Kanser

Disahkan Kanser / Barah? Panduan Ini Wajib Anda Baca

12:26

Mendapat berita daripada mulut seorang doktor yang anda mengalami kanser, merupakan satu tamparan hebat buat sesiapa sahaja. Dunia terasa sudah tiba ke penghujung. Tiada lagi harapan. Ketika ini, pastinya Google menjadi sumber utama untuk anda bagi mencari Panduan Buat Pesakit Yang Baru Disahkan Kanser/Barah.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Disahkan Menghidap Kanser?
Jika anda disahkan menghidap kanser, perkara paling utama anda yang perlu anda buat adalah berbincang dengan doktor atau pakar onkologi anda. Secara umumnya rawatan kanser mempunyai tiga peringkat iaitu pembedahan, kemoterapi dan radioterapi. 

Kemoterapi ialah ubat anti kanser yang diberi untuk memusnahkan sel kanser. Manakala radioterapi pula ialah rawatan radiasi yang menggunakan sinar-X bertenaga tinggi untuk merawat kanser. Rawatan diberi mengikut keadaan dan peringkat kanser ketika dikesan. Ada yang hanya memerlukan pembedahan dan ada yang memerlukan gabungan ketiga-tiganya. 

Sebelum menerima sebarang rawatan, pesakit sendiri perlu bersedia dan memahami rawatan yang bakal diberi seperti bertanya mengenai:
  • Peluang kejayaan setiap jenis rawatan
  • Sasaran kemo atau radioterapi bagi kanser yang dihidapi
  • Kaedah rawatan lain untuk mendapatkan kesan sama
  • Bagaimana untuk mengetahui sama ada terapi itu berkesan?
  • Jika tidak berkesan, apa kaedah rawatan lain?
  • Kesan sampingan dan bandingkan dengan rawatan lain
  • Kaedah, kekerapan dan tempoh rawatan
  • Persediaan untuk menerima rawatan dan mengurangkan kesan sampingan
  • Adakah anda perlu menjalani pembedahan, radiasi atau kedua-duanya sekali? Jika perlu, mengapa?
  • Keputusan yang dijangkakan bagi setiap rawatan
  • Kosnya dan adakah ia termasuk dalam perlindungan insurans?

Perunding Onkologi Klinikal Pusat Perubatan Pantai, Datuk Dr Ibrahim Wahid mengingatkan bahawa “Setiap pesakit mempunyai pelan rawatan berbeza dan ia direka khas mengikut keperluan serta keadaan pesakit, terutama jika mereka turut menghidap penyakit lain. Malah, pesakit tua mungkin memerlukan rawatan berbeza daripada pesakit muda walaupun keadaan mereka sama,” katanya.

Selain itu, anda boleh memuat turun Buku Panduan Sumber Untuk Pesakit Kanser Yang Baru Didiagnosis yang diterbitkan oleh Persatuan Onkologi Malaysia
Klik di sini untuk muat turun
Buku Panduan Sumber Untuk Pesakit Kanser Yang Baru Didiagnosis

Rasanya itu sahaja perkongsian saya hari ini. Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat  dan kesan dengan cepat!

Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang

TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!

TAWARAN HEBAT!
Shaklee Distributor & Bussiness Leader

868991

Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts