Berkuda

Ladang Alam Warisan: Hikmah Berkuda Dan Memanah Di Family Day Naila Yang Fantastik

17:33

Hanya kerana sebuah gambar, kami tinggalkan teratak hidup kami.
Hanya kerana sebuah gambar, kami mengembara sejauh hampir 400km.
Hanya kerana sebuah gambar, kami kembali ke desa yang dah 3 tahun kami tinggalkan.
Hanya kerana sebuah gambar, ia membawa kami kembali ke Seri Menanti.

dan,

Semuanya hanya kerana gambar ini.


Assalamualaikum

Rasanya dah lama saya tak update tentang aktiviti keluarga Shaklee kami kan? Kalau ikutkan, alasan memang panjang. Tapi macam Dr Azizan Osman cakap, alasan tu semua "cerita" je.

Alhamdulillah, macam tak percaya, pada tarikh 11hb April lepas, kami 5 anak-beranak telah "travel" sejauh hampir 400km dari Taiping ke Kuala Pilah untuk menyertai program Family Day Naila SuperPower di Ladang Alam Warisan di Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Family day ini di anjurkan oleh Upline bisnes Shaklee saya, Ainul Malik sebagai salah satu program untuk merapatkan ukhwah kami "adik-beradik" di alam nyata. Kenapa saya katakan begini? Sebabnya bila 'berborak' di alam maya, kami macam dah kenal rapat hampir 10 tahun! Hahaha. Bila jumpa berdepan rasanya memang havoc!

Sebulan Sebelum Kejadian

Sememangnya kami selalu bercakap tentang ingin bercuti. Tapi bukan hanya pergi mana-mana tempat, pergi jalan-jalan dan kemudian tidur hotel (walaupun memang anak-anak kami suka sangat), We need to do something different. Tapi apa?

Sememangnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Yang penting, kita perlu terus menerus berdoa. Itulah keyakinan kami. Tiba-tiba Ainul Malik umumkan akan adakan Family Day Naila tahun ini. Dah la masa kali pertama Family Day Naila dibuat dulu di Putrajaya, kami tak dapat turut serta. Sangat jealous ok masa tu. So saya tanam azam tahun ni mesti pergi jugak. Mesti! Siap masuk VB lagi tau. 

Selepas "vote" tarikh, Alhamdulillah kami masih tiada perancangan lagi (masa ini husband saya masih belum tahu lagi tentang program ini ye). Lagi teruja apabila pihak penganjur memilih Ladang Alam Warisan sebagai lokasi perhimpunan kami. 

Bila baca 'review' tentang Ladang Alam Warisan mengenai keunikan sukan memanah dan menunggang kuda yang mereka tawarkan, terus jadi panas punggung di buatnya. Tak sabar! Memang teringin dan tak pernah cuba pun. Jadi kenapa nak lepaskan peluang? Kalau saja-saja nak pergi, entah bila la kan.

Dua hari juga saya ambil masa karang ayat terbaik untuk cakap dengan suami pasal program ni. Tak mahu tergesa-gesa ikut nafsu walaupun dalam hati memang nak sangat join. LOL!

Di pendekkan cerita, bila saya suarakan pasal family day ni, suami saya terus cakap 

"Jom!". 

Hairan jugak kenapa dia cakap macam tu? Sekali beliau jelaskan

"Kalau nak capai sesuatu yang luarbiasa, kena cabar diri sendiri untuk buat sesuatu yang di luar kebiasaan. Lagipun Ibu asyik buat benda yang sama je hari-hari. Jom buat something yang Ibu tak pernah buat dan tak pernah terfikir pun nak dan mampu buat!". 

Wah! Kelas betul Suamiku Encik Pelengkap ni punya ayat.

Keesokannya suami saya 'reconfirm' balik jadual kerja beliau dan alhamdulillah, tarikh tersebut memang 'available'. Maka saya pun bagi pengesahan kehadiran program ni. 

Dalam hati saya dah melonjak kegembiraan dan teruja untuk menjejakkan kaki ke Kuala Pilah semula setelah hampir 3 tahun meninggalkannya. Ye la, kali terakhir ke sana, Aqif Hadif masih kat dalam perut ni tau. Sekarang saya dah ada 3 orang anak pun.

Fuh! Memang mencabar perjalanan 6 jam bersama tiga orang anak-anak syurga ni. Lenguh mulut menjawab soalan-soalan level Inspektor Sahab.

"Ibu, bila nak sampai?"
"Ibu, kenapa jauh sangat?"
"Ibu, kita tidur kat hotel ke?"
"Ibu, mana kawan-kawan Ibu ni? Lambat la".

Banyak lagi soalannya. Tak tersenarai kat sini. Tapi tak kata kat anak-anak la. Saya sendiri pun dah lenguh pinggang duduk dalam kereta sambil meriba Ainur Hanani. Kagum jugak dengan husband sebab mampu drive straight sampai sana, siap sesat-sesat lagi sebab tak jumpa jalan. Mesti penangan Cinch Tea yang dia minum sebelum bertolak pagi tu. Cargas!

Kami sekeluarga tidak menyertai program pertama; makan malam di Restoran Warisan kerana kami sampai lewat di Kuala Pilah. Kebetulan pula kami dah makan semasa dalam perjalanan. Maka kami terus ambil kunci dan bergerak ke homestay untuk membersihkan diri setelah seharian dalam kereta. Dan apabila sampai, kami disambut dengan ini.

Am pepatih Homestay
AM Pepatih Homestay

Homestay yang kami sewa ini merupakan sebuah rumah banglo 8 bilik yang sangat luas. Bahagian hadapan bangunan batu. Tapi ruang tamu, bilik dan dapur masih mengekalkan ciri-ciri rumah kayu. Macam balik kampung sendiri je.

Kami 5 keluarga bermalam semalaman di sini. Terdapat 4 bilik air dan halaman yang sangat luas. Di sekeliling rumah, ada banyak pokok rambutan, bangsal untuk aktiviti BBQ dan kolam ikan (tapi tiada ikan pun).

 

Aktiviti Santai: Board-game Masteria

Malam tu, sekitar pukul 10.30 malam 4 keluarga yg lain kembali dari makan malam. Maka aktiviti kedua pun di jalankan. Macam formal je bunyinya kan. Tak adalah. Ini program santai je.

Aktiviti kaum Ibu adalah  bermain Masteria, sejenis board-game yg di ilhamkan oleh Master Hadhatina yang mengambil tauladan dari perjalanan hidup beliau sepanjang bertahun-tahun dalam Shaklee dari distributor sehingga ke pangkat Master Coordinator.

Kaum bapa pula berborak topik bebas sambil mengawal anak-anak syurga yang berlari keriangan bersama kawan-kawan baru. Berlari je hadapan ke belakang. Bergelak ketawa.

Mereka seronok betul mendengar keriuk bunyi papan. Ye la, rumah papan, bila berjalan pun dah bunyi kayunya. Cuba bayangkan bila anak2 berlari? Padahal ada signboard yang sangat jelasdekat pintu masuk rumah yang tulis "Dilarang Berlari Di Dalam Rumah". (jangan la Tuan Rumah baca post ni LOL). Ini yang seronoknya ukhwah dalam Shaklee. Bukan mak-bapa je gembira berjumpa kawan-kawan, anak-anak pun turut sama teruja! Family bisnes yang sangat best!

Bagi yang berminat untuk berniaga secara sambilan untuk menambah pendapatan tetapi tidak mahu meninggalkan anak-anak atau berhenti dari kerja hakiki, saya bagi jaminan bisnes Shaklee ini yang TERBAIK untuk anda.

Anak-anak yang tadinya berlari kegembiraan mula terganggu konsentrasinya apabila mereka melihat kami para Ibu bermain Masteria. Akhirnya mereka mula la mengelilingi kami pula. Ramai betul yang tawar diri untuk jadi tukang baling dadu dan tukang kira duit. Hebat betul semangat pewaris empayar kami ni.

Masteria Shaklee
Masing-masing Kusyuk Kira Harta
Tahniah Master Aniey Yusoff


Seusai main, semua orang boleh di katakan dah tak tahan daulat. Ainur Hanani dah merengek. Semua orang badan dah letih sebab ada yg 'travel' jauh pada sebelah siang nya seperti Master Lyna dan Master Zainul yang datang dari Kuantan kerana Sabtu pagi 11 April tu ada kelas Kembara ASB. Kak Su Annajah turut menghadiri kelas yang sama.

Manakala Ainul Malik pula ada kenduri di Melaka pada sebelah siangnya. Kalau calang-calang orang memang dah tak larat la kan nak join macam-macam program. Tetapi mesti ada yang tertanya kenapa ada antara kami sanggup travel ke sana - sini dalam satu hari hanya untuk hadiri family day? Tak penat ke? Anda baca perkongsian ini sampai habis pasti jumpa jawapannya.

Dan sebelum tidur malam tu, memang 4 biji Ostematrix menjadi peneman utama. Persediaan untuk cabaran esok yang saya pasti takkan saya lupakan sampai bila-bila.

12 April 2015: Family Day NailaSuperPower

Bangun pagi di sambut bunyi cengkerik. Berkabus. Sangat terasa suasana kampungnya. Mengimbau kenangan ketika zaman kecil dulu masa di kampung Atok dan Tokwan di Selama Perak.

Geng Tangan Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia

Pukul 8.30 pagi kami bergerak ke Ladang Alam Warisan (LAW) yang terletak lebih kurang 100m dari homestay kami. Dekat je. Tak ada lah jauh mana. Cuma jalan masuk ke LAW ini agak kecil sedikit mungkin ada yang tak berapa perasan.

Sungguh saya terpukau melihat keluasan ladang ni. Berekar-ekar luas tanahnya. Tiga buah rumah kayu tradisional dibina di tengah tanah lapang dijadikan sebagai homestay menyambut pandangan. Di sekelilingnya terdapat kandang-kandang haiwan seperti burung kasawari, rusa, kambing biri-biri dan itik. Umpama mini zoo dah gayanya.

Sebaik sahaja parkir kereta, baru ternampak para pekerja LAW sedang memberi makan dan membersihkan kandang kuda. Aryan Haziq dan Aqif Hadif sudah menjerit kegembiraan. Bising mulut mereka mengenal pasti haiwan-haiwan yang mereka nampak di ladang tersebut.

Aryan Haziq Semangat Ambil Sepinggan Donut Untuk Dikongsi Bersama Kawan-kawan

Sebelum memulakan program, kami menjamu selera nasi lemak dan kuih muih. Tenang sekali fikiran menikmati makanan di bawah teduhan pohon yang rendang, matahari pagi memancar terang di selang seli dengan bunyi haiwan. Ya, memang 'aunthentic'. Syukur Ya Allah. Ia memang slot recharge yang paling bagus saya hadiri setakat ini. Alhamdulillah.


Acara rasmi di mulakan sekitar jam 9 pagi. Dimulai dengan ucapan penganjur dan acara cabutan bertuah. Kemudian acara bertukar hadiah. Dan tak lupa juga penyampaian hadiah bagi prestasi jualan peribadi cemerlang bulan lepas.

Alhamdulillah, besar hikmahnya Allah bagi keizinan saya join family day ini dan kerana berjaya bawa balik banyak hadiah. Kesemuanya apa yang saya idam-idamkan selama ini:

1. Cabutan bertuah: Masteria game-board

Koleksi Hadiah Yang Berjaya Di Bawa Pulang

2. Cabutan bertuah (anak): Set alat tulis

Aqif Hadif Tak Lepas Langsung Paper Bag


3. Bertukar hadiah: Emas 0.5 gram, pure 99 dari Kak Aniey Yusoff (mujur Kak Aniey bagi emas. Terubat kesedihan hati saya tak menang jd Master malam tadi. LOL. Saya Doakan Kak Aniey jadi Master Coordinator cycle ini. Ameen.)

4. Jualan Peribadi Cemerlang: Sebotol SR Vit-C 500mg dan 1 sachet Shaklee Collagen Powder

Ya Allah! Seronoknya saya. Bergenang air mata. Tapi senyum sampai telinga.


Kami Semua Ahli Naila Super Power

Selesai bergambar berkumpulan, aktiviti berkuda dan memanah di mulakan. Di sebabkan kuda dah sedia (sudah di beri makan dan sudah dibersihkan) kami teruskan dengan aktiviti berkuda dahulu. Aturcara asal memanah dulu sebab risau jika kuda ni tak cukup rehat dan makan mereka akan 'buat perangai'.

Tapi alhamdulillah pekerja LAW membuat persiapan awal, maka aktiviti berkuda di mulakan dahulu. Lagi pun elok juga sebelum matahari tegak memancar di atas kepala, anak-anak pun dah tak sabar nak menunggang. Ibu-bapa pun tak sabar menahan hati antara gayat dan teruja. (Saya la tu!). Hihi

Gelagat Kami Anak Beranak Menunggang Kuda

Sebenanrnya salah satu niat kami dengan aktiviti berkuda adalah untuk menaikkan keyakinan Aryan Haziq. Kami nak dia tahu macam mana perasaan berjaya atasi ketakutan sendiri. Kami nak dia tahu, jika dia mampu atasi ketakutannya sendiri, tiada apa yang mampu menghalangnya daripada capai apa yang diimpikannya. Lagipun Shaklee kan boleh diwarisi. Kami nak sediakan dia dari kecil semua cabaran ini.

Pada mulanya, Aryan cakap nak naik dulu. Tapi apabila kuda bernama Tanda tu berada di depan mata, Aryan jadi macam takut. Siap menangis lagi. 

Dalam kelam kabut nak tenangkan Aryan Haziq, Aqif Hadif tiba-tiba naik atas kuda. Memang berani betul dia menunggang kuda seorang. Hampir menitis air mata saya melihat keberanian dia. Cuma bila masuk pusingan kedua, pelana kuda tu dah senget sikit dia terus cuak. Terus bising mulut dia panggil,

"Abah, adik tak nak naik".

Aqif Hadif Pahlawan Berani


Berlainan pula dengan Aryan Haziq, sepanjang dua pusingan menjerit-menangis. Tergelak-gelak kami berdua dengan keletahnya. 

Aryan Haziq Anak Yang Penuh Kekuatan


Bila kuda berhenti setelah habis dua pusingan dia cakap apa tau?

"Abah, nanti kita bawa balik kuda tu ye?"

Haih! Dah seronok pulak?

Kami tersenyum je. Sebab sekurang-kurangnya, dia berjaya capai apa yang kami imipikan iaitu "berjaya atasi ketakutannya".

Kemudian, tiba pula giliran saya. Terus-terang, memang tak sangka kuda itu cukup besar dan tinggi. Memang sangat gayat. Tapi I NEED TO DO THIS! I NEED TO RE-CHALLENGE MYSELF! 

Dengan bacaan Bismillah, 2 pusingan bermula. Kalau nak tanya perasaan saya, memang tak terucap. Hanya mampu berselawat tanpa henti di atas kuda. Kalau diletakkan mesin jantung yang bunyi "Bip bip" tu, mesti sangat rapat. Dah macam tachycardia dah. Tapi akhirnya...

Ada Gaya Srikandi?



Fokus, Jangan Tak Fokus

Disebabkan masa sedikit suntuk, kami terus dibawa ke gelanggang memanah. Macam tak percaya, cara memanah pun ada adabnya. Cara memegang anak panah adalah berdasarkan jari telunjuk yang kita tegakkan semasa baca Tahiyat awal atau akhir. 

Memang sangat unik. Membuktikan Islam bukan hanya berkenaan ibadah. Islam merangkumi segala-galanya. Betul la orang kata jauh berjalan luas pandangan. Keluar dari kebiasaan. Bermusafir. Macam-macam ilmu Allah 'ajar' kita.

Kali ini, para pengajar mulakan dengan kanak-kanak dahulu. Ya Allah, hanya Allah yang tahu betapa "excited'nya Aryan Haziq dan Aqif Hadif. Jenuh nak menjawab soalan yang bertalu-talu,

"Abah, bila giliran Aryan pulak?"

Macam setiap 10 saat mereka tanya. Sangat penat nak jelaskan pada dia dan Aqif. Tapi apabila gilirannya tiba, memang Aryan dan Aqif senyum panjang dah. Ya, memang tak kena pada sasaran. Tapi mereka berdua sangat fokus untuk mencuba. Sesuatu yang amat kami banggakan. Hello, ingat senang untuk kanak-kanak berumur 3 dan 5 tahun nak fokus? Tapi kalau di dedahkan selalu, saya yakin mereka memang hebat!



Malangnya setiap orang hanya diberi 3 anak panah sahaja. Tapi apabila giliran tamat, maka bermulalah kembali sesi soal jawab yang berakhir dengan kedua-duanya merajuk. Maafkan Abah dan Ibu ye Aryan dan Aqif. Nanti kita datang lagi. Ok?

Feeding Time!

Mesti ramai yang rasa masa untuk bagi haiwan-haiwan eksotik yang ada di sini makan, kan? Bukan lah. Kali ini, kami yang makan pula. Makan tengah hari yang sungguh menyelerakan daripada pihak LAW. 

Bayangkan 'signature dish Nogori' sembilang salai, masak lemak daging salai, masak lemak telur itik dan ulam-ulaman di hidangkan di hadapan mata setelah penat beraktiviti? Dengan sirap ais lagi? Fuh, kecur air liur ni tau. Jadi tanpa fikir panjang, semua makan dengan berselera sekali.

Kredit: FB LAW - Antara Lauk Yang Boleh Di Minta Untuk Menu Tengahari

Disebabkan tangguh-tangguh makan tengah hari, kami terpaksa korbankan peluang untuk terlibat dalam "feeding the animals". Kesian Aryan dan Aqif. Asyik memanggil kami dari dewan terbuka.

 "Abah, Ibu. Cepat la. Kawan-kawan Aryan dan pergi bagi makan rusa la". 

Mungkin bukan rezekinya, memang kami tak sempat nak bagi makan rusa-rusa tu. Tak apa, nanti kita akan datang lagi. Yang akan datang, kita akan habiskan masa lebih lama lagi. Lega hati melihat mereka mengangguk dan senyap lepas tu.

Tapi bagi mengubat hati anak-anak syurga ini kami membawa mereka ke bangsal mergastua dan unggas yang menempatkan ayam hutan, itik, ayam kampung, burung dan ayam belanda. Itu pun mereka sangat teruja. 

Maklumlah, anak-anak zaman sekarang mana pernah nampak 'live' haiwan-haiwan ini semua di depan mata. Nak tengok, tapi tak berani. Nak pegang, tapi takut-takut. Comel betul gelagat mereka ni.

Takut-taku Berani

Tapi yang paling lawak adalah ketika Aryan HAziq dan Aqif Hadif lalu tepi reban ayam belanda a.k.a ayam piru (betul ke ejaan ni? LOL). Abang adik ni suka sangat jerit-jerit kat apa-apa jua haiwan. Tak kira la ayam ke, kucing ke, apa ke. Kira nak buktikan mereka lagi hebat la. 

Tapi apabila mereka menjerit je kat ayam belanda ni, apa lagi, kecoh la ayam-ayam tu. Anda bayangkan la sendiri dua orang kanak-kanak lari macam tak cukup tanah sambil jerit-jerit takut. Hahahaha... Belajar dari alam. Sungguh pengalaman paling berharga buat mereka berdua tau.

Hikmah Musafir Kali Ini Dari Pandangan Mata Hati

Memang benar dengan bermusafir atau berjalan dari satu tempat ke tempat asing dapat meluaskan lagi pandangan kita. Apatah lagi jika kita memandang keindahan tempat lain itu dengan mata hati, pasti kita dapat melihat betapa berkuasanya Allah SWT menciptakan bumi yang sangat indah ini.

Kita terpaksa buat sesuatu yang lain. Keluar dari kebiasaan. Maka kita pun akan cabar diri jadi luar biasa. Seperti hari ini di Ladang Alam Warisan, ia merupakan satu pengalaman indah yang tak boleh di beli di mana-mana.

  • Ia banyak mengajar saya erti yakin dan percaya.
  • Ia juga mengajar saya berani berimpian.
  • Ia mengajar saya sentiasa positif dan bergerak maju ke hadapan.
  • Ia mengajar saya menghargai ukhwah dan silaturrahim yang ikhlas Lillahitaala.
  • Ia mengajar saya peri pentingnya berada di kelompok yang positif supaya aura yang positif sahaja kita miliki.
  • Yang paling penting, jika hati kita mahu kita semestinya mampu capai apa yang kita hajatkan dengan izin Allah swt.

Sesuai dengan gesaan untuk bermusafir disebutkan dalam al-Quran melalui surah Yunus ayat 101 yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi.”

Dalam surah al-An’aam, ayat 11 pula Allah SWT berfirman:

“Berjalanlah kalian di muka bumi, kemudian perhatikanlah.”

Alhamdulillah, dengan Shaklee saya jumpa bukan sekadar hubungan bisnes, ia lebih dari hubungan dunia yang membawa saham ke akhirat. Disebabkan ini lah ramai antara kami yang sanggup travel dari siang untuk menyertai Family Day Naila ni. Kerana kami yakin hujung minggu yang kami luangkan tidak akan berlalu dengan sia-sia.

Pengisian program dan aktiviti begini sangat membantu kami untuk berusaha sehabis baik 'berladang' di dunia agar 'hasilnya' nanti kami tuai sebanyak-banyaknya di akhirat yang kekal abadi.

Terima kasih Allah untuk semua nikmat ini. Terima kasih mengajar kami banyak perkara baru. Terima kasih kerana selalu ada dan selalu dekat dengan kami. Saya sayang Naila semua sampai hujung nyawa.

Mahu jadi sebahagian dari jalinan silaturrahim ini?

Your Trusted SID 
Riza Afzan Asri 
SMS/Whatsapp 012-4637064 
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia


~Happy to share, pleasure to help!

You Might Also Like

4 respon

  1. Bakal rindukan moment ni. Kena bela kuda la lepas ni riza utk anak2 syurga...hihi

    Jom kita sama2 cepat jadi Master!

    ReplyDelete
  2. Jom kak aniey. Doakan ku dlm sujudmu

    ReplyDelete
  3. tersenyum sendiri saya membaca gelagat anak-anak puan, sekali sekala bermusafir jejauh macam ni memang seronok.

    apabila kita mengembara, banyak perkara yang akan kita pelajari.

    semoga berjaya mencapai semua yang diimpikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan Eizil.

      Tanpa anak-anak sunyi pula perjalanan yang lama tu.

      Ameen atas doanya.

      Delete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts