Bagaimana Menilai Tahap Dehidrasi (Dehydration)?

6 Tips Nak Sejukkan Badan Secara Semulajadi Tanpa "Aircond"

09:22

Nak keluar jalan-jalan tapi suhu kat luar panas sangat. Duduk dalam rumah pun panas jugak. Sekejap je badan dah berpeluh-peluh sampai basah baju yang dipakai. Jadi hari ni saya akan kongsikan petua hilangkan panas dalam badan dengan 6 Tips Nak Sejukkan Badan Secara Semulajadi Tanpa "Aircond"
tips sejukkan badan

Apa Itu Panas Badan?
Panas badan atau juga dikenali sebagai stress haba, adalah satu masalah kesihatan yang sering berlaku akibat terdedah kepada suhu tinggi seperti yang berlaku sekarang ini.

Ia berlaku apabila tubuh tidak dapat mengeluarkan haba secafa efektif untuk mengekalkan suhu tubuh antara 36.5–37.5 darjah Celsius.

Tubuh manusia secara semulajadi akan cuba menurunkan suhu dengan peluh. Namun kadangkala ia masih tidak mencukupi dan suhu tubuh terus meningkat.

Keadaan ini amat berbahaya bagi mereka yang berunur 65 tahun ke atas, bayi dan kanak-kanak, ibu mengandung dan menyusu badan serta bagi mereka yang sememangnya tidak sihat secara fizikal. 

6 Tips Nak Sejukkan Badan Secara Semulajadi Tanpa "Aircond"

1.Air kelapa
Bayangkan anda di tepi pantai Maldives yang sangat cantik sambil mengirup air kelapa segar. Mesti terasa sejuk dan nyaman kan?
tips sejukkan badan
Air kelapa adalah salah satu petua yang sangat mujarab dalam membantu menyejukkan badan. Kandungan elektrolit sangat membantu dalam menghidrat kembali tubuh yang panas. Tambahan pula,ia mengandungi pelbagai nutrien yang boleh membantu meningkatkan tenaga anda.

Saya cadangkan anda minum beberapa gelas air kelapa sehari bagi memastikan tubuh anda kembali cergas. Tapi harus diingat, minum yang segar dan tanpa gula ya. Yang dalam botol tu tak aci sebab selalunya ditambah gula.

2. Lemon
Pengambilan lemon secara konsisten  boleh memastikan badan sentiasa segar dan mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan suhu panas. Kandungan vitamin C yang tinggi membantu menurunkan suhu badan.
tips sejukkan badan
Cara Penyediaan
i)  Perah jus daripada 1/2 biji lemon ke dalam segelas air
ii) Tambah 1 sudu teh madu dan secubit garam ke dalamnya
iii) Minum sekurang-kurangnya 3 gelas sehari

3. Pudina
Pudina memberikan kesan yang mampu menyejukkan badan. Oleh itu,ia adalah petua yang sangat efektif dalam mengurangkan panas badan.

Cara 1:
Masukkan beberapa auns daun pudina segar ke dalam 1 bekas air mendidih selama 15-20 minit. Tapis daunnya dan biarkan air untuk sejuk. Masukkan air rendaman pudina tadi ke dalam air mandian dan mandi atau berendam sekurang-kurangnya 20 minit. 
NOTA:  Jika nak cepat, masukkan sahaja beberapa titis ""essential oil" pudina ke dalam air mandian anda. Mudah kan?

Cara 2:
Masukkan daun pudina segar atau yang kering ke dalam 1 cawan air panas. Tapis dan tambah sedikit madu. Sejukkan di dalam peti ais dan minum beberapa kali sehari. 
tips sejukkan badan
Selain menyejukkan badan, ia juga membantu loya dan sakit kepala. Atas sebab kandungan pudina atau peppermint ini jugak la, Pepermint-Ginger Shaklee boleh membantu Atasi Kembung Loya Muntah di Kalangan Ibu Mengandung.

4. Tembikai
Ingat tak orang tua-tua selalu pesan "Jangan makan tembikai banyak sangat. Tembikai tu sejuk". Bukan sebab tembikai tu sejuk sebab bercampur ais atau memang simpan dalam peti ais ye. Tapi tembikai sebenarnya membantu menyejukkan badan sebab kandungan airnya yang tinggi.
tips sejukkan badan

5. Air sejuk
Air sejuk membantu mengurangkan kandungan haba dalam badan. Ia juga membantu badan untuk "recover" dari kesan  suhu yang tinggi.
tips sejukkan badan
Apabila anda sedar ada peningkatan suhu badan, minum segelas air sejuk. Kemudian, minum seteguk setiap 15 minit. Ini membantu mencegah dehidrasi, yang boleh memburukkan keadaan sedia ada. 

Macam kami sekeluarga yang suka "travel" ni, Get Clean Water Pitcher Shaklee sangat membantu untuk kami dapatkan bekalan air bersih dengan mudah. Jadi, tak risau sangat kalau nak Minum Air Jika Cuaca Panas Semasa Melancong.
tips sejukkan badan
Cara lain adalah dengan merendam kaki ke dalam bekas berisi campuran air sejuk dan ais  selama 15 hingga 20 minit atau mandi je dengan air sejuk :)

6. Aloe Vera
Aloe vera atau lebih dikenali sebagai daun lidah buaya adalah petua paling mudah didapati untuk kurangkan panas badan. 

Cara 1: 
Potong dan sapu gel lidah buaya yang keluar ke seluruh badan. Biarkan sekurang-kurangnya 20 minit sebelum mandi dengan air sejuk. Ulang jika perlu. 
tips sejukkan badan

Cara 2 : 
Sediakan dan minum jus aloe vera dengan mencampurkan 2 sudu teh gel lidah buaya ke dalam segelas air. 
Peringatan : Jangan ambil lebih daripada 2 sudu teh gel lidah buaya dalam sehari. 


Rasanya itu sahaja perkongsian saya hari ini. Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat  dan kesan dengan cepat!

Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang

TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!

TAWARAN HEBAT!
Shaklee Distributor & Bussiness Leader

868991

Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts