Kisah Kami

My Leap Of Faith : Dulu Pensyarah, Kini WAHM

19:11

My leap of Faith adalah pengakuan ikhlas isteriku yang meninggalkan kerjaya idamannya sebagai pensyarah demi mengikutku berpindah ke Perak. Yup, dari seorang pensyarah, kini isteriku seorang WAHM. Yang pasti, ia bukan perkara yang mudah.Tapi tiada yang mustahil jika kita niatkan kerana Allah SWT.


Anything I’ve ever Done, Ultimately was Worthwhile, Initially Scared to Me to Death. My Leap of Faith: A story of *believe, *friendship and *love

Masa zaman study degree dulu, ada sahabat baik tanya saya nak buat apa lepas habis belajar. 

Dengan confident saya menjawab, lepas ni saya akan terus sambung master dan jadi pensyarah. Yup, belum pun sempat konvo saya terus mintak kerja jadi Research Assistant. 

Jadi rezeki, terus diterima dan saya kerja dalam 2 bulan macam tu terus isi borang sambung belajar lagi.

Masih lagi di tempat yang sama dan bestnya saya memang ambil mode research sebab dah macam suka buat kajian dan kerja2 lab.

Langit tak selalu cerah (ecewah!), gedebak gedebuk macam2 cabaran saya berjaya graduate setelah hampir 4 tahun buat master!

Saya terima semua pahit manis maung semua dengan penuh kesyukuran kerana ini semua mengajar saya erti bersyukur. (Geng lab tingkat 8 & lab sebelah je tau maksudnya ni)

Sebulan sebelum saya kahwin Alhamdulillah saya dapat offer post yang saya idamkan sangat; Pensyarah.

Tahun 2010 - Dipendekkan cerita selepas anak sulung lahir baru saya tau wujudnya Perkataan Shaklee di dunia ni padahal dah berpuluh tahun ia wujud pun.Sebagai ibu muda yang takde pengalaman menyusukan bayi, susu saya merundum. (Plus sendiri malas cari ilmu kan). Masa ni sahabat merangkap opismate Ainul Malik suggest utk cuba produk tambah susu. Dia rekemen kawan dia Lyna Noh. Itulah detik saya mula berjinak dan consume Shaklee.

Tahun 2012- Abah kena heart attack buat kali kedua. Kena kat kebun sorang2. Alhamdulillah Allah hantar seseorang nak tengok keadaan di dangau (pondok) masa tu. Saya pulak baru habis cuti bersalinkan Aqif. Terus sambung cuti lagi shoot balik Taiping.

Dalam masa tu, kena heart attack lagi buat kali ke tiga sehari lepas balik rumah. Kesannya Doktor terus refer ke IJN dan decide buat pintasan jantung terus. Masa ni memang kemuncak sebabnya saya fikir siapa nak jaga Abah lepas keluar ni. Tengok wayar berselirat, darah beku dikeluarkan, tengok abah mengerang sakit tapi mata tak buka, condition 50-50 masa tu buat air mata tak boleh di tahan lagi.

Masa on the way balik rumah, tanya suami dia izinkan saya tak untuk ambil cuti sebulan tanpa gaji. Bukan mudah nak cuti, perbelanjaan bulanan kami kongsi bersama langsaikan bil dan hutang. Alhamdulillah suami izinkan. 

Mujur masa tu dah buat bisnes Shaklee, saya ada backup income. Memang lepas bayaran hutang kereta bulan tu dalam RM850 kot tak salah, plus baki tu buat belanja sikit. Family mertua pun baik sangat sangat faham situasi saya masa tu.

Tak lama lepas tu arwah tokwan, arwah makteh dan arwah mak mertua pulak sakit. Memang ratu cuti tanpa gaji lah saya. Staf HR memang dah kenal sangat muka. Sebabnya company saya peruntukkan beri kebenaran cuti sehari je dalam sebulan. Selebihnya kena unpaid leave lah. Tapi terjejas sket la gaji hakiki bila asyik unpaid leave kan. Tapi saya tak risau sangat, bonus Shaklee yang dapat setiap tengah bulan tanpa gagal banyak membantu.

Tahun 2013 - Kemuncak BIG WHY bila suami suarakan hasrat nak pindah balik Taiping, plannya untuk jaga arwah mak mertua. Semasa dalam proses permohonan, mak mertua saya dijemput pulang oleh PenciptaNya. Seminggu lepas tu suami dapat berita permohonan pertukaran berjaya. Saya kini dalam dilema:

1. Saya dan Aqif stay di Selangor, suami dan Aryan ke Perak ----> tak sanggup!
2. Saya dan anak2 stay kat Selangor, suami pindah Perak -----> sian kat Aryan sebab dia rapat dengan Abahnya, nak tido mesti cari ketiak Abah. Plus sejak kahwin suami saya menjadikan saya dependent pada beliau. Sukar!

Jadi macam mana ye?

Walaupun kami tak sempat jaga arwah mak, tapi kami sedar Allah hantar kami pulang ke Taiping sebab kami ada Abah-abah yang masih perlukan perhatian sebab memang kedua2 mereka tak berapa sihat.
  
Allah yang memudahkan, terjadinya sesuatu yang memaksa saya jauh dari job scope seorang Pensyarah, lalu ia memudahkan saya terus buat keputusan ------> Berhenti kerja & balik Perak ikut suami.

Masa tu saya memang sedih sebab terpaksa melepaskan post yang saya idamkan terlalu lama. Buat research berdarah air mata sebab kenang nak jugak dapat master sebab itu syaratnya.

Keluarga pun 'bunyi' jugak la kan sebab saya nekad buat keputusan begitu. Tapi saya yakin ini yang Allah permudahkan untuk kami seisi keluarga.


lBerhenti_Pensyarah_Kini_WAHM

Pendekkan cerita, saya kini full-time WAHM dan menjalankan bisnes Shaklee bawah group iREACH FAMILY yang super ohsem. Group yang sangat havoc, sangat advance dari segi teknik bisnes, group paling banyak aktiviti, paling banyak bagi hadiah  (saya belum pernah dapat, korang tolong Like & komen UP post ni ok, bagi peluang untuk saya dapat hadiah pulak hihi). 

Kini kami bebas untuk corak dan susun jadual sendiri. Dapat capai time freedom, insyaAllah nanti financial freedom pulak. Semua dengan Shaklee.

Maksudnya Allah tak hantar insan2 tersebut kepada kita tanpa makna apa-apa. Cuma terpulang pada minda kita mahu melihatnya sebagai apa. Peluang atau halangan.

*Believe*
Bukan setakat tu saja, sejak kenal Shaklee saya semakin menghargai kesihatan dan nikmat sihat tu. Kalau dulu mana pernah terfikir nak buat detoks atau join misi Eatclean. Ni semua pengaruh rakan sebaya di group Ireach Family.

*Friendship*
Bukan setakat tu je, saya lebih mahu improve diri, improve amalan, improve ilmu, hargai persahabatan dan silaturrahim, paling bermakna meraikan perbezaan pendapat. Kami bebas rapat dan belajar sebanyak mana pun ilmu dari 6 keturunan upline diatas susur galur kami. Mereka ni sangat supportive dan nak sangat tengok kita berjaya.

 *Love*
Dan paling seronok, anak-anak dan suami pun happy bila ibu nak pi 'sekolah jumpa cikgu ibu' atau jumpa kawan-kawan. Anak-anak dengan kawan-kawannya. Abahnya dengan ASB (Aku Sayang Bini), group khas untuk golongan lelaki iREACH FAMILY.

Seronok sebab semua ada impian yang sama. Tak ke seronok bila dengar anak-anak seawal umur 4 tahun dah boleh bercakap pasal kebaikan produk dengan pelat masing-masing dan para suami berbincang macam mana mahu membantu isteri membina empayar perniagaan yang mampu diwariskan ini?

Mengenali anda semua membuatkan saya yakin rezeki ini memang Allah yang pegang. Bukan tak percaya, tapi kita tak letakkan sepenuhnya pergantungan pada DIA (setiap hari kena buat sale, sebelum ada income yang tetap kena rajin tambah ilmu marketing etc), lain perasaannya dari tunggu gaji tetap masuk setiap bulan.

Dan dengan Shaklee juga buat saya lebih mudah meyakinkan pelanggan tentang betapa bukan mudah Shaklee buat research untuk pastikan produk yang selamat dan berkesan sampai pada pelanggan. Bukan senang buat research tau. Ada masa tak tidur malam nak kena kejar deteline produce result.

Betapa saya rasa bertanggungjawab agar orang luar dapat sebanyak ilmu untuk memilih produk yang terbaik dan selamat sebagai pelaburan untuk kesihatan mereka.

Betapa saya nak seramai mungkin orang-orang yang saya kenal dan sayang dapat manfaat kesihatan sebaik mungkin. Bisnes ni pun tetap menjadikan saya sebagai 'pendidik' walaupun skop dan audien berbeza kan?

Semoga ini terus menjadi asbab lebih ramai yang mampu menunaikan tanggungjawab dan ibadah kerana itulah sebenarnya nikmat sihat diberikan.

Semoga perkongsian ilmu menjadi saham saya di akhirat kelak. InsyaAllah tiada penyesalan meninggalkan kerja saya dulu. Malah saya bahagia dengan ilmu duniawi dan ukhrawi baru yang datang pada saya setiap hari melalui bisnes ini.

Akhir kata, kita semua insan terpilih yang Allah dah lorongkan merapatkan ukhawah sesame kita melalui jalan ini. Syukur Alhamdulillah, saya sayang anda semua Lillahitaala. Jom sama-sama teruskan berusaha capai impian yang belum selesai.

Semoga Allah merahmati dan memberikan kesihatan yang baik kepada semua iREACH FAMILY yang tak jemu-jemu berkongsi ilmu dan semangat. Memang tak rugi tamak pahala dalam bisnes ni. Semoga kita terus berjaya bahagia dunia akhirat. Ameen

************************************************* 
Maka nikmat Tuhan yang mana kamu dustakan?

Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

(Surah al-Talaq:2-3)


Your Trusted SID 

ID 868991




SMS/Whatsapp 012-4637064 


Email: rizaafzan@gmail.com


COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia


~Happy to share, pleasure to help~

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts