Family

Kota London Destinasi Percutian Idaman Dulu Hingga Sekarang

16:00


Kami kini dalam flight Emirates EK007 yang dijadualkan bakal transit di Doha. Kemudiannya akan meneruskan perjalanan ke London. Mohon doakan perjalanan Kembara Iman kami dipermudahkan, selamat pergi dan balik. Ameen.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Percutian Idaman Sejak Dari Zaman Hingusan

InsyaAllah Ogos 2017, status ini yang akan saya update. Memilih Ogos untuk travel kerana masa tu musim panas. Tapi panas diaorg takde la panas lit-lit macam kat Malaysia. Kalau ada rezeki lebih, boleh pi awal sikit dalam bulan Mac kerana masa tu dah start Spring Equinox. Mesti banyak bunga-bunga mekar di taman. 🌹🌸💐🌻 Boleh bergambar baring-guling2 atas rumput. Hihi

InsyaAllah cadangnya akan berada di London selama 12hari 9 malam. Kami berhajat sewa apartment, berbanding hotel. Mudah sikit nak masak. Boleh jimat duit belanja 😝. Kalau ada kenal Malaysian yang baik hati sudi sewakan penginapan untuk kami, meh la kongsi tau. Atau sesapa yang pernah sampai/studi kat sana, saya mohon bagi tunjuk ajar untuk kami rangka perjalanan kami.

London merupakan destinasi impian sejak kecil. Dari sebelum kawen lagi. Tak tau kenapa London begitu dekat di hati. Mungkin sebab pernah kena jajah kot  (*gurau!).

Of course bila sampai sana nak ziarah tempat2 yang popular yang masuk list:

❤️Westmisnster Abbey
❤️ Buckingham Palace
❤️ National Gallery
❤️ British Museum
❤️ Tower of London
❤️ Museum of London
❤️ Kensington Garden & Hyde Park
dan macam2 lagi lah landmark di London.

Sebab bawak anak, mungkin boleh masuk senarai V&A Museum of Childhood. Anak enjoy, insyaAllah Ibu & Abah pun enjoy kan 

Tapi yang paling utama, Kembara Iman London ni bakal fokus lebih kepada mencari masjid dan pusat Islam sekitar London. Mahu mengeratkan ukhwah sesama umat Islam di sana. Belajar ilmu dan akhlak mereka. Saya tau, they are special. Ada banyak yang boleh kita sebagai umat Islam di Malaysia untuk belajar dari umat manoriti Islam di sana.


 Even kata-kata seorang tetamu jemputan dalam rancangan ape ntah saya dah lupa. Kata beliau, Islam akan bangkit di Eropah. Say berhajat menjadi salah seorang yang menyaksikan kebangkitan itu. (Bab ni mungkin kena terus berhijrah ke sana kot 😆)

Nak cakap tentang bajet, seorang perlukan dalam RM8500. So kalau 5 dah RM42,500! Wow wow wow!! Banyak jugak ni. Simpanan dalam bank, 5% pun blum sampai. 

Tapi takpe, jangan jadikan duit sebagai penghalang kepada keinginan kita. Tugas kita ikhtiar & usaha yang terbaik untuk kumpul duit. Doa minta Allah lorongkandan permudahkan. Selebihnya biar Allah buat kerja DIA. 

Betul ke betul?

Nak mintak tolong sikit ni. Nanti kan, masa tunggu masa nak berbuka puasa, mohon doakan hajat Kembara Iman London kami sekeluarga ni direalisasikan ya. Terima kasih 😘

P/s: Ada rezeki boleh pegi dengan trip International Shaklee. Layanan 6 bintang. Kelur duit shopping je. Ameen 


Your Trusted SID 


ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help~

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts