Alfalfa Complex

Buasir Ketika Berpantang Ketahui Cara Cepat Mengecutkan Agar Kurang Berdenyut

21:49

Bila dengar perkataan buasir memang ngilu sangat. Teringat kisah pertama kali terkena buasir adalah sebelum mengandung. Bermula dari sembelit yang berpanjang sehingga akhirnya membengkak dan terkeluar. Paling ngeri adalah Buasir  Ketika Berpantang. Memang menderita!

Buasir Ketika Berpantang Ketahui Cara Cepat Mengecutkan Agar Kurang Berdenyut


Alhamdulillah bila masuk kelahiran anak ketiga saya dah pandai sikit handle masalah buasir ni. Anda juga mengalami masalah Buasir Ketika Berpantang? Ketahui Cara Cepat Mengecutkan Agar Kurang Berdenyut. Tapi sebelum tu saya nak kongsi dulu kenapa buasir terjadi ya.


buasir

Mengapakah Buasir Menjadi Teruk Ketika Berpantang 

Semasa kita mengandung,  jumlah darah dalam badan bertambah. Dalam masa yang sama tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan salu-salur darah.

Akibat dari situasi di atas urat-urat dibawah rahim pula lebih cenderung untuk membengkak dan dan menegang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi. Salah satu lagi adalah sembelit yang tidak di kawal juga menyumbang kepada masalah buasir. 

Anda boleh mengamalkan tips elak sembelit agar tidak menderita buasir. Tetapi tips ini hanya berkesan jika anda tidak pernah mengalami masalah buasir selama ini.

Rawatan Buasir Secara Tradisional

Mengikut ilmu perubatan Melayu, buasir ialah penyakit resdung dubur yang dapat di rawat tanpa pembedahan.

Adalah normal jika anda ada buasir ketika hamil, ia akan berlarutan ketika tempoh berpantang. Jika ia turut disertai dengan pendarahan (buasir berdarah), di syorkan rawatan berendam punggung seperti di bawah.

  • Rebus campuran daun sirih, inai, garam kasar dan jintan hitam untuk tujuan berendam.
  • Selepas berendam sapu ramuan herba daripada asahan biji pala yang di gaul air asam jawa atau cuka nipah atau cuka beras.
  • Ataupun sediakan biji pala, kunyit dan manjakani, gaul atau asah dengan air atau cuka-cuka tersebut dan sapu pada bahagian buasir yang bengkak, sama ada jenis kecil atau besar.

Rawatan Buasir Secara Moden

  • Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana ini mengakibatkan buasir menjadi lebih teruk.
  • Gunakan tekanan sejuk menggunakan pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
  • Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas membuang air besar. Selepas mencuci lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. pastikan tisu tandas itu jenis yang tidak berbau.
  • Cuba tolak masuk buasir itu perlahan-lahan apabila ada mandi. 

  • Boleh meminta doktor mengpriskripsi ubat sapu atau ubat jenis supositori yang di masukkan ke dalam lubang dubur untuk melegakan kesakitan.

  • Mengikat dasar buasir itu dengan getah bagi menghalang darah mengalir ke situ lalu membuatkan ia mengecut. (ini serius takut nak buat!)

  • Suntikan dengan bahan kimia menyebabkan buasir itu kecut dan jatuh.


Pengalaman Peribadi Merawat Buasir Ketika Berpantang

Saya memang ada buasir sejak dari sebelum kahwin. Maka bila bersalin memang automatik masalah buasir memang wujud. 

Semasa anak pertama dan kedua agak seksa juga, hanya sapukan minyak gamat di tempat buasir yang membengkak. Tu pun takut-takut. Sapu sambil pejam mata. Tahan nafas. Ambil masa 2 minggu juga nak rasa selesa tu. Memang makan ubat lembut najis yang doktor bagi risau sembelit.

Tetapi pengalaman buasir semasa mengandungkan anak ketiga nyata berbeza. Doktor pakar yang menyambut kelahiran anak saya memang perasan buasir yang keluar masa tu. Keesokan paginya beliau meminta nurse buat terapi cahaya inframerah ke arah buasir tu. 

Memang buasir cepat kecut dalam masa seminggu. Bengkak di faraj akibat meneran pun begitu. Darah nifas pun banyak mengalir masa tu. Proses tu ambil masa dalam 10-15 minit je. Satu pengalaman baru buat saya.

Bila balik rumah saya just continue dengan amalan makanan semasa berpantang yang baik, makan nasi lembik (masak lebihkan air), makan ikan isi putih yang di bakar, makan sayur sawi sebagai serat dan amalkan Tips Minum Air Dalam Pantang Elakkan Perut Buncit.

Dan paling penting saya makan Ostematrix yang kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin D. Tiga jenis unsur ini membantu peristalsis usus (pergerakan usus menolak najis) untuk mengeluarkan najis dengan lancar dan magnesium sangat membantu melembutkan najis bagi mengelakkan masalah sembelit. Telan 4 biji sebelum tidur, esoknya boleh membuang dengan lancar. Susu badan pun banyak.

Najis yang keras akan membuatkan kita meneran dan itulah yang mendorong buasir bengkak. Jadi kena elakkan jika tidak mahu terus menderita. Seksa ooo... memang tak selesa dan susah hati je mahu ke tandas bila perut bergolak. Ada kawan saya makan Alfalfa jugak untuk elak sembelit, memang berkesan. Tapi saya tak berani cuba sebab masa tu jaundis baby masih tinggi. 

Saya memang tak buat pun petua tradisional di atas sebab saya berpantang sendiri. Macam renyah nak mintak tolong suami carikan barang. Dia nak masak makanan lagi, jaga dua orang lagi anak kami memang keletihan. Tapi kalau anda nak mencubanya, tak salah. Boleh beli barang yang sepatutnya siap-siap dan boleh minta tolong suami sediakan ya.

Jadi jika anda sedang menghadapi masalah buasir ketika berpantang, boleh la cuba perkongsian ini. Nak ikhtiar guna Ostematrix tu juga? Boleh hubungi saya cepat-cepat untuk order. Saya sangat faham derita buasir ketika berpantang memang serba tak kena di buatnya. Ikhtiar segera ya. Jangan terus menderita.


Your Trusted SID


  ID 868991


Riza Afzan Asri


SMS/Whatsapp 012-4637064 


Email: rizaafzan@gmail.com


COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia


~Happy to share, pleasure to help!

Rujukan:
1. Ensiklopedia Perbidanan Melayu

Artikel Menarik Untuk Dibaca:

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts