berapa banyak air perlu minum

7 Faktor Mempengaruhi Berapa Banyak Air Perlu DiMinum Sehari Agar Badan Tak Lesu

16:46

Tak cukup air boleh mati? Tak percaya? Ada kisah pelajar sebuah sekolah beberapa bulan lepas meninggal dunia selepas melakukan aktiviti sukan. Satu sebabnya di akibatkan oleh 'heat stroke' dan kekurangan air dalam badan.

Ramai antara kita yang tak ambil peduli keperluan pengambilan air putih dengan JUMLAH YANG BETUL melainkan hanya minum apabila berasa haus. Secara amnya, manusia perlu mengambil 8 gelas atau 2 liter air putih sehari.

Hari ini saya nak berkongsi 7 Faktor Mempengaruhi Berapa Banyak Air Perlu DiMinum Sehari Agar Badan Tak Lesu. Air yang dimaksudkan di sini adalah air putih kosong ya. Bukan air manis yang mengandungi pewarna dan perasa.


Faktor-faktornya adalah seperti berikut:


1. Umur

Kanak-kanak - Memerlukan 1.3 liter hingga 2.1 liter sehari
Dewasa - Memerlukan 2.3 liter sehingga 3.7 liter sehari

2. Jantina

Lelaki - 13 gelas sehari
Perempuan - 8 hinggan 9 gelas sehari
Wanita menyusukan anak - 10 hingga 13 gelas sehari

3. Indeks Jisim Tubuh (BMI)

BMI yang lebih tinggi memerlukan lebih banyak kandungan air putih.

Cara kira BMI

Tentukan BMI anda menggunakan Kalkulator BMI.

4. Kadar Aktiviti

Jika anda terlibat dan selalu melakukan aktiviti kecergasan seperti berlari dan memanjat, anda memerlukan segelas air pada setiap 15 minit.

Minuman isotonik juga membantu anda mendapat tenaga yang hilang.

Minuman isotonik Performance Natural Orange kaya dengan Optilyte, sejenis elektrolit proprietari dengan campuran unik karbohidrat yang mampu bertindak pantas untuk memberikan tenaga serta merta. Ini mampu memberikan tenaga berkekalan dan merangsang penghidratan optimum.

minuman isotonik

Yang uniknya dan sangat berbeza berbanding jenama komersil lain adalah ia tidak bergas malah 100% bebas perisa tiruan, pemanis dan pengawet. Patutlah ramai atlet-atlet Olimpik US menggemarinya.

5. Persekitaran

Iklim yang panas seperti di Malaysia memerlukan anda minum air yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi (kekurangan bendalir dalam tubuh).

6. Penyakit

Jika anda sedang menghidapi sebarang penyakit, anda perlu mendapatkan air yang secukupnya. 

Penyakit-penyakit tersebut contohnya cirit birit dan denggi. Perasan tak kalau untuk kedua-dua jenis kes ini, apabila di masukkan ke wad, mesti akan di masukkan tiub IV air pada pesakit?

Kredit jalanabadi172784.blogspot.com untuk gambar

7. Masih keliru?

Secara mudahnya badan kita memerlukan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari minimum.

Amat penting untuk anda mengetahui jumlah yang tepat yang badan anda perlukan. Ini disebabkan oleh bukan sahaja kurang minum air boleh memudaratkan badan (dehidrasi), terlebih minum air (over-hydrated) juga tidak elok untuk sistem dalaman kita.

Maka berpada-pada lah ya. 

Formula Kiraan Jumlah Air Yang Perlu Di Minum Sehari


Berat badan dalam pound (tukar unit kilogram ke dalam pound, x 2.2 kg)
______________________________________________________

2

 = ?
_____
8

= JUMLAH GELAS YANG DIPERLUKAN


Quick-Tips Minum Air Bagi Mematuhi Keperluan Harian

1. Sukat jumlah air yang diperlukan pada setiap pagi.

2. Masukkan ke dalam botol yang di simpan di dlam bekas simpanan minuman.

3. Bawak air yang di sukat (botol) tersebut ke mana-mana sahaja anda pergi.

4. Minum setiap 30-60 minit.

5. Sebelum tidur pada sebelah malam pastikan kesemua air yang telah disukat habis di minum.

 

Setakat itu sahaja perkongsian saya buat kali ini. Semoga ia memberi banyak manfaat buat anda.

Selamat minum air ya! Jangan malas-malas tau. 

Jika anda mahu mencuba Performance Orange Drink tu cepat-cepat hubungi saya untuk order. Nanti saya kongsi cara bancuhan yang membuatkan air anda lebih sedap tetapi berkhasiat. Jangan tunggu sampai pengsan baru nak cuba ya.


Your Trusted SID 


Riza Afzan Asri 


SMS/Whatsapp 012-4637064 


Email: rizaafzan@gmail.com


COD: Taiping dan kawasan sekitar  
 
Pos: Seluruh Malaysia


Artikel Menarik Untuk Di Baca:

Rujukan: Utusan Malaysia, Sisipan Mega, 9 Jun 2015

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts