Berhenti Merokok

Alasan Tidak Mahu Berhenti Merokok Kini Terbongkar (Bahagian 1)

10:30

Bila bercakap tentang berhenti merokok, ramai yang akan bagi pelbagai alasan. Maka macam-macam cerita yang tahap mitos dan tak mampu dibuktikan akan keluar. Ini berdasarkan pengalaman saya berhadapan dengan klien-klien saya.

Jadi hari ni saya nak cuba menjadi Mythbuster. Kita cuba kaji mitos-mitos yang senantiasa di hati para perokok yang mahu menyedapkan hati dengan mendengar bisikan hati yang sentiasa bercakap "Isk, tak nak la berhenti merokok. Hari tu saya dengar kawan kepada kawan kepada kawan saya cerita..."

Mitos #1 Hari ni berhenti merokok, 2-3 hari selepas tu, terus meninggal dunia

Penjelasan:

Ini adalah mitos yang paling kerap saya dengar. Dan kerapkali daripada mulut klien yang sudah berumur dan dah berpuluh-puluh tahun ketagih rokok. Atau dalam erti kata lain, rokok tu dah sebati dengan diri mereka.

Tapi bila berhadapan jawapan ini, saya akan tanya balik "Pakcik kenal  ke arwah tu? Dia tiba-tiba meninggal atau ada sakit dulu? Dia ada penyakit lain tak?". Dan macam-macam lagi soalan lain. Tapi jawapan yang saya akan terima adalah sama. Semua jawab "Entah la,cik. Saya pun tak tahu".

Siapa lagi kat sini yang pernah dengar cerita ini? Nampak tak? Anda menakutkan diri sendiri dengan satu alasan yang anda sendiri tak tahu asal usul dan kesahihannya.

Lebih kurang macam ni, bayangkan anda dalam situasi yang sangat terdesak. Anda dah 3 bulan tak bayar ansuran kereta. Bank asyik telefon dan ugut nak tarik kereta. Kemudian anda dapat tahu, ada seorang dermawan yang tidak akan menolak jika kita mohon bantuan daripadanya. Jalan ke rumahnya ada satu sahaja, Dan itulah jalan yang ada melainkan anda nak harung hutan belantara, air terjun macam Niagara Falls etc. Tapi elok anda nak melangkah untuk mulakan perjalanan, ada kawan yang beritahu jalan ke rumah dermawan itu sebenarnya banyak perangkap. Dan anda mungkin akan menempah maut jika mencuba. Tanpa usul periksa, anda terima bulat-bulat apa yang kawan anda katakan. Untuk kali ini, apa yang masuk ke telinga kanan, tak keluar langsung ikut telinga kiri. Dan akhirnya, anda terus dirundung malang. Kereta kena tarik, anda diisytiharkan muflis, keluarga tinggalkan anda dan macam-macam lagi.

Dermawan yang saya gambarkan adalah kehidupan anda tanpa rokok, sangat bahagia dan rezeki datang mencurah-curah. Tapi oleh kerana anda mempercayai kata-kata seorang kawan tentang perkara
yang anda tak tahu kesahihannya, anda terjerumus ke dalam masalah. Sedangkan jika anda bulatkan tekad dan mahu redah sahaja tanpa hiraukan apa yang kawan anda katakan, anda mungkin menjadi salah seorang yang mempunyai RM65,361 dalam akaun Tabung Haji anda selepas 10 tahun.

Ingat, "Success Requires Energy". Dan energy atau tenaga akan hanya hadir dengan adanya tindakan.

Mitos #2 Batuk teruk sampai  tahap nak pecah paru-paru

Penjelasan:

Bayangkn dlm sebatang rokok,ade 15mg tar. Buat yang buat macam tak tahu apa itu tar,tar adalah bahan yg kita gunakan utk buat jalan raya.alaa,yg warna hitam tu. Ha,itu la dalam rokok anda.

 Jadi jika anda merokok 20 batang sehari, dah ade 300mg tar dalam badan anda. Lepas tu cuba darab 365 hari dan kemudian darab dengan berapa tahun anda sudah hisap rokok. Katakan dah 10 tahun,

Jumlah tar = 15mg x 20 btg x 365 hari x 10 tahun = 1095g

Itu lebih kurang ada 1 kg, DIULANG 1 kilogram bahan bernama tar di dalam paru-paru anda. Dan tar ni bukan hanya meliputi paru-paru sahaja ya. Ia akan meliputi semua struktur dari lubang hidung sampailah ke alvelous anda (struktur paling halus dalam paru-paru).

Alhamdulillah, Allah jadikan kejadian manusia ni sangat istimewa. Tubuh kita akan senantiasa cuba untuk mengembalikan badan ke keadaan yang normal dan terbaik pada setiap masa. Buktinya mudah, apabila anda mula berhenti merokok, tubuh akan mula mengumuhkan atau memuntahkan sisa-sisa bahaya ini dari dalam tubuh.

Percaya atau tidak, apabila anda berhenti merokok, tubuh anda akan mula bertindak. LAngkah pertama adalah membebaskan silia-silia atau rerambut yang berfungsi menapis udara yang masuk melelaui hidung ke dalam peparu. Untuk makluman anda, apabila anda merokok secara konsisten, tar di dalam rokok akan menyelaputi silia-silia ini yang akhirnya mengurangkan kemampuannya menapis udara. Apabila anda berhenti merokok, ar-tar ini akan mula dipaksa keluar dan dikeluarkan sebagai kahak. 


Satu-satunya cara untuk keluarkan kahak-kahak yang pekat tu adalah dengan batuk. Sebab tu ramai yang mengadu pada saya yang mereka kerap batuk yang kadang-kadang sangat teruk. Hello, cuba la bayangkan, anda nak keluarkan 1kg tar yang dah 'berkampung' selama 10 tahun dalam paru-paru anda. Anda ingat senang? :-) Tapi percayalah, ia hanya sementara.

Dan ramai jugak yang berjumpa saya minta berikan ubat batuk. Tahukah anda ubat terbaik untuk kondisi ini hanyalah dengan minum air dengan kerap. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Yup, saya tak tipu la, memang minum 3 liter sehari. Hehehe..Bagaimana nak habiskan 3 liter air tu? Rahsia tu hanya saya kongsikan dengan klien-klien saya je :-)

Mitos #3 Berat naik mendadak selepas berhenti merokok

Penjelasan

Saya selalu dengar ada perokok yang kebanyakannya wanita, hisap rokok untuk kurus. Hmmmm, dengan pelbagai produk atau kaedah yang wujud di pasaran sekarang ini, kenapa perlu pilih kaedah yang hanya membawa kecelakaan pada tubuh anda sendiri? Saya sangat tak faham. Dan kerana wujudnya golongan inilah, wujudnya tanggapan bahwa jika berhenti merokok, anda akan jadi gemuk.

Tapi realitinya, memang betul. Jika anda berhenti merokok sekarang, memang anda akan gemuk. Tapi ada sebabnya ya. Dan jika anda memahami sebabnya, anda mesti akan mampu elak daripada mengalami masalah yang sama.

Untuk pengetahuan anda, haba daripada pembakaran rokok serta bahan-bahan kimia yang Nauzubillah banyaknya di dalam rokok itu, menyebabkan tunas rasa atau "taste buds" menjadi tidak sensitif dan akibatnya deria rasa anda menjadi tumpul. 

Apabila anda berhenti merokok, tiada lagi haba atau bahan kimia. Ia juga bermakna, tunas rasa akan mula mengembalikan tugas dan fungsinya. Akibatnya, makanan yang anda makan akan mula menjadi lebih sedap dan selera makan anda juga akan mula bertambah. Dan jika tidak terkawal, ia menjadi punca berat badan naik secara  mendadak.

So sekarang dah tahu kenapa berat badan orang yang berhenti merokok naik mendadak? Jadi cara penyelesaian cukup mudah. Anda cuma perlu kawal pemakanan anda. Cuma amalkan pengambilan makanan yang seimbang dan kurangkan pengambilan "snacks". Jika dah tak tahan sangat, saya cadangkan anda amalkan pengambilan "sugar-free chewing gum" atau makan buah-buahan. Malah jika klien saya sudah berkahwin, saya akan mohon isterinya untuk sediakan potongan buah-buahan untuk suaminya untuk bantu kawal selera makannya yang akan mula meningkat.

Mudah kan? Segala-galanya adalah pengetahuan. Jika anda sudah membuat persediaan, ambil tahu tentang apa yang akan berlaku apabila and mengalami simptom "withdrawal", segala-galanya akan lebih mudah. Percaya atau tidak, ini baru 3 mitos yang seringkali berlegar di kalangan perokok. InsyaAllah, entry akan datang akan menyusul untuk membongkar beberapa lagi mitos yang sentiasa dijadikan alasan oleh perokok untuk terus mengamalkan ketagihan mereka.

Sekarang ni, kami di MYHealhVenture nak buat offer Cara Berhenti Merokok Mudah Dengan Bimbingan Pakar Agar Hidup Lebih Kaya kepada pelanggan kami yang membeli Vivix dengan niat untuk menghentikan tabiat yang sememangnya HARAM, MEMBAZIR & MEMUDARATKAN

Vivix - Tonik Ajaib untuk baik pulih DNA akibat nikotin

Kami akan provide sekali 1-to-1 coaching & kaunseling secara PERCUMA sehingga anda BERHENTI MEROKOK..

Jangan risau, saya adalah Certified Smoking Cessation Service Provider (CSCSP) , telah menjalani latihan selama 2 tahun di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan terlibat secara langsung memberi latihan kepada Pegawai-pegawai Farmasi KKM ,dan saya YAKIN saya mampu bantu anda lakukannya.


Kalau sahabat di dalam video ini boleh buat tanpa apa-apa ubat, kenapa anda tak boleh? 


Banyak orang nak berhenti merokok tetapi gagal. Ini cara paling selamat & mudah untuk berhenti merokok untuk selama-lamanya...

Ingat,


Fast Action, Fast Result. 

Massive Action, Massive Result.

Tapi if SLOW ACTION?

SLOW ACTION, NO RESULT!!!!


Lihatlah ke dalam mata insan yang anda sayang. Mahukah anda melihat mereka yang menanggung azab atas "kenikmatan sementara" yang anda nikmati?


Mahukah anda melihat mereka terbaring di atas katil hospital bertarung nyawa untuk mendapatkan udara hanya kerana anda mementingkan diri sendiri dengan merokok?

Jangan fikir lagi. Jika anda mula bertindak sekarang, insyaAllah dengan cara yang tepat, anda mampu berhenti merokok kurang 3 bulan!! Jadi kenapa tak cuba?

Setiap hari yang berlalu  tanpa rokok, tubuh anda akan disucikan daripada toksin-toksin yang selama ini menguasai diri anda.

Dan saya pasti, insan yang anda sayang akan tersenyum lebar kerana hajatnya tercapai dan anda mula mendapat keberkatan daripada-Nya.


PERCAYALAH!!!!


Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan konsultasi terbaik untuk diri anda. 


p/s: jika anda mahukan Deal yang lebih menakjubkan, pm saya k :-)



Your Trusted SID 

SMS/Whatsapp/Telegram 012-9062030
Email: hazlinordin83@gmail.com
~Happy to share, pleasure to help!

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts