angin ahmar

Tanda-tanda Serangan Stroke Yang Wajib Setiap Orang Tahu

16:57

Kesan buruk stroke atau angin ahmar boleh dikurangkan jika pesakit mendapat rawatan hospital dalam masa 30 minit selepas serangan bermula. Tapi adakah anda tahu tanda-tanda serangan stroke telah berlaku?


Apa itu  F.A.S.T?


F : Face drooping
Bagi pesakit stroke, kebanyakan akan mengalami masalah mengawal otot muka. Cara paling mudah adalah minta pesakit untuk senyum.


A : Arm weakness
Minta pesakit untuk mengangkat kedua-dua belah tangan. Pesakit stroke seringkali mengalami masalah koordinasi otot.

S : Speech difficulty
Percakapan pesakit menjadi tidak jelas dan menyukarkannya untuk menceritakan apa yang telah berlaku. Minta pesakit membaca ayat yang mudah dan perhatikan.

Apabila ketiga-tiga simptom di atas berlaku,

T : Time to call 999
Hubungi ambulans secepat mungkin. Berikan maklumat yang tepat kepada operator kecemasan. Tunggu sehingga paramedik tiba. 

Ingat, pesakit perlu mula menerima rawatan tidak lebih 30 minit daripada masa serangan stroke. Rawatan yang cepat boleh mengurangkan risiko kesan jangka panjang akibat stroke.

Tanda-tanda Stroke Yang Lain
  1. Lemah atau lumpuh pada mana-mana bahagian tubuh
  2. Kebas atau terasa seperti dicucuk pin di mana-mana bahagian tubuh
  3. Sukar untuk berjalan atau keseimbangan badan terganggu
  4. Deria lihat terganggu. Mata menjadi kabur atau gangguan penglihatan pada sebelah atau kedua-dua belah mata
  5. Pening kepala
  6. Sakit kepala yang teramat sangat
  7. Keliru
  8. Sukar untuk bercakap, tidak jelas atau susah untuk memahami apa yang diperkatakan
  9. Kebas di seluruh badan
  10. Hilang ingatan
  11. Sikap berubah
  12. Otot tegang
  13. Sukar untuk menelan
  14. Pergerakan mata menjadi tidak terkawal


Jika ada yang mengalami keadaan di atas, hubungi talian kecemasan 999 secepat mungkin. Tindakan pantas anda mampu menyelamatkan nyawa.

Tetapi, jangan risau, pastikan anda amalkan gaya hidup yang sihat serta amalkan Tips Cegah Stroke serta Cara Mencegah Angin Ahmar dari Sudut Islam. InsyaAllah, risiko anda untuk mengalami angin ahmar boleh dikurangkan.

Dan jika ada ahli keluarga atau mereka yang terdekat mengalami stroke, pastikan mereka mematuhi rawatan hospital terlebih dahulu. Ini perkara WAJIB!!!

Kemudian, amalkan 6 Tips Cepat Pulih dari Stroke yang menggabungkan perubatan moden serta komplimentari yang sememangnya diyakini.

Rasanya itu sahaja perkongsian saya hari ini. Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat  dan kesan dengan cepat!

Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang

TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!

TAWARAN HEBAT!
Shaklee Distributor & Bussiness Leader

868991

Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts