Jangkitan Ulat Air di kaki

Jangkitan Ulat Air di Kaki Surut Selepas Amalkan Tips Ini

03:00

Gatal-gatal dan berair di celah kaki? Rasanya ramai yang alami perkara ini terutamanya yang lupa nak keringkan kaki, kaki berpeluh atau ventilasi di dalam kasut yang tidak sesuai. Semua ini boleh menjurus kepada Jangkitan Ulat Air di Kaki atau turut dikenali sebagai Athlete's Foot, kutu air atau kulat air.

Jangkitan ulat air di kaki

Saya pernah jadi kulit kaki sensitif macam ni masa mengandung dulu. Mungkin sebab pakai kasut je sepanjang waktu kerja, kaki basah tak lap betul-betul lepas solat.

Lagi terukkan keadaan kalau makan udang. Memang penuh pelipat jari. Pedih sangat. Susah nak jalan tahan sakit punya pasal. Tu belum bila biji berair tu pecah.
Jadi macam mana nak kurangkan jangkitan ulat air di kaki ni? Di sini saya kongsikan beberapa tips :

  • Bersihkan dan lap kaki setiap kali selepas ke tandas. Ini untuk pastikan kaki anda tidak basah atau lembap. Kulit yang lembap atau basah adalah tempat favourite untuk kulat membiak
  • Pakai stokin (jika perlu pakai la) yang dibuat daripada jenis kapas supaya peluh mudah diserap. Basuh dan tukar setiap hari
  • Pakai kasut yang ada ventilasi/pengudaraan yang baik. Ini bagi pastikan kaki anda sejuk dan kurang berpeluh. Kasut yang panas akan menyebabkan kaki anda mudah berpeluh. Jika anda bekerja dan banyak buat desk work,pakai je selipar. Bukan orang nampak pun
  • Sapu krim dengan pelembap untuk bantu kurangkan gatal
  • Rendamkan kaki ke dalam air yang telah dibancuh dengan 1-2 sudu teh serbuk sodium bikarbonat (serbuk penaik roti). Amalkan ini setiap kali balik dari kerja dan lakukannya selama 10-15 minit setiap hari. Kemudian bilas dengan air bersih. Ia mampu untuk meneutralkan asid yang terbentuk pada celah-celah kaki. Asid yang terkumpul di bahagian kulit ini akan menyebabkan keradangan kulit lambat sembuh
Jangkitan ini berlaku pada saya masa mengandung. Dah la risau jika ambil krim sembarangan. Takut serap pulak bahan kimia merbahaya tu. Apa jadi sampai kat baby, punya la paranoid!

Tapi ada kawan cadangkan krim multifungsi ni. Dari ekstrak tumbuhan katanya. Tak ada paraben, pengawet yang memudaratkan kalau kita selalu pakai sebab serap masuk kulit.

Jangkitan ulat air di kaki

Sejak kenal pada tahun 2011, terus setia sampai sekarang. Anak-anak kena ruam, chicken pox, hfmd hatta kena gigi nyamuk pun pakai krim ni. Tak payah beli macam-macam jenis, buat berat beg ja nak angkut sampai satu lori (ok lawak je!)

Nak beli klik je terus

Shaklee Distributor & Bussiness Leader
868991

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts