Keluarga memang kena utamakan dulu. Bila selesai uruskan mereka, perut mereka dah kenyang baru lapang hati nak buat kerja bisnes pulak.

Sementara nak pastikan bisnes stabil ni memang banyak kena korban. Masa tidur yang semestinya kurang dari 5 jam setiap hari. Sejak wean-off Ainur ni rasa jugak nikmat tidur lena tu sebab tak ada dah nak terjaga untuk susukan anak.

Masa berlibur pun agak terhad. Tengok TV kena catu jugak sebab kena utamakan dulu urusan yang lebih penting. Nak keluar lepak-lepak pun jenuh kena tapis.

Nak bisnes maju? Memang inilah ‘harga’ yang perlu di bayar untuk sebuah kejayaan. Ada KPI yang perlu full-fill sebab sekarang bisnes ni umpama karier juga.

Dan saya percaya, semua pun melalui fasa yang serupa dalam membina kehidupan yang lebih stabil dan terjamin. Betul kan?

Siapa kat sini yang sedang membina bisnes juga? Ce tinggal komen sikit.

Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!

Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang

TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!

TAWARAN HEBAT!
Shaklee Distributor & Bussiness Leader

868991

Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts