Bisnes Tips

7 Tips Guna Facebook Sebagai Media Promosi Supaya Jualan Mencapai 5 Angka!

06:00

Ramai masih tercari-cari strategi terbaik untuk mengembangkan bisnes. Bergantung kepada mentornya, ada pelbagai cara boleh dilakukan. Namun begitu, dengan sedikit pengetahuan 7 Tips Guna Facebook Sebagai Media Promosi Perniagaan, Facebook boleh dijadikan platform terbaik untuk mencapai sale yang tak pernah anda terfikir selama ini. Terima kasihlah Mr Mark yang wujudkan Facebook ni sebagai platform menerokai dunia.

7 strategi guna facebook sebagai media promosi perniagaan

Bagi yang nampak potensi besar Facebook ni sebagai platform meluaskan jaringan, pasti nampak dan akan ambil kesempatan dengannya untuk buat bisnes dan jana income.

Kedai maya begini memang untung sebab kita boleh pastikan ia beroperasi di mana sahaja pun kita berada. Bermula dengan apa yang ada di tangan.

Tak perlu fikirkan pekerja, sewa, kena tutup kedai bila ada kecemasan dan sebagainya. Tapi nak berniaga pun ada adab tau. Kalau tak ikut nanti team Mr Mark hantar surat cinta. Jadi macam mana nak berniaga dengan aman dan harmoni di FB ni?

  1. Wujudkan Page khas untuk berniaga di FB. Page memang diwujudkan oleh FB untuk support sebarang bentuk bisnes online. Jana friend atau follower di Page
  2. Kurangkan promote secara 'hardsell' di wall personal sebab team FB memang tak suka. Boleh gunakan wall personal untuk kongsi cerita, kongsi tips, kongsi petua, kongsi pengalaman melalui teknik story-telling dan copywriting
  3. Jangan tag friends untuk sebarang post jualan anda. Sebab friends anda boleh report anda sebagai spam sebab dia rasa anda suka-suki je tampal iklan depan pintu rumah dia tanpa kebenaran. Hormati orang lain yang nak rumah dia nampak bersih dan kemas. Bukan macam papan tanda iklan.
  4. Jadikan rutin untuk add friend di luar lingkaran bisnes anda. Secara logiknya takkan orang yg sama berniaga barang dengan kita nak beli barang yang dia pun niagakan bukan?
  5. Luangkan masa untuk Like & Komen post kawan-kawan. Ini cara kita bertegur sapa di FB. Baru la jana kepercayaan dan orang boleh percaya nak beli barang yang kita jual.
  6. Elakkan post status meratap, meroyan dan menghina. Lagi satu isu-isu sensitif. Buat orang takut nak berurusan dengan kita. Risau nanti dia pulak di bahankan. huhu
  7. Kekalkan lingkungan aura positif. Lebih ramai yang positif akan tertarik dengan kita. Tak gitu?

Bak kata CEO Shaklee, Mr Roger Barnet kena manfaatkan 'Hi-Tech With Hi-Touch'. Semoga tips ini bermanfaat


Your Trusted SID 

Shaklee Distributor & Bussiness Leader

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts