Amalan Menjemput Rezeki

Rahsia Menjemput Rezeki Apabila Segala Usaha Seakan Tak Menjadi

03:00

setiap manusia punyai impian. Untuk capai impian itu, kita usaha dengan segala kudrat yang ada, mengerah segala keringat yang ada. Dan apabila tiba masa kita untuk mengutip 'hasilnya', ia tak seperti yang kita sangka. Jauh sekali! Adakah ada lagi Rahsia Menjemput Rezeki yang kita tak tahu?

***

Bila saya ambil keputusan berhenti kerja sebagai pensyarah dan ikut suami pulang ke Perak, ramai yang bising. Bising sebab saya tak gunakan kelulusan yang ada untuk dapat gaji yang lumayan. Saya tau mereka risaukan saya dan anak-anak.

Namun masa tu, dalam minda saya hanya ada satu,

"Rezeki tu adalah hak milik Allah. Jika aku lakukan ini demi suami dan anak-anak, insyaAllah Allah akan beri balasan yang setimpal"

Lagipun, tak sanggup rasanya nak berjauhan dengan suami dan anak-anak. Tahun 2013 saya ambil keputusan nekad dan pulang ke Perak bersama keluarga.

rahsia menjemput rezeki

Rancangan disusun, Vision board diatur supaya fokus tidak lari. Namun segalanya seakan sukar. Mungkin sebab transisi dari kerja tetap ke buat bisnes di rumah dalam masa yang sama kena jaga anak jugak.

Rasa kasihan melihat suami berhempas pulas menanggung segala-galanya. Dan ketika itu terdetik "Kenapa rezekiku tidak semudah yang di fikirkan?"

Benarlah, hidayah dan petunjuk dari Allah datang dari tempat yang tak disangka-sangka. Saya disedarkan bahawa kita harus bergantung pada Maha Pemberi Rezeki. Kita mahukan sesuatu daripadaNya, tapi sebanyak mana amal yang kita telah lakukan untuknya? Adakah cukup dengan solat 5 waktu sahaja?

Sedangkan apa yang kita minta cukup banyak! Mungkin inilah penyebab rezeki yang saya harapkan hanya sekadar cukup-cukup sahaja. Kerana amal ibadat saya hanya "cukup-cukup sahaja". Allah, sayangnya DIA pada saya dengan hantar jentikan melalui jalan bisnes yang saya buat ni.

Benarlah janji Allah. Jika kita sandarkan segala usaha kepadaNya, Dia akan membalas dengan sewajarnya.

Kerja harian semakin mudah dan pastinya,hati semakin tenang. Semua perkara mula dilihat dari sudut yang lain.

Rezeki Allah tidak terbatas. Bagi diri ini, rezeki dapat meneruskan hidup bersama keluarga setiap hari, rezeki dapat menghantar dan mengambil anak, menjaga makan minum mereka, melihat mereka membesar di depan mata mengajar diri ini bahawa rezeki hadir dalam pelbagai bentuk.

Walaupun macam-macam cabaran menjengah, tapi saya rasa diri lebih tenang dan menyandarkan diri padaNya, segalanya tampak mudah. Kadangkala rezeki hadir ketika waktu sukar dan kadangkala hadir dari tempat yang tak disangka-sangka.

Pendek kata, bila ada sesuatu yang tak ikut perancangan kita, yakinlah ia adalah yang Allah hantar untuk kita upgrade diri. Apa yang diberi tu Allah tahu itu yang terbaik untuk kita. Tapi kalau tak bagi pun apa yang Allah tak bagi tu pun ada yang baiknya yang kita tak nampak lagi.

Tapi jangan risau, selagi kita jaga diri kita dengan Allah, kita takkan tersasar jauh. Kita cari redha Dia, hidup kaya berjaya dunia akhirat.

Shaklee Distributor & Bussiness Leader
868991

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts