berjalan ketika hamil

9 Kebaikan Berjalan Ketika Hamil Yang Memudahkan Proses Bersalin

01:57

Berjalan merupakan salah satu aktiviti yang di sarankan untuk membantu ibu-ibu mengurangkan tekanan pada badan. Ia mampu memberi ketenangan minda, menghilangkan kebimbangan yang berkait rapat dengan pertukaran hormon. 

Tempat untuk berjalan yang paling saya gemari semestinya pusat membeli belah atau pun taman. Selain banyak bangku di sediakan, ragam-ragam orang di sana juga mencuri tumpuan. Jadi kita tak bosan sangat menghitung masa. Saya kongsikan 9 Kebaikan Berjalan Ketika Hamil Yang Memudahkan Proses Bersalin.

exercise during pregnancy


1. Berjalan merupakan cara yang paling mudah dan selamat untuk bersenam semasa kehamilan.


2. Ia boleh memastikan jantung anda sihat dan otot anda kuat. Ibu yang kuat lebih mampu memenuhi keperluan sebagai seorang ibu.


3. Ia membantu anda mendapat kelahiran dengan lebih mudah dan cepat.


4. Ia membakar lemak dan mengelakkan daripada mendapat berat badan yang meningkat secara mendadak. Ia memudahkan anda turun berat dengan cepat selepas melahirkan. Baca 8 Rahsia Cepat Kurus Selepas Bersalin Yang Anda Harus Tahu.

 

5. Ia memastikan badan anda sihat dan memberikan perlindungan daripada diabetes gestasi dan pra-eklampsia.


6. Anda akan lebih mudah bersenam selepas anda mendapat bayi kerana anda mempunyai rutin senaman yang tetap.


7. Ia dapat melegakan sembelit. Baca Tips Elak Sembelit Agar Tidak Menderita Buasir Yang Menyeksakan

 

8. Semua orang boleh melakukannya dan ia sesuatu yang anda boleh lakukan untuk diri anda sebelum anda fokus kepada bayi anda.


9. Selain itu ia membantu anda untuk menjadi lebih tenang dan menjauhi dari kebimbangan yang di sebabkan oleh perubahan hormon semasa kehamilan.

 

Di galakakan anda berjalan dengan langkah yang perlahan untuk mengelakkan kecederaan yang tidak di jangka pada bahagian pinggul dan pelvis. Anda juga boleh melakukan regangan ringan sebelum dan selepas habis berjalan untuk meregangkan otot serta sendi dan menjadikan anda lebih tenang.

Selamat berjalan-jalan!


Your Trusted SID
 
ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!


Artikel Menarik Untuk Dibaca:

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts