angin ahmar

Cegah Angin Ahmar Kini Semudah ABC

06:59

Tahukah anda 80% kes angin ahmar atau stroke sebenarnya boleh dielakkan jika anda membuat perubahan mulai sekarang. Dan pastinya, ia semudah ABC.

Apa Itu Stroke atau Angin Ahmar?
Stroke atau angin ahmar juga dikenali sebagai serangan otak dan terbahagi kepada 3 jenis.

Ischemic Stroke
  • salur darah yang membekalkan darah ke otak tersumbat dan otak tidak menerima oksigen yang mencukupi. Akhirnya, fungsi otak merudum dan pelbagai kesan mula dapat dilihat.
Haemorrhagic Stroke
  • salur darah di dalam otak pecah akibat tekanan darah yang kuat dan darah ini membeku di dalam otak. Gumpalan darah ini kemudiannya menekan kawasan otak berkenaan dan melumpuhkan fungsi otak di kawasan tersebut.
Transient Stroke
  • Juga dikenali sebagai mini stroke. Ia berlaku dalam tempoh sekejap apabila salur darah tiba-tiba tersumbat. Tetapi kemudiannya pulih semula apabila aliran kembali normal.

Saya Masih Muda, Haruskah Saya Risau Tentang Stroke?
Mesti la. Terutamanya jika anda tidak amalkan gaya hidup yang sihat dan mempunyai sejarah keluarga dengan stroke.
Statistik terbaru menunjukkan kadar kemasukan ke hospital akibat stroke di antara tahun 1995 hinga 2008 bagi mereka dalam lingkungan umur 15 hingga 44 tahun, telah MENINGKAT antara 30-37%!!!
Namun, semuanya boleh berubah jika anda amalkan Tips Cegah Angin Ahmar Semudah ABC ini.

A: Aspirin a.k.a ubat-ubatan
Aspirin adalah sejenis ubat pencair darah. Apabila darah pekat, ia mudah bergumpal dan salur darah mungkin akan tersumbat.

Namun, pastikan anda ambilnya setelah berbincang dengan doktor anda ya. Sebab darah yang terlalu cair pun tak bagus sebenarnya.

Ubat-ubat lain pun jangan lupa tau. Yang penting, semuanya perlu dibuat mengikut Konsep 5B

B : Blood pressure atau tekanan darah
Sambung belon pada mulut paip. Kemudian buka paip supaya aliran mengalir dengan cepat. Cuba lihat apa yang terjadi? Belon akan mengembang dan akhirnya meletup. Betul tak?

Itulah yang terjadi semasa stroke. Tekanan darah yang naik mendadak boleh menyebabkan salur darah pecah (haemorrhagic stroke) atau menolak plak dari kolesterol ke salur yang lebih kecil dan menyumbatnya (ischemic stroke)

Oleh yang demikian, pastikan tekanan darah anda terkawal. Harus diingat, garis panduan terbaru mengatakan tekanan darah yang normal adalah kurang daripada 120/80mmHg.

C : Cholesterol
Semua tahu kolesterol jahat adalah punca segala masalah berkaitan jantung dan stroke. Kolesterol boleh terendap pada permukaan dalam salur darah, menjadi lebih besar dan mengecilkan ruang untuk darah mengalir.

Dah la sempitkan salur darah, enapan kolesterol ni lebih kurang macam batu dan boleh pecah. Serpihan tu boleh "travel" dalam salur darah dan menyumbat salur darah lain pulak. Bila dah sumbat, stroke atau serangan jantung boleh berlaku.

D : Diet
Jika kita makan benda elok, maka eloklah badan kita. Tapi bayangkan hari-hari makan makanan yang tak menyihatkan. Tu belum kira beli "fastfood". Jadi, kat mana nak datang kebaikannya?
Pengambilan diet mengikut konsep #sukusukuseparuh dan memenuhi semua keperluan nutrisi harian perlu diambil berat. Jika susah sangat, anda boleh belajar tentang #eatclean.

E : Exersize
Bersenamlah. Jika malas sangat, boleh mula dengan berjalan. Cukup hanya 10 minit sehari atau letak sasaran sebanyak 3,963 langkah sehari.

S : Smoking
Berhentilah merokok secepat mungkin dan anda pasti akan alami pelbagai perubahan positif berhenti merokok yang pasti anda tak sangka.

Ini kerana rokok mengandungi pelbagai bahan kimia dan karsinogen yang akan hanya merosakkan tubuh anda sahaja. Cuba praktikkan Tips Berhenti Merokok dan insyaAllah, risiko anda mengalami angin ahmar atau stroke pasti menurun.

Bagaimana Resveratrol Boleh Membantu?

1. Menjadikan Sel Lebih Sensitif Terhadap Insulin
Apa kaitan insulin? Gula yang tinggi akan naikkan produksi insulin. Namun, jika sel jadi tak sensitif (akibat kencing manis), insulin ni akan terus berada dalam darah.

Jangan terkejut, insulin ini akan buat macam-macam perkara termasuklah naikkan tekanan darah dan paras kolesterol. Jadi resveratrol boleh membantu insulin lebih mudah masuk ke dalam sel.

2. Tingkatkan tenaga dengan menaikkan jumlah mitokondria
Resveratrol membantu meningkatkan penghasilan (biogenesis) mitokondria di dalam sel. Mitokondria berfungsi sebagai "loji tenaga" bagi sel. Lebih banyak mitokondria, lebih banyak tenaga lebih mudah dihasilkan.
Ditambah pula dengan kesan No 1 di atas, sel akan dapat menukarkan gula kepada tenaga dengan lebih banyak. Hasilnya, gula terkawal dan tenaga bertambah.

3. Melambatkan proses pembentukan protein AGE
Protein AGE ni apa? Protein dah tua? Hmmm, boleh la kata macam tu. Sebenarnya, protein AGE adalah protein atau asid lemak yang telah dirosakkan oleh glukusa yang tinggi dalam darah.

AGE atau Advanced Glycation End Product terjadi akibat terlalu banyak gula di dalam darah. Alaaa, macam kita rendam kentang dalam air gula. Lama-lama ia akan menyelaputi kentang tersebut.

Masalahnya, protein atau asid lemak yang diselaputi ini, dah tak boleh terima apa-apa dari luar. Macam ada lapisan pelindung a.k.a "force field" yang kuat. Akhirnya, ia akan kehabisan "bahan bakar", bertukar rupa, hilang fungsi dan akhirnya rosak. 

Inilah permulaan kepada proses penuaan dan bagaimana kerosakan organ yang membawa kepada penyakit bermula.

Resveratrol telah terbukti berkeupayaan untuk memperlahankan proses pembentukan protein AGE. Ini bermakna, dengan pengambilan konsisten, risiko anda boleh dikurangkan tau.

4. Memperlahankan proses inflamasi/ keradangan
Ingat lagi tentang "Silent Inflammation"?  Kita sebenarnya umpama sebuah gunung berapi menunggu untuk meletup.

Ini kerana inflamasi sentiasa berlaku di dalam tubuh. Jika kita gagal mengawalnya, kerosakan yang lebih teruk tidak dapat dielakkan sepertimana epal di bawah ini.
Resveratrol adalah satu antioksidan yang terbaik. Ia membantu memperlahankan proses ini. Macam dalam gambar di atas, jika proses ini dapat dihentikan, kerosakan yang lebih besar dapat dihentikan.

5. Melindungi sel daripada kerosakan DNA
Secara ringkas, DNA dalam sel kita yang tentukan apakah bentuk sel yang dihasilkan. Jika DNA rosak, sel yang terhasil juga akan rosak dan tidak dapat berfungsi dengan betul.

Resveratrol telah terbukti membantu melindungi sel daripada kerosakan DNA dan memperlahankan proses pemendekan struktur telomere pada DNA melalui kajian oleh Dr Elizabeth Blackburn, pemenang Nobel Prize in Physiology or Medicine 2009.
**Cross-Sectional Analysis of Telomere Length in People 33-80 Years of Age: Effects of Dietary Supplementation. Harley CB et al. (2014) 55th Annual Conference, JACN, Vol. 33(5), p414.

Mengapa Vivix?
Resveratrol merupakan satu bahan aktif yang terbukti mampu membantu menurunkan bacaan gula di dalam darah. Namun, resveratrol di dalam Vivix adalah lebih unik kerana diperkaya dengan beberapa polifenol yang dipilih khas yang mampu meningkatkan keberkesanan resveratrol hampir 13 kali ganda dalam menjalankan tugasnya!

Jom Order Vivix Shaklee Sekarang

Cara 1 :
Dapatkan Vivix anda dengan klik pada ikon Vivix di bawah, ikuti langkah seterusnya dan pihak Shaklee Malaysia akan terus membuat penghantaran menggunakan perkhidmatan kurier GDex atau CityLink.



Cara 2 :
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!

Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang

Cara 3 :
Inginkan diskaun sehingga 15% atau promosi hebat bagi produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang di nombor di bawah. Saya tunggu panggilan anda :)


Shaklee Distributor & Bussiness Leader
868991

Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts