Sebut je Heart Failure atau Kegagalan Fungsi Jantung, mesti semua dah tersentak kan? Nama dah cukup bombastik macam seolah-olah jantung dah tak berfungsi lagi, kan?
Tapi sebenarnya, heart failure bermaksud keadaan di mana jantung tidak boleh mengepam darah dengan sepenuhnya.
Otot jantung yang lemah tidak mampu mengepam dan membekalkan darah yang mengandungi oksigen dan nutrien kepada se-sel di dalam tubuh.
Ini menyebabkan seseorang itu mudah letih, sesak nafas dan sukar untuk melakukan aktiviti harian.
Apakah Mekanisme Baikpulih Semulajadi Apabila Jantung Mengalami Masalah?
1. Meregangkan otot
Pernah tak beli belon dan masukkan air ke dalamnya? Untuk masukkan air yang banyak, kita perlu beli belon yang lebih tebal kan? Kalau tak, mesti mudah nak pecah.
Sama seperti belon, apabila lebih banyak darah diperlukan untuk memenuhi keperluan tubuh, dinding pada ruang-ruang di dalam jantung akan meregang dan akhirnya menebal untuk menampung jumlah darah yang meningkat.
Sepertimana belon besar yang diisi air penuh tadi, lebih banyak tenaga yang perlu digunakan untuk mengepam keluar darah yang banyak ini.
2. Meningkatkan ketumpatan otot
Pernah tengok orang yang pergi ke gym dan lakukan angkat berat? Lama kelamaan, otot mula menjadi pejal dan besar untuk tampung berat "dumbbell" yang digunakan. Betul tak?
Sama juga seperti jantung. Bagi mengepam lebih banyak darah, ia perlu mengepam dengan lebih kuat. Apabila ia berterusan, otot jantung akan mula membesar untuk melakukan semua ini.
3. Mengepam dengan lebih cepat
Ini membantu dalam meningkatkan jumlah darah yang dipam ke seluruh badan.
Tubuh badan juga membantu dengan cara yang tersendiri:
- salur darah menjadi sempit untuk mengekalkan tekanan darah, untuk membantu jantung yang mula kehilangan tenaga untuk mengepam
- tubuh mengalihkan darah dari tisu dan organ (seperti buah pinggang), jantung dan otak.
Semua langkah-langkah untuk membantu menutup masalah kegagalan jantung ini hanya berkesan untuk sementara waktu sahaja, namun tidak menyelesaikannya.
Keadaan ini akan berterusan sehinggalah semua langkah-langkah ini tidak lagi berkesan.
Jenis-jenis Heart Falure atau Kegagalan Fungsi Jantung
American Heart Association menyenaraikan 3 jenis kegagalan fungsi jantung atau heart failure iaitu:
- Left-sided heart failure
- Right-sided heart failure
- Congestive heart failure
Tapi tahukah anda satu kajian telah diterbitkan oleh British Medical Journal yang mengatakan Coenzyme Q10 mampu memberi kesan yang baik kepada pesakit heart failure? Jangan risau, kami akan ulas pada artikel akan datang
Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!
TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!
868991
Disclaimer :
Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini