Amalan Menjemput Rezeki

Amalan Menjemput Rezeki

18:00

Sejak terjebak dengan bisnes Shaklee ni pada 2011 antara pesanan yang selalu upline merangkap mentor ingatkan adalah konsisten dengan amalan rohani.

Amalan Menjemput Rezeki

Kenapa amalan rohani? Kerana kita perkukuhkan kabel dengan Si Pemilik Rezeki, bos besar bagi golongan yang bisnes seperti kami. Ya lah, orang bisnes sendiri mana ada bos macam orang kerja ofis kan? Jadinya semua urusan kena minta pada yang DI ATAS SANA.

Antara perkara yang paling memberi impak pada saya dan mesti amalkan jugak pagi-pagi adalah sedekah Al-Fatihah buat arwah mak dan mak mertua saya. Mohon Allah ampunkan semua dosa mereka, sayangi mereka dan ditempatkan mereka dikalangan orang beriman dan beramal soleh.

Tak lupa juga untuk kedua orang abah saya, semoga Allah berikan kesihatan yang baik pada mereka dan bagi saya peluang untuk bahagiakan mereka hingga ke akhir usia

Lepas tu untuk suami dan anak-anak, moga Allah pelihara mereka dari malapetaka dan bencana serta hasad dengki manusia dan sekutunya.

Lepas tu baca Yassin 1x dan istighfar 100x. Serius kalau tak buat ni sebelum buat benda lain hidup tak tenang tau 😂😂

Dan pagi-pagi kalau keluar makan atau beli barang, boleh terus sedekah pagi. Kalau kata tak keluar, masuk tabung khas utk sedekah di rumah. Nanti jumlah terkumpul tu sedekah pada tabung masjid hari Jumaat. Mintak En Suami Sado tolong masukkan.

Ada satu tips yang saya dapat dari insan yang saya hormati masa hadiri kelas beliau. Antara tips nak murah rezeki dan jauhi sifat bakhil paling mudah nak buat adalah, jangan ambil baki sen-sen setiap kali kita buat urusniaga. Niatkan terus untuk sedekah hatta berbaki 90 sen sekalipun. Mudah kan?

Semoga saya terus istiqamah dan gandakan amalan seiring peningkatan usia ni. Tak berapa hari lagi nak masuk tahun baru. Moga Allah terima segala amalan kita InsyaAllah. Jaga Allah, Allah akan jaga kita. ❤️

🍃Shaklee Distributor & Bussiness Leader🍃
Riza Afzan
012-4637064
868991

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts