Bisnes Dari Rumah

Kerja Sendiri Lebih Baik Daripada Makan Gaji

10:00

Dulu masa kerja pernah je rasa sayu setiap pagi nak tinggal anak-anak pada pengasuh.

Paling saya ingat masa sambung cuti tanpa gaji jaga Abah selepas pembedahan jantung selepas cuti berpantang.

Aqif memang sangat rapat dengan saya hatta dengan Abahnya pun tak nak. Jadi sangat mencabar masa hantar tu sebab dia akan menangis tanpa henti dan pengasuh pun asyik merungut sebab susah nak jaga dia.
Hati Ibu mana yang tak sedih kan. Kalau anda ditempat saya rasa macam mana? Saya serba salah masa tinggalkan anak yang tak gembira sepanjang tempoh tu.

Dari rumah pengasuh sampai ofis saya menangis sepanjang 40 minit perjalanan semasa memandu tu. Sampai ofis pun tak terus turun kereta. Huhu
Naik ofis tu masa jumpa Masliani Hj. Abdul & Ainul Malik empangan mata tumpah lagi. Mungkin faktor emosi juga, hasil “ladang” sepanjang di ofis hari tu drop sangat-sangat. Masa tu fikir, alangkah bagusnya kalau boleh jaga anak sendiri kat rumah.

Tak ada drama air mata, tak risau tentang production susu dan tak perlu tengok drama meruntun hati pagi-pagi. Tapi macam mana nak teruskan hidup setiap hari. Tapi siapa nak faham masalah kita kan?

Memang duit tak boleh beli bahagia, tapi bahagia ke kalau takde duit? Banyak aktiviti terganggu tau. Nak besarkan anak, nak makan, bayar hutang, bayar bil? Ada ke orang nak bagi?

Takkan nak bebankan suami pulak atas keputusan yang saya buat? Lagipun saya sendiri memang tak selesa macam tu. Saya nak juga bagi Abah duit bulanan. Beli barang yang saya nak. Hadiahkan sesuatu untuk insan kesayangan.

Syukurlah dengan bisnes yang saya buat part-time dulu sekarang dah jadi punca pendapatan utama saya untuk teruskan survival kami sekelurga setiap bulan.

Dapat juga reward kesayangan belanja makan untuk sambutan hari-hari istimewa. Macam baru ni beli Set Skincare YOUTH tu adalah hasil duit tabung ayam yang saya kumpul dari income bisnes ni lah.

Nak dapat lebih, kita la kena usaha sendiri kan. Kadang-kadang bila mintak dengan suami macam berat hati dia nak bagi sebab bagi dia mungkin tak ada keperluan tu sebab bukan dia rasa apa kita rasa.

Tapi tak boleh la salahkan dia tau. Mungkin banyak juga yang dia kira-kita untuk urusan lain. Tak sampai hati kan nak tambah beban lagi?

Jadi sebab tu setiap wanita surirumah perlu ada pendapatan sendiri untuk kelangsungan hidup. Bukan kata apa yang kita dapat tu kita jadi tak bersyukur. Tapi lebih indah kan kalau kita dapat bagi sesuatu dari hasil titik peluh kita sendiri? Puas!

Dan kalau dah ada kerjaya pun, tak salah tau buat bisnes ni. Saya kenal ramai kawan-kawan yang buat bisnes ni pegang jawatan besar tapi masih boleh jayakan bisnes malah anggap macam full-time pula.

Duit gaji pun tak usik. Guna duit bonus sahaja tau setiap bulan. Duit gaji hakiki simpan untuk capai impian sendiri macam travel atau beli barang idaman.
Sekarang saya tau, kita orang perempuan ni boleh buat apa sahaja untuk insan kesayangan. Tengok muka anak-anak memang penguat semangat sangat nak pulak bila mereka doa nak pergi sini, pergi sana.

Sebenarnya kita mampu jana pendapatan dari rumah tambah abaikan keluarga pun. Cuma perlu capai persefahaman dan tolak ansur dari suami. The rest kalau timbul masalah pun kita boleh uruskan. Anggap sebagai cabaran yang di aturkan pada kita untuk capai kejayaan.

Jadi kalau ada mak-mak yang berminat nak tambah income dengan serius walaupun hidup sibuk kalah PM, boleh join #teamdiva. Sebab saya percaya hanya orang yang sibuk sahaja punyai masa dan pandai uruskan jadual.

Jangan segan-segan hubungi saya untuk tahu potensi bisnes ni ya.
Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee atau ingin dapatkan Youth Skincare, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!

Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang

TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!

TAWARAN HEBAT!
Shaklee Distributor & Bussiness Leader

868991

Disclaimer :

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts