Ada ahli keluarga yang mengalami angin ahmar? Pastinya kita juga akan merasa risau sebab risiko untuk kita mengalami perkara yang sama juga tetap ada.
Sebelum ini telah pun dikongsikan tentang tips Mencegah Stroke Semudah ABC, hari ini saya kongsikan pula tips-tips mencegah angin ahmar dari perspektif Islam.
1. Solat Subuh secara konsisten
Adakah anda tahu jika anda bangun solat subuh, anda sebenarnya boleh mengurangkan risiko diserang serangan angin ahmar?
Macam susah nak percaya kan? Tetapi kajian yang dilakukan oleh seorang saintis bernama Frank Sheer mendapati, paras Plasminogen activator inhibitor-1 (PAI-1) yang memperlahankan proses fibrinolysis atau proses mengelakkan darah beku daripada terus membesar, adalah paling tinggi pada jam sekitar 6.30 pagi. Ini juga adalah faktor yang menyebabkan pelbagai kesan kardiovaskular berlaku sekitar waktu pagi.
Oleh yang demikian, jika kita telah bangun untuk solat Subuh, kita boleh mengurangkan risiko ia berlaku. Pahala dapat, risiko pun kurang.
2. Sujud dalam solat
Kadang-kadang kita ni solat je. Tapi tahulah anda pergerakan sujud sebenarnya membantu mencegah angin ahmar?
Ketika sujud,jantung berada pada kedudukan lebih tinggi daripada otak. Ini menyebabkan darah yang dipam dari jantung akan memenuhi segenap otak dan membolehkan lebih banyak nutrisi diterima. Ini menjadikan otak lebih fresh dan lebih alert.
Selain itu, aliran darah adalah lebih laju akibat dipengaruhi graviti. Ini membantu melancarkan pengaliran darah dan menurunkan risiko berlakunya salur darah tersumbat.
Subhanalllah, hebat kan apa yang Allah aturkan?
3. Doa
Pernah dengar tentang doa elak angin ahmar? Cadangnya nak kongsikan di sini. Tapi hasil bacaan mendapati, asal usul doa serta cerita tersebut sedikit meragukan.
Namun yang pasti, berdoalah kepada Allah dengan niat yang baik untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik. Okay?
4. Puasa
Puasa sebenarnya mengandungi pelbagai hikmah. Kita selalunya melihatnya sebagai peluang bagi sistem penghadaman untuk berehat sahaja kan?
Tapi tahulah anda, apabila ia berehat, lebih banyak darah akan dihantar ke otak? Aliran darah menjadi lebih lancar dan otak menerima lebih banyak nutrien.
Aliran darah yang lancar ini mengurangkan risiko terbentuknya enapan kolesterol pada salur darah.
Jangan risau, jika ada ahli keluarga terdekat yang diserang angin ahmar, pastikan dia mendapat rawatan di hospital secepat mungkin. Yang pasti, ada 6 Tips Cepat Pulih dari Stroke atau Angin Ahmar yang boleh anda praktikkan bagi orang yang anda sayang.
Jangan risau, jika ada ahli keluarga terdekat yang diserang angin ahmar, pastikan dia mendapat rawatan di hospital secepat mungkin. Yang pasti, ada 6 Tips Cepat Pulih dari Stroke atau Angin Ahmar yang boleh anda praktikkan bagi orang yang anda sayang.
Rasanya itu sahaja perkongsian saya hari ini. Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!
TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!
868991
Disclaimer :
Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini