Daftar Shaklee
Surat Terbuka Dari Seorang Suami Kepada Suami Lain Yang Isterinya Minat MLM dan Mahu Jadi Ahli Shaklee
22:49
Semua Lelaki Bernama SUAMI,
Kawasan Pentadbiran Keluarga Masing-Masing,
Semua Daerah di Malaysia,
Semua Negeri di Malaysia,
Malaysia.
Assalammualaikum w.b.t Tuan-tuan,
PENGUATKUASAAN LARANGAN SECARA TOTAL KEPADA ISTERI MENYERTAI MLM SHAKLEE
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman semua, saya ingin memohon kerjasama daripada semua lelaki bernama suami di Malaysia supaya menguatkuasakan larangan secara TOTAL terhadap isteri masing-masing berkuatkuasa SERTA MERTA daripada menyertai MLM Shaklee sepertimana yang akan saya huraikan secara terperinci di bawah :
2.1 Shaklee adalah MLM
Sepertimana yang anda sedia maklum, Shaklee merupakan sebuah syarikat MLM di Malaysia. Saya sendiri telah beberapa kali tertipu dengan skim MLM lain sehingga berhutang beratus ribu RM walaupun baru bekerja tak sampai 5 tahun.
Apabila isteri menyatakan hasrat untuk mencuba Shaklee ketika mengandungkan anak pertama, saya sangat menyokongnya sebab saya mahukan yang terbaik untuk dirinya. Siapa yang tak sayangkan isteri, kan?
Namun begitu, isu mula timbul selepas itu apabila isteri mengandung anak kedua. Isteri saya berhasrat untuk mengambil Shaklee sekali lagi dan kali ini, ingin terus daftar jadi ahli Shaklee pula. Dalam hati, memang rasa tak sedap hati. Aku dah pernah kena tipu dengan MLM. Cukup-cukup lah!!!
Tolonglah Larang Isteri Anda! |
Tetapi setelah dimaklumkan untuk menjadi ahli Shaklee seumur hidup hanya perlu bayar RM68.90 sahaja dan tak perlu keluar modal untuk membeli stok secara "front loading" (macam yang saya pernah kena dengan MLM haram jadah sebelum ini), saya pejam sebelah mata dan berikan keizinan. Lagipun harga lebih murah dan dikatakan ada bonus. Boleh saya berjimat sedikit.
Tambahan pula, isteri berhasrat untuk breastfeeding secara eksklusif untuk anak yang kedua ini dan dia memaklumkan ramai yang membantu di dalam kumpulan lingkungan Shaklee nya ini. Jadi, saya berikan kebenaran kepadanya.
Tambah pula selepas tengok video ini yang mana ibu yang anaknya pra-matang pun mampu breastfeeding anaknya, saya jadi sedikit kagum.
Dulu saya pelik mana lah isteri saya dapat tenaga dan kekuatan untuk bangun mengepam susu pukul 3 pagi setiap hari untuk buat stok. Tapi selepas tengok video ni baru saya tahu mana datangnya kuasa luar biasa tu.
2.2 Isteri Mula Kurang Berkomunikasi dan Hanya Berblog Serta Sibuk dengan Smartphone
Isteri saya mula berubah setelah menyertai Shaklee. Jika di rumah, hanya mengadap laptop dan bila ditanya sedang buat apa, akan dijawab "baca tentang nutrisi dan sedang update blog serta share di facebook".
Jika keluar makan, isteri lebih sibuk dengan smartphone. Bila ditanya sedang buat apa, akan dijawab "tengah jawab soalan daripada customer".
Itu sewaktu mula-mula sertai Shaklee. Apabila dah lama, makin sibuk berWhatsApp dengan "downline", "upline", "sideline", "future customer" dan ramai lagi.
Sampai bila saya periksa contact list WhatsApp isteri saya, penuh dengan nama yang saya sendiri tak kenal. Saya dan mula curiga. Siap ada "coding" pada setiap nama.
Mula-mula ingat ada "coding" rahsia. Tapi bila saya curi dengar "Webinar" mereka, itu rupanya cara mereka kenali dan "group"kan pelanggannya.
Hidup semakin rumit. Ini sepertimana yang dikongsikan oleh seorang suami yang berkongsi ketidakpuasan hati sepertimana yang saya hadapi.
Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.
2.3 Perlu hadiri Aktiviti-aktiviti Kumpulan
Tidak cukup dengan masa yang semakin terhad, banyak pula aktiviti yang perlu diikuti. Saban minggu akan keluar untuk hadiri pelbagai aktiviti tak kira kelas nutrisi, kelas "coaching", kelas blog atau dan macam-macam lagi.
Saya tak pasti ia kelebihan menjadi ahli dalam group iReach (sepertimana yang isteri saya maklumkan) atau tidak. Tetapi apabila melihat isteri saya seronok (tidak sepertimana MLM sebelum ini yang saya nampak dia langsung tidak gembira), saya tetap turutkan dan beri peluang kepadanya dan yang ajaibnya saya pula boleh tawarkan diri tolong jaga anak-anak. Bukan ke pelik tu?
Tapi yang saya hairan, semua kelas akan dihadiri suami isteri serta anak-anak. Sejak isteri saya kata boleh bawa anak-anak ke kelas, saya pun ikut la juga menjaga mereka di sana.
Dari apa yang saya lihat, anak-anak berlari di sana sini. Anak-anak seakan amat gembira berjumpa kawan-kawan baru walaupun baru pertama kali bersua. Tengok gaya dah macam family day, tapi isteri saya masih boleh tumpukan perhatian.
Mereka ni dah kena pukau ke sampai tak dengar bunyi hingar-bingar dari anak-anak yang bermain? Adakah mereka ini serius dengan kelas-kelas ini? Cuba tengok video di bawah sebagai bukti.
iReach Leader Sharing from iReach HD on Vimeo.
2.4 Isteri mula pasang angan-angan untuk berhenti kerja
Akibat kesilapan saya dengan menyertai MLM haram jadah dahulu, saya banyak menanggung hutang. Baki gaji yang ada hanya cukup-cukup. Dan tiba-tiba, isteri menyatakan dia teringin untuk menjadi seorang WAHM suatu hari nanti.
Dalam hati, saya menjadi amat risau. Saya risau kewangan keluarga akan mula menjadi goyah.
Tetapi yang menghairankan saya, setiap kali 15hb setiap bulan, isteri akan maklumkan "akaun ghimau dah mengaum". Mula-mula saya tidak faham.
Tetapi lama kelamaan baru saya sedar. Rupa-rupanya isteri mula mendapat bonus daripada perniagaannya. Semakin lama, makin banyak juga. Setimpal dengan apa yang dia usahakan.
Namun, hati saya masih risau. Mampukah perniagaan ini bertahan jika isteri saya betul-betul mahu berhenti kerja dan menjadi WAHM yang diingininya?
2.5 Amal ibadahnya semakin berubah
Ini yang paling mengejutkan saya. Isteri saya mula bangun awal pagi memperbanyakkan amalnya. Bila ditanya, jawapan yang dia berikan cukup menyebabkan saya terkesima!
"Untuk menjadi berjaya dan mendapat lebih keuntungan, kita kena bersedia untuk beri lebih kepada orang lain. Usaha yang kita lakukan, adalah untuk memberi lebih banyak kepada orang lain. Bukan ke lagi seronok jika kita dapat sedekah lebih banyak kepada yang memerlukan bila duit pun banyak tanpa perlu rasa risau tentang kewangan diri sendiri?"
Banyak juga perkara yang saya belajar dari dia. Banyakkan sedekah, solat di awal waktu, solat Dhuha dan macam-macam lagi. Dan yang paling penting, segala di dunia ini adalah milikNya. Jika mahukannya, mohonlah padaNya.
Tapi, saya tidak mudah goyah. Biasalah lelaki. Ego kena jaga Bro. MLM tetap MLM!!
2.6 Anak-anak mula disumbat dengan macam-macam suplemen
Anak sulung saya memang tak dinafikan selalu ke hospital atas masalah lelah. Hospital Annur (Bangi) dan Klinik Annur (Bandar Tun Hussein Onn) memang akan menjadi tempat persinggahan setiap bulan.
Macam-macam diberikan oleh isteri. Dengan ego sebagai pharmacist masih menebal, saya agak skeptikal dengan supplemen. Bagi saya, jika sakit, makan sahaja ubat. SELESAI!!!
Namun, apabila perubahan ketara mula dilihat pada anak sulung yang dah makin jarang semput dan demam, ego ini mula luntur sedikit demi sedikit. Stok ubat pun hanya simpan bila perlu sahaja.
Tapi, berkesankah Omega Guard, Mealshake, Nutriferon dengan Chewable Vitamin C ni? Tapi sampai orang di Sabah yang dah cuba. Maksudnya? Hmmmmmm
Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.
2.7 Para Suami Akan Dimasukkan Dalam Kumpulan "Aku Sayang Bini" Tanpa Rela
Dalam banyak-banyak yang berlaku, inilah yang paling teruk, Anda akan dimasukkan dalam satu kumpulan para suami dipanggil "Aku Sayang Bini" atau nama glamournya ASB yang terdiri daripada suami-suami yang semuanya senasib dipaksa dengan saya.
Dipaksa berTT, dipaksa berfutsal, dipaksa berbadminton dan banyak lagi. Itu belum termasuk dipaksa "outstation" sehingga ke Sabah semata-mata untuk mengajar "downline" isteri masing-masing. Adilkah begitu? Kerja hakiki dah menimbun. Kini ditambah lagi dengan hal-hal lain.
Sanggupkah anda buat begini?
ASB kau Ilhamku from iReach HD on Vimeo.
3. Semoga pencerahan yang saya buat ini akan dapat membuka mata para suami di luar sana. Ini hanya sebahagian perkara-perkara buruk yang akan menimpa anda. Lakukan sesuatu sebelum anda menyesal di kemudian hari. Kerjasama Tuan-tuan di luar sana untuk menghalang isteri anda saya dahului dengan ucapan terima kasih.
p/s: Isteri merajuk jugak Mahu Jadi Ahli Shaklee? Hubungi saya di 012-9062030 untuk dengar sendiri pengakuan live dari saya.
p/p/s: Tetapi sekarang saya pula dah jatuh cinta dengan Shaklee. Dengan ukhwah dan bisnes modelnya. Habis tu macam mana ni?
Yang benar,
MUHD NOR HAZLI NORDIN
Suami yang Isterinya SID Shaklee
868991
5 respon
wah abam hazli ni power lah
ReplyDeleteJom kita makan Minyak Ikan
Saya seronok baca surat tuan ni.
ReplyDeleteSemoga memberi manfaat kpd ramai lagi suami di luar sana.
Ramai yang berkeluh kesah sehingga terlupa petua hilangkan stress yang mudah hanyalah perlu kita merujuk kepada Pencipta kita.
Saya juga sama seperti di atas..... Hihi
ReplyDeleteOooo... Pharmacist kt mana ek
ReplyDeleteHaha. Ini terbaik!
ReplyDeleteTinggalkan Komen Anda Di Sini