Elergik masuk kedai buku! Dah kenapa pulak ni?
Sebab tangan akan gatal je selagi tak membeli. Macam mana pun akan cari jugak buku untuk di beli.
Tu belum lagi kalau ada sale buku atau pesta buku. Boleh naik gila jadinya.
Memang dari kecik saya gila buku. Tapi dulu baca buku ikut peringkat umur lah.
Kumpul buku penyisatan Enit Blyton. Masa tu ada arwah mak saudara yang bekerja di tempat pengedaran buku. Jadi kalau siri tak cukup, mintak dia tolong carikan.
Bila dah meningkat umur, gilakan novel pulak. Orang suka Ahadiyat Akasyah, saya suka karya Liana Afira Malik. Tapi dah lama-lama, rasa koya pulak sebab cerita orang “have-have” je. Maka mula cari penulis dan penerbit baru.
Penulis baru pun masih kekal dengan jenis buku novel. Aisya Sofea, Damya Hana, Noor Suraya, Ramlee Awang Murshid. Dah lama-lama layan novel dan cerpen online pulak.
Follow Noor Suraya dan Rnysa pulak. Masa tu baca tulisan dua orang novelis ni rasa dekat sangat di hati. Mungkin masa tu masih study dan tinggal di asrama. Cerita mereka banyak berkisar tentang utara, kampung halaman dan makanan setempat. Bikin rindu.
Dan jangan tak tahu, saya ni jadi tempat orang pinjam novel. Gilir-gilir la kawan-kawan tunggu giliran tunggu baca novel best, bawak kita ‘merasa’ situasi, sesuatu keadaan dan tempat tu walaupun belum berpeluang untuk samapi ke sana.
Sekarang ni pun hobi beli buku tu tak lenyap lagi. Masih gatal tangan nak beli buku. Sekarang ni tambah genre baru bab vitamin, suplemen, nutrisi, bisnes dan ‘self-development’ pulak.
Walaupun ada yang masih belum buka pembalutnya. Aishhhh! Bila nak berubah ni? Masuk tahun baru ni kena la jayakan azam baru untuk baca lebih 12 buku setahun.
Baru la otak boleh cergas dan sentisa ada idea meletop-letop macam #iReachFounder tu. Tak pernah tak genius idea mereka. Dulu tertanya-tanya keluar dari celah mana idea macam ni ye? Sekali mereka pecah rahsia,
“BANYAKKAN MEMBACA BUKU BERFAEDAH”. Gitew!
Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!
TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!
868991
Disclaimer :
Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini