Bila disahkan hamil, sebagai seorang Ibu anda perlu menanamkan rasa tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik terhadap kandungan anda. Ini kerana ia merupakan amanah yang diberikan oleh Allah untuk anda tunaikan walaupun bayi itu belum dilahirkan.
Pernah anda dengar apa yang kita makan membentuk 'daging' pada tubuh kita? Lebih kurang begitulah bunyinya. Betapa ia nak menunjukkan peri pentingnya pemakanan yang sihat dan selamat untuk ibu dan bayi. Jom ketahui 5 Tips Pemakanan Ibu Hamil Perlu Tahu Agar Pertumbuhan Bayi Tidak Terbantut.
Tips 1
Makan enam kali sehari yang terdiri daripada hidangan (portion) kecil. Cara ini dapat membantu anda mengelak risiko pedih ulu hati dan pada masa yang sama memastikan perut anda kekal penuh.
Selalunya bila perut kosong, badan mudah masuk angin dan mencetuskan loya. Mungkin anda perlukan Petua Hilangkan Alahan Mengandung, Loya Dan Muntah Cara Tradisional Dan Moden.
Tips 2
Amalkan memakan snek berkhasiat seperti keju, yogurt, kekacang dan sayur-sayuran. Jauhi snek bergaram dan manis kerana penting untuk anda Atasi Darah Tinggi Ketika Hamil Elak Komplikasi Buruk Pada kandungan. Anda sayangkan kandungan anda bukan? Maka berhati-hatilah dengan apa yang anda makan.
Tips 3
Air sangat penting untuk setiap ibu hamil kekal hidrat. Minumlah 6-8 gelas air, jus, susu ataupun jenis cecair yang lain setiap hari.
Mungkin juga panduan 6 Tips Minum Air Mudah Bagi Cukupkan Bendalir Badan Perkongsian Pakar. Tips ini membantu anda step-by-step untuk cukupkan bendalir badan agar anda tidak terhidrat. Kurang air dalam badan amat bahaya terutama sekali ia mungkin mencetus kontraksi pramatang yang sangat berisiko tinggi.
Tips 4
Pengambilan vitamin juga sama pentingnya. Vitamin ibu hamil membekalkan kepada anda kesemua vitamin penting yang di perlukan tubuh anda mahupun bayi pada kandungan.
Bila bercakap soal makan vitamin ketika hamil, saya memang suka sangat berkongsi kisah kawan saya ni yang memang cergas sangat ketika hamil.
Bayangkan tengah sarat boleh panjat beratus-ratus anak tangga? Dari mana beliau dapat kekuatan macam tu agaknya? Ini bukan cerita dongeng tau. Saksikan sendiri:
Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.
Amacam ibu-ibu? Rasa tercabar tak? Seronok kan kalau dapat menikmati proses kehamilan dengan gembira. Tak adalah nak berlingkar atas katil dan tidur je.
Tips 5
Bagi penggemar kafein, penting untuk anda kurangkan pengambilan sekitar 300mg kafein sahaja setiap hari. Jangan hanya terbayang kopi sahaja, ia juga terdapat dalam coklat, teh dan air soda. Lebihkan minum air kosong ya kerana ia boleh membantu mengelakkan Dehidrasi: 3 Gejala Jika Dibiarkan Boleh Membawa Maut.
Sembilan bulan proses kehamilan amat bermakna. Malah pengamannya berbeza jika anda mengandung untuk kali ke berapa sekalipun. Jadi amat penting untuk anda rasai tanggungjawab memberikan yang terbaik untuk setiap kandungan dan jauhi sikap sambil lewa. Si dia di dalam itu memerlukan sumber yang terbaik dari kita, ibunya.
Rasailah detik-detik itu dengan indah. Ia sentiasa manis untuk di kenang. Jika mahu cergas seperti kawan saya tu, meh cepat dapatkan konsultasi dengan hubungi saya seperti keterangan di bawah.
Your Trusted SID
ID 868991
Riza Afzan Asri
SMS/Whatsapp 012-4637064
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia
~Happy to share, pleasure to help
Artikel Menarik Untuk Dibaca:
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini