jantung

Boleh Tak Makan Coenzyme Q10 Semasa Makan Ubat Cair Darah Warfarin?

14:26

Di sebuah farmasi hospital kerajaan, kelihatan seorang lelaki dalam lingkuan 20an berjalan longlai ke arah kaunter 4 untuk mengambil ubat.
"Cik, apa maksud HF ni ye?" tanya seorang lelaki dalam lingkungan 25-an sambil menunjukkan pada preskripsi yag dibawanya selepas mengambil ubat yang disediakan.

"En Talib bin Saidin ni siapa ye, Encik?" tanya Cik Alina memohon kepastian. Kerahsiaan pesakit perlu sentiasa dijaga walau macam mana pun.

"Itu ayah saya. Maaf la, saya baru je sampai dan abang saya minta saya ambilkan ubat sebab ayah dah boleh discaj. Tak sempat nak 'update' tentang keadaan ayah" sayu suaranya.

"Saya tak pasti tentang keadaan ayah Encik. Tapi HF ni maksudnya 'heart failure' atau kegagalan fungsi jantung" terang Cik Alina.

Riak mukanya terus berubah menjadi cemas.

"Jantung ayah saya dah fail? Ya Allah, teruk ke keadaan macam ni, Cik?" tanyanya dengan cemas.

"Eh, Encik jangan salah faham. Macam mana saya nak terang ye? Hmmmm, Encik kerja sebagai apa ya?" tanya Cik Alina sambil kepala ligat berfikir cara paling mudah untuk bagi pemuda ini faham.

"Saya kerja di pelantar minyak. Sebab tu tak dapat balik terus bila keluarga telefon dan beritahu Ayah masuk wad" terangnya.

"Ooh, sebelum saya terangkan, pernah tak semasa Encik kerja, jumlah petroleum yang berjaya digali tak capai sasaran harian?" soal Cik Alina.

"Tipu la kalau saya katakan tak pernah. Teruk juga kena mengadap bos sebab gagal capai sasaran. Tapi apa kaitan dengan kes ayah saya?"tanyanya sambil mengerutkan dahi. Mungkin keliru mengapa soalan itu diajukan.

"Sama la macam jantung, Encik. Jika ia tak mampu hasilkan atau pam sejumlah darah ke seluruh badan sepertimana yang diperlukan, kita katakan ia gagal la. Gagal capai sasaran yang ditetapkan" terang Cik Alina sambil tersenyum.

"Saya sangat tak faham. Bukan ke ia masih berdenyut dan mengepam darah??" tanyanya lagi.

"Petroleum yang Encik gali, ada sasaran yang perlu dicapai supaya bekalan dapat disalurkan kepada pengguna tanpa putus, bukan? Jika tidak, banyak aktiviti akan tergendala. Betul tak?"

"Betul tu, Cik. Tanpa petrol, kenderaan pun tak dapat jalan" jawab pemuda itu yakin.

"Sama seperti jantung juga, Encik. Jika ia tak dapat pam jumlah darah yang berkualiti dengan mencukupi, maknanya ia tak mampu capai sasaran. Banyak organ tak dapat terima darah beroksigen dan nutrien yang mencukupi. Akhirnya, fungsi organ-organ ini akan menurun termasuklah jantung itu sendiri" terang Cik Alina panjang lebar.

"Oooo, sebab tu la Ayah macam penat. Maksudnya jantung, paru-paru dan organ-organ lain tak cukup terima khasiat dari darah sebab darah yang baik tak dipam dengan cukup la ye. Kalau takde bahan bakar, macam mana nak berfungsi. Betul tak?". Ada sinar di matanya kerana makin memahami keadaan ayahnya yang amat disayanginya itu.

"Betul, Encik. Sebab tu kita diagnosis sebagai Heart Failure atau Kegagalan Fungsi Jantung" terang Cik Alina dengan yakin. 

"Jadi apa yang perlu saya lakukan untuk ayah saya ye, Cik?"

"Pastikan dia makan ubat yang doktor dah berikan dan ikut semua perancangan yang dia dah tetapkan. Ini termasuklah senaman dan fisioterapi" terang Cik Alina lagi.

"Ada ke apa-apa makanan tambahan atau vitamin yang sesuai, Cik?" tanya pemuda itu lagi.

"Apa-apa yang Encik nak buat, pastikan Encik bincang dahulu dengan Doktor ye. Jangan bagi sembarangan. Sebab kita tak nak timbul masalah yang boleh menggangu rawatan ayah Encik" jawab Cik Alina. Dah banyak sangat kes yang terpaksa dihadapnya bila pesakit ambil produk yang entah apa-apa ni.

"Dalam perjalanan balik tadi, saya ada terbaca tentang vitamin untuk jantung iaitu CoEnzyme Q10. Boleh ke ayah saya ambil?" soal pemuda itu.
"Saya dah periksa senarai ubat ayah Encik. Saya tak berapa cadangkan sebab buat sementara waktu ini, ayah Encik perlu mengambil warfarin iaitu sejenis ubat pencair darah" jelas Cik Alina

"Apa masalahnya, Cik?" tanyanya memohon kepastian.

"Coenzyme Q10 ada interaksi dengan warfarin. Senang nak cakap, ia mungkin akan 'potong' kesan warfarin. Jadi, darah mungkin menjadi pekat dan pesakit mungkin akan mudah sesak nafas, sakit dada dan lain-lain" jelas Cik Alina.

"Hmmm, baru cadang nak bagi. Tak jadi la jawabnya" Nada suaranya sedikit kecewa.

"Tangguh la dulu sehingga ayah Encik stabil. Bila doktor dah sahkan ayah Encik dah stabil dan tak perlu ambil warfarin lagi, bincang balik dengan Doktor untuk mula ambil CoQ10 ini ya. Sebab saya pernah terbaca satu kajian tentang kebaikan CoEnzym Q10 untuk pesakit Heart Failure. Yang penting, jangan sorok-sorok. Jika doktor itu bersetuju untuk Ayah Encik ambil sekali dengan warfarin, mungkin ayah Encik perlu lebih kerap buat ujian INR sehingga paras yang diingini tercapai" terang Cik Alina lagi.
"Baiklah, Cik. Terima kasih banyak sebab beri penerangan pada saya. InsyaAllah saya akan ingat semua yang Cik terangkan tadi" ujar pemuda itu.

Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!


MAHU DAPATKAN PRODUK SHAKLEE?
Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang

TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!

TAWARAN HEBAT!
Shaklee Distributor & Bussiness Leader

868991

Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts