Resepi

Resepi Puding Roti Bakar Chef Hanieliza Yang Gerenti Jadi Bila Di Cuba

10:30

Assalamualaikum

Hari ni ada mak saudara yang bagi tau 'last minute' nak datang rumah. Fikir punya fikir nak hidangkan apa untuk tetamu, saya terpandang sebungkus roti di dapur yang luput tarikh hari ini.

Ting! Terus teringat pada Resepi Puding Roti Bakar Chef Hanieliza Yang Gerenti Jadi Bila Di Cuba. Yes, aiskrim pun ada dalam peti ais. Jom masuk dapur!

Resepi puding roti


Bahan-bahan:

Bahan A

2 cawan susu segar
1 buku roti gardenia

Bahan B

4 sudu makan gula halus
2 sudu makan mentega
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu makan tepung jagung

Bahan C

2 sudu makan kismis
5 biji kurma - di buang biji dan di carikkan (saya tambah)

Cara Membuat:

1. Hancurkan ataupun koyakkan roti dan rendam dalm susu selama 30 minit.

2. Kacau dan gaul bahan B.

3. Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang.

4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit ataupun sehingga masak.

Nota: Saya bakar guna microwave selama 15 minit.

Setelah masak, boleh hidangkan bersama sos kastard. Tapi hari ni saya gunakan aiskrim yang memang ada dalam peti ais. Aiskrim homemade lagi tau. Tabur hirisan badam dan coklat cip untuk memberikan rasa rangup ketika makan.

Dapatkan Resepi Aiskrim Coklat Mudah Paling Berkhasiat Super Sedap Kalah Cornetto. Memang sedap tau makan dengan puding roti ni. Makan aiskrim saja pun lagi sedap! HaHa...

Setakat ini sahaja perkongsian kali ini. 

Selamat mencuba ya!


Your Trusted SID

ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts