Diabetes

Kenapa Bacaan Gula Dalam Darah Boleh Tinggi?

20:00

Diabetes atau lebih dikenali sebagai kencing manis adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Mesti ada yang tertanya-tanya apakah kaitan gula dan diabetes?

Kenapa bacaan gula dalam darah boleh tinggi oleh pesakit diabetes?

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan.

Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.

Definisi Diabetes


Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.

Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Jenis Diabetes

Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)

  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
  • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin

Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin) 


  • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
  • Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Tanda Amaran Diabetes


 
Anda yang mana satu?

Kredit: MyHEALTH KKM

Mahu mencegah diabetes sebelum melarat seperti ini? Dapatkan info lanjut bagaimana suplemen dan vitamin boleh membantu mengawal bacaan gula dalam darah bagi pesakit diabetes di bawah.

Ketahui cara untuk mendapatkan pendaftaran dan perkhidmatan penghantaran secara PERCUMA! 



Hubungi saya
Your Trusted SID 
Riza Afzan Asri 
SMS/Whatsapp 012-4637064 
Email: nuhasafiya@yahoo.com
~Happy to share, pleasure to help!~

Artikel Menarik untuk di baca:
1. Sugar Control Set Shaklee

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts