Bisnes Dari Rumah

Dari Pensyarah, Kini WAHM Yang Berjaya, Ini Rahsianya

17:00

Dulu masa mula-mula berhenti kerja dan bekerja dari rumah, saya pernah rasa lost sekejap.

Bukan lost macam mana. Sebab diri ni dah biasa sibuk dari pagi. Mengajar. Jumpa student. Jumpa kawan. Borak-borak. Pergi makan. Pergi window shopping.

Tapi bila berhenti kerja, semua masa saya dirumah. Tak jumpa orang langsung melainkan keluarga, suami dan anak-anak. Maksudnya tak kenal dunia luar.

Memang jadi satu tekanan buat saya. Otak jadi macam jam. Rasa hopeless sebab tak bokeh menyumbang. Loser sangat sebab macam tak boleh buat apa yang pernah buat dalam kehidupan sosial macam masa bekerja. Stress!

Tapi dah lama-lama baru saya macam tersedar. Sebenarnya saya bukan tak boleh buat benda tu semua. Saya boleh buat hidup saya penuh bermakna dengan Shaklee ni. Saya masih boleh menyumbang dan tolong orang lain dengan cara ni.

Saya tak perlu tinggalkan apa yang saya suka bila kata saya dah berhenti kerja. Saya memang sayang sangat dengan kerja mengajar, ya itu memang cita-cita saya dari kecil mahu menjadi pensyarah.

So perlahan-lahan saya ubah. Tak bermakna jadi surirumah kita tak boleh buat apa kita suka. Totally jadi orang lain. Nope.

Dari situ saya mula gunakan bisnes ni sebagai medium untuk saya mengajar dan berkongsi ilmu dengan downlines dan sidelines. Saya jadi aktif libatkan diri dengan program yang Shaklee atau upline anjurkan supaya otak saya tak beku.

Saya seronok bila sesekali dapat jumpa kawan-kawan bisnes. Dapat borak, dapat tukar pendapat dan bincang strategi. Kami buat projek dan jadi organiser untuk program.

Ya, inilah saya dulu yang memang sentiasa ada sesuatu untuk dibuat. Yang sentiasa mahu aktif.

Moga satu hari nanti saya pun boleh hang-out dengan kawan-kawan lama dari zaman belajar pulak. Sesekali keluar dan berjumpa, boleh buka minda tau. Rindu.

Jadi surirumah tanpa jawatan bukan penamat untuk segalanya. Kita pun boleh jadi penyumbang kepada pendapatan keluarga, tingkatkan kualiti hidup orang lain, berani berimpian dan kenal ramai orang-orang hebat. 

Itu yang saya nak seramai mungkin surirumah rasa. Kita pun boleh jadi inspirasi dan jadi luar biasa jika ada keinginan dan kehendak. Tak perlu terus rasa rendah diri.

Terima kasih Shaklee sediakan semua ni untuk golongan surirumah macam saya. Buat hidup saya rasa terisi dan penuh dengan perkara-perkara yang mengujakan. Bukan sekadar ikut rutin harian seperti biasa.

Ada surirumah yang nak cuba cungkil potensi diri dengan Shaklee? Meh join #teamdiva.


Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!

Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang

TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!

TAWARAN HEBAT!
Shaklee Distributor & Bussiness Leader

868991

Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts