Travel

Pengalaman Travel ke Cape Town dan Johannesburg Afrika Selatan Bumi Yang Indah Untuk Diteroka

23:48

Pengalaman travel pertama saya ke luar negara ni memang susah nak lupa. Antara percaya atau tidak sebenarnya. Saya anggap masa tu macam "hadiah" Allah bagi untuk saya keluar dari "kekusutan"setahun buat labwork untuk Master tapi tak dapat result.

Jadi DIA bagi peluang untuk 'recharge'. Saya dan 2 orang lagi rakan seangkatan dapat tawaran hadiri conference berkaitan "Drug Metabolism & Development". Kami dapat yuran pendaftaran percuma. Hanya perlu uruskan pengangkutan dan penginapan sahaja.
Tahun 2007 sampailah saya di South Africa (Afrika Selatan). Masa dapat tahu dapat pergi ke salah satu negara Afrika, perasaan tu tak ada lah excited sangat. Tak macam dapat pergi London (tapi London pun belum sampai lagi). Kahkahkah.

Tapi seriously, South Africa bukan cikai tau. Tak perlu apply Visa masa tu. First time naik flight Emirates dah jakun. Makan sedap bangat. Cerita dalam flight pun best sampai separuh list habis marathon tengok movie pergi dan balik tu.

Dari Malaysia ke Dubai perjalanan smooth aja. Tapi cabaran mula bila sampi airport Dubai untuk transit 6 jam. Masuk tandas dah terkejut keluar air panas dari paip.
Dan mujur kami tak tertinggal kapal terbang sebab papan tanda yang pamerkan waktu penerbangan tu rosak rupanya. Mujur terdengar staf menjerit panggil sambil bawak sepanduk. Berlarilah kami ke kaunter untuk check in.

Dan punya la strict staf airport, pin tudung pun kena soal siasat masa tu. Siap selongkar beg lagi tau. Mungkin orang arab jenis belit-selit je shawl mereka. Tak ada nak berpin bagai macam kita kan. Lain kali travel pakai Bokitta je lah.

Alhamdulillah setelah dalam perjalanan hampir 12 jam kami sampai di Johannesburg dan check in hotel. Conference tu berlangsung 3 hari dan saya terlibat dengan pembentangan poster di sana.

Cabaran bermula bila kami tak bersedia dengan suhu sejuk di South Africa. Korang pun mesti ingat negara-negara Africa ni panas kan? Ha, tapi bukan South Africa ok. Ia terletak nun jauh di bawah hemisfera selatan. Mujur supermarket buat sale, jadi mampu la beli baju panas murah-murah.

Jadi di situ kami terlepas pandang yang bulan 5 di hemisfera selatan dah mula musim sejuk! Dan paling tak sangka waktu malam suhu jatuh ke paras beku. Fountain depan hotel pun beku airnya. Organizer pun tak sangka suhu berubah sangat cepat sebab tu mereka tak maklumkan lebih awal pada kami.

Masa tu rasa macam nak bawak selimut hotel yang tebal tu je masuk dewan conference. Otak rasa beku. Urat kejung. Tu belum bab berulang ke tandas lagi. Cabaran sungguh!

Tandas tak ada paip air dan masa tu tengah ABC. Cabaran sangat bagi 1st timer travel dalam keadaan macam tu. Maka sejak hari tu, spare je botol mineral kosong dalam beg. Kalau kat Malaysia ni mudah je kan masuk tandas.

Kat tempat orang baru tau macam mana nak survive dengan sekecil-kecil urusan macam tu kan. Paip air pun takde weh. Jangan kata air-jet keluar dari tandas! Bersyukurlah. Jangan membazir.

Bab makan pulak satu hal lagi. Terliur tengok makanan diaorg sedap-sedap. Buffet lagi tu. Jeles tengok kawan saya yang non-muslim tu makan lauk sedap, tapi kami berdua hanya mampu makan nasi putih, roti, ikan bilis, serunding dan salad.

Malam terakhir di Johannesburg tu organizer adakan malam BBQ dan pertunjukan kebudayaan. Maka kami bertiga kena buat la persembahan yang melambangkan Malaysia. Kami spontan nyanyikan lagi "Rasa Sayang" malam tu. Pantun? On the spot tulis malam tu juga. Kenangan betul. Tapi seronok!
Dan betullah bila kita jauh berjalan, kita kenal ramai orang dan hormati budaya orang. Malam tu kami kami di hiburkan dengan persembahan dari Sudan, Kenya, Ethiophia, Zimbabwe dan South Africa sendiri. Walaupun tak faham lagu rakyat mereka, tapi semua orang ok je. Apedehal kan?

Dan jangan tak tahu, saya di tawarkan segelas wine merah malam tu. Dan dengan penuh hormat kena tolak dan kena jelaskan kenapa muslim tak boleh minum alkohol. Bagi yang suka sangat provoke isu perkauman, memang bagus kena selalu travel untuk belajar erti toleransi.

Masa pergi tu tak kenal Shaklee lagi, kalau tak boleh kongsi minum Vivix yang kaya dengan kandungan polifenol sorang sesudu dengan delegasi kat sana kan. Hihi

Hari ketiga tu conference kami separuh hari je dan petangnya kami ambil peluang pusing bandar Johannesburg. Tetapi dinasihatkan oleh pemandu supaya tak turun sebab kat sana masih ada rasa curiga walaupun dasar Apartheid tu dah lama ditamatkan oleh Nelson Mandella.

Pemandu siap bawak ke kawasan 'Black African' macam dalam tv tu. Mereka akan tengok je kita walaupun kita dalam kereta. Seram jugak sebenarnya. Tapi tak ada apa-apa berlaku mungkin sebab pemandu kami tu pun 'black' jugak.

Sempat juga melawat Constitution Hill; bilik penjara zaman Apartheid dan tahu yang ada 11 kaum natif yang mempunyai bahasa tersendiri di South Africa.

Jangan tak tahu, South Africa pun terdiri dari kepelbagaian kaum dan pelbagai budaya. Tona warna kulit yang berbeza. Sama seperti Malaysia. Jangan ingat kalau kita pergi sana kita yang paling putih ok.
Alang-alang dah sampai South Africa, kami lajak destinasi terus ke Cape Town pulak keesokannya. Kami naik pesawat ekonomi South Africa Airways sebab kalau melalui jalan darat ambil masa lebih 8 jam perjalanan.

Cape Town ni lagi best tau sebenarnya sebab ia hampir dengan pantai dan banyak tempat menarik untuk dilawati. Lebih "panas" dari Joburg (singkatan bagi Johannesburg) pada waktu kami pergi tu.

Kami menyewa Hotel Fountain di tengah bandar Cape Town. Seberang hotel ada kedai makanan Malaysia. Ya Allah, heaven!!! Makanan pack yang bawa dari Malaysia tu tinggal je kat hotel bagi pada pekerja.

Dari hotel kami pilih untuk baca peta dan jalan kaki je ke pelabuhan. Seronok sebenarnya bila buat macam ni sebab baru boleh nampak kan keadaan sebenar tempat tu.
Bandar Cape Town memang bersih sangat. Landskap pun cantik. Kami singgah di satu pasar ni untuk shopping cenderahati. Memang berbaloi sebab matawang Rand adalah lebih rendah dari Ringgit Malaysia.

Tapi dah balik rupanya baru tahu itu pasar lambak "Black African". Tapi mereka memang sangat friendly tau sebenarnya. Dapat pulak cash sebab menang pertandingan poster, tambah la duit poket untuk shopping.

Sampai sekarang masih rindu dengan Table Mountain yang anda boleh nampak bila dah masuk ruang udara Cape Town. Naik ke atas tu dengan kereta kabel besar, jadi tak gayat sangat macam di Gunung Mat Cincang atau Genting Highland.
Turun dari Table Mountain, jalan-jalan pulak disekitar Malay Quarters. Malay di Cape Town berbeza sikit dengan Malay di Malaysia. Lebih kepada pengaruh Arab dan India contohnya dari segi pemakanan. Banyak penggunaan rempah ratus.
Esoknya ke Hout's Bay makan fish & chips panas-panas. Cumanya tak sempat nak ke Boulders Beach untuk tengok peguin akibat kekangan masa.

Dan kalau korang peminat diamond, boleh la beli kat sana sebutir dua buat kenangan. Saya masa tu belajar lagi, status memang tahap tak mampu milik lah. Mampu tengok je. Kahkahkah.

Sejujurnya Memang teringin nak ke Cape Town semula. Minum jus Ceres dan makan buah-buah tropika yang segar. Seminggu di South Africa turun berat 3kg sebab makan nasi sekali je sehari. Boleh je hidup kan.

Travel memang banyak mengajar untuk kita jadi lebih bersyukur dan buka minda untuk lebih beradab dan bertimbang rasa. Tak rugi pergi Cape Town. Jom masukkan dalam Vision Board.

Kita repeat lagi ke Capetown puas-puas. Cape Town satu tempat yang menarik untuk diterokai dari segi keindahan alam, sejarahnya dan budayanya. Gemukkan tabung travel yuk!

Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!

Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang

TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!

TAWARAN HEBAT!
Shaklee Distributor & Bussiness Leader

868991

Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts