Bisnes Dari Rumah

Bisnes Online Dari Rumah: Berhenti Kerja Pensyarah Sebab Jual Shaklee?

10:00

Masa zaman study degree dulu, ada sahabat baik tanya saya nak buat apa lepas habis belajar. Dengan konpiden daku menjawab, lepas ni saya akan terus sambung master dan jadi pensyarah.
Yup, belum pun sempat konvo saya terus mintak kerja jadi Research Assistant. Jadi rezeki, terus diterima dan saya kerja dalam 2 bulan macam tu terus isi borang sambung belajar lagi.
Masih lagi di tempat yang sama dan bestnya saya memang ambil mode research sebab dah macam suka buat kajian dan kerja2 lab.
Langit tak selalu cerah (ecewah!), gedebak gedebuk macam2 cabaran saya berjaya graduate setelah hampir 4 tahun buat master! 

Saya terima semua pahit manis maung semua dengan penuh kesyukuran kerana ini semua mengajar saya erti bersyukur. (Geng lab tingkat 8 & lab sebelah je tau maksudnya ni)

Sebulan sebelum saya kahwin alhamdulillah saya dapat offer post yang saya idamkan sangat; Pensyarah. Dipendekkan cerita selepas anak sulung lahir baru saya tau wujudnya Perkataan Shaklee di dunia ni padahal dah berpuluh tahun ia wujud pun.

Pelajar Dan Pensyarah Program Pengajian Asas (Foundation) Semasa Kami ke "Fieldwork Trip"

Merasa Hadiri Dinner Kelolaan Universiti Di Palace Of Golden Horses

The Best Office Ever!

Sebagai ibu muda yang takde pengalaman menyusukan bayi, susu saya merundum. (Plus sendiri malas cari ilmu kan). Masa ni sahabat merangkap opismate Ainul Malik suggest utk cuba produk tambah susu. Dia rekemen kawan dia Lyna Noh. Itulah detik saya mula berjinak dan consume Shaklee.
Tapi lepas lahir anak kedua, ada satu keputusan besar yang saya harus buat bila mana suami dapat transfer ke Perak. So dalam dilemma:
1. Saya dan Aqif stay di Selangor, suami dan Aryan ke Perak ----> tak sanggup!
2. Saya dan anak2 stay kat Selangor, suami pindah Perak -----> sian kat Aryan sebab dia rapat dengan Abahnya, nak tido mesti cari ketiak Abah. Plus sejak kawen suami saya menjadikan saya dependent pada beliau. Sukar!
Jadi macam mana ye?
Allah yang memudahkan, terjadinya sesuatu yang memaksa saya jauh dari job scope seorang Pensyarah, lalu ia memudahkan saya terus buat keputusan ------> Berhenti kerja & balik Perak ikut suami.
Masa tu saya memang sedih sebab terpaksa melepaskan post yang saya idamkan terlalu lama. Buat research berdarah air mata sebab kenang nak jugak dapat master sebab itu syaratnya.
Keluarga pun 'bunyi' jugak la kan sebab saya nekad buat keputusan begitu. Tapi saya yakin ini yang Allah permudahkan untuk kami seisi keluarga.
Pendekkan cerita, saya kini full-time berbisnes Shaklee bawah group #ireachbest yang super ohsem. Maksudnya Allah tak hantar insan2 tersebut kepada kita tanpa makna apa2. Cuma terpulang pada minda kita mahu melihatnya sebagai apa.
Mengenali mereka membuatkan saya yakin rezeki ini memang Allah yang pegang. Bukan tak percaya, tapi kita tak letakkan sepenuhnya pergantungan pada DIA (setiap hari kena buat sale, sebelum ada income yang tetap kena rajin tambah ilmu marketing etc), lain perasaannya dari tunggu gaji tetap masuk setiap bulan.
Dan dengan Shaklee juga buat saya lebih mudah meyakinkan pelanggan tentang betapa bukan mudah Shaklee buat research untuk pastikan produk yang selamat dan berkesan sampai pada pelanggan. Bukan senang buat research tau. Ada masa tak tidur malam nak kena kejar deteline produce result.

Sebahagian Family Bisnes Dari Rumah

Betapa saya rasa bertanggungjawab agar orang luar dapat sebanyak ilmu untuk memilih produk yang terbaik dan selamat sebagai pelaburan untuk kesihatan mereka.
Betapa saya nak seramai mungkin orang-orang yang saya kenal dan sayang dapat manfaat kesihatan sebaik mungkin. Bisnes ni pun tetap menjadikan saya sebagai 'pendidik' walaupun skop dan audien berbeza kan?
Semoga ini terus menjadi asbab lebih ramai yang mampu menunaikan tanggungjawab dan ibadah kerana itulah sebenarnya nikmat sihat diberikan.
Semoga perkongsian ilmu menjadi saham saya di akhirat kelak. InsyaAllah tiada penyedalan meninggalkan kerja saya dulu. Malah saya bahagia dengan ilmu duniawi dan ukhrawi baru yang datang pada saya setiap hari melalui bisnes ini
Jika anda suka dengan perkongsian ini, meh la tinggalkan komen sepatah dua. Nak join team Bisnes Dari Rumah Kami, hubungi saya ye. Terima kasih.

Your Trusted SID 

ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help~

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts