Amalan Doa

Amalan Doa Untuk Semua SID Bisnes Shaklee Agar Berjaya Dunia Akhirat

22:52

Pagi tadi selepas sahur saya berkesempatan mendengar rakaman webinar RRB dari Master Norita Idris atau lebih di kenali sebagai Kak N. Beliau merupakan 'founder' group bisnes Euphoria yang merupakan jaringan terbesar dalam bisnes Shaklee di Malaysia.

Kak N berpangkat 'Great Grandnanny' saya, kerana beliau adalah adalah upline 4 generasi ke atas selepas Mak Ainul Malik (Naila Superpower), Nenican Lyna Noh (iReach) dan Master Shareeza atau lebih mesra sebagai Kak Cery (Jutawan). Alhamdulillah saya sungguh berbangga dengan berada dalam asal usul yang hebat ini.

Selepas mendengar webinar tersebut, saya rasa terpanggil untuk berkongsi doa yang di bacakan oleh Kak N di akhir penutup webinar. Kata-kata yang sungguh indah tersusun memuji Allah dan sepenuh hati meletakkan pergantungan padaNya.

Diharapkan Amalan Doa Untuk Semua SID Bisnes Shaklee Agar Berjaya Dunia Akhirat ini memberi manfaat untuk semua yang membacanya tidak kira bisnes apa yang anda usahakan kerana kita sama-sama berurusan dengan manusia.



======================================================

Baca Al-Fatihah.

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah, berikan aku fikiran yang tenang. Berikan aku hati yang bersih. Berikan aku jalan yang mudah.

Ya Allah Ya Tuhanku, bukakanlah pintu hati downline-downlineku yang susah pada saat ini Ya Allah agar mereka mengusahakan Shaklee kerana Shaklee setakat ini memberi bonus yang hebat dan aku telah menikmatinya.

Bukakanlah pintu hati mereka, akal mereka dan tindakan mereka Ya Allah. Aku ingin membantu mereka, berikan aku kekuatanMu, keyakinanMu dan keselamatanMu. Permudahkan urusanku untuk memudahkan urusan orang lain.

Ya Allah, berikan kejayaan kepada mereka yang berusaha. berikan kebenaran kepada mereka yang ingin mengetahui. berikan petunjuk kepada mereka yang memerlukan dan dengan rahmatMu jangan Engkau ambil semula segala nikmat yang telah Engkau berikan.

Ya Allah, datangkan kepadaku orang-orang yang memerlukan Shaklee, yang mencari-cari Shaklee dan berkemampuan untuk bayar. *Hantarkan padaku orang-orang yang sayangkan kesihatan mereka melebihi mereka sayangkan wang mereka.

Ya Allah, aku maafkan sesiapa jua yang pernah menyakitiku, yang pernah menyinggung perasaan aku, yang pernah memalukan aku. Dan aku maafkan juga diri aku sendiri atas kejahilan aku yang lalu.

Ya Allah, tenangkan jiwaku, permudahkan urusanku. Ya Allah rahmatilah sesiapa jua yang aku kenal dalam hidupku. Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Besar.

*Terima kasih Ya Allah kerana mengizinkan aku berdoa dan meminta-minta padaMu. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pengkabul doa.

Amin Ya Rabbal Alamin.

*Doa yang saya tambah.
 ======================================================

Itulah serba sedikit perkongsian Kak N pada webinar tersebut. Semoga kita sama-sama istiqamah mengamalkannya. 

Pesan Kak N yang saya pegang jadi azimat:

"Apabila kita berdoa dan kebergantungan kita hanya pada Allah, InsyaAllah Dia akan bagi rezeki dengan tidak di sangka-sangka tanpa kita perlu stress dengan manusia.

Ingat, banyakkan masa untuk Allah. Dapat bonus, utamakan Allah. Segalanya Allah kerana kekayaan dan kejayaan itu hanya datang dari Allah".

Allahuakbar. Beruntungnya saya kenal insan hebat berjiwa besar macam ni. Memang bisnes Shaklee lain dari yang lain. Dengan Shaklee  saya tak malu mengaku saya bisnes MLM.

Bisnes ini banyak membuka mata saya supaya menggunakan dunia untuk mengejar akhirat. Indah bukan?

Jika anda masih mencari-cari erti hidup dan minat bisnes, legasi Shaklee kami memang mempunyainya. InsyaAllah jika niat anda betul, anda akan merasai sendiri ukwah yang terbina bukan mengejar harta dunia semata.

Pastikan anda memilih sponsor/upline yang betul ya. Hubungi saya jika anda mahu menjadi sebahagian dari team kami. 

Daftar sekarang!


Your Trusted SID

ID 868991
Riza Afzan Asri 
SMS/Whatsapp 012-4637064 
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!

Artikel Menarik Untuk Di Baca

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts