Hanya insan terpilih je yang boleh kental buat bisnes Shaklee ni.
Kenapa saya cakap macam tu?
Sebab Shaklee ni setiap tahun ada je isu viral yang menjadi topik hangat. Isu yang sama berulang-ulang sampai kadang-kadang rasa malas nak layan. Memang bagus pun sebenarnya tak layan aura-aura negatif ni.
Kadang-kadang saya pun tak faham apa la yang orang ‘jaki’ sangat dengan Shaklee ni. Ye lah, produk semua ada ada kajian saintifik.
Yang buat produk ni semua barisan saintis yang tentu-tentu kelulusan pun PHD. Dah 101 tahun kat dunia ni. DUNIA TAU. Bagi tau sikit celah mana yang tak bagusnya?
Bahan sumber asas pun bahan beyond organik (sebab ada kajian keselamatan nak tau memang betul ke tak ada bahan tercemar). Memang terbukti semulajadi, selamat berkesan dan mesra alam.
Jadi kalau tak faham tentang ni semua, buat bisnes sebab ikut trend. Sebab Shaklee masa tu tengah glamour memang tak tahan lama.
Memang bukan semua orang boleh buat bisnes ni tau. Kena degil. Kena kental. Kena tebal muka. Kena ada semangat nak belajar benda baru.
Macam saya sendiri, banyak benda baru dipelajari bila terlibat dengan bisnes ni. Kena upgrade skill komunikasi. Skill urus emosi. Skill hadapi penolakan. Skill hadapi kecaman. Eh...
Sungguh tau tentang skill menepis gosip dan kontroversi yang melanda. Tak terduga sungguh isunya. Bila dapat PM di inbox di whatsapp bertanyakan soalan dan hantar gambar pelik-pelik.
Bila kita jelaskan, kena ‘bash’ balik. So fahamlah kita yang dia tanya bukan sebab nak faham pun kan. Tapi saja je nak cipta isu. Memang kena pandai handle supaya tak lari fokus dan pendirian diri tak goyah.
Jadi kalau tak bulat tekad, memang dah lama dah la tarik diri buat bisnes lain. Tapi entah mengapa, hati ini masih setia. Allah masih nak saya terus berada di landasan ini untuk kongsi lagi manfaat produk dan kesedaran tentang nikmat sihat ni.
Masih kuatkan hati nak terus cipta kejayaan dalam bisnes. Ketegaq apa tak tau la. Kena kecam bukan sikit-sikit, tapi kena teruskan juga sebab dengan inilah kita cari rezeki suap anak makan, bayar hutang dan bil segala.
Orang yang cakap-cakap tu hanya mampu cakap je. Susah kita dia tumpang sorak. Jadi berbaloi ke nak fokus pada cakap-cakap negatif?
Macam dulu waktu Ainur menyusu lagi, saya pergi kelas sambil kendong Ainur. Ada kelas di Lembah Klang pun pergi berdua dengan dia naik ETS. Punya kental kan.
Sendiri pun tak sangka Shaklee ni mampu buat saya jadi tekad macam ni. Satu yang pasti saya bahagia bila dapat sertai program.
Benarlah orang kata, cabaran bisnes ni lain benar dari makan gaji. Sebab dulu pun saya pernah kerja makan gaji. Jadi saya nampak perbezaan struggle dalam membina bisnes ni.
Biar banyak cabaran yang datang, mesti sabar dan teruskan perjuangan mencapai impian. Pasti ada hikmah dari setiap titis keringat dan air mata yang tumpah sebab sendiri tahu kenapa nekad setia berbisnes.
Terus sebarkan kebaikan dan bantu orang yang nak di bantu. Rasa-rasa nak test jiwa sendiri kental ke tak, meh buat bisnes ni sama-sama. Nak join #teamdiva, meh whatsapp cepat ye.
Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee atau ingin menjadi sebahagian keluarga #teamdiva, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang
set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara
pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan
cepat!
TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!
868991
Disclaimer :
Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini