Kanser
Diet Pesakit Kanser Yang Perlu Anda Dan Penjaga Ketahui Untuk Dapatkan Hasil Rawatan Yang Terbaik
11:52
Bagi pesakit kanser, diet selepas rawatan adalah amat penting bagi perkembangan sel-sel baru. Kenapa ia penting? Ini kerana, semasa rawatan kanser dijalankan, banyak sel-sel termasuk sel-sel sihat yang terkena "tempias" rawatan yang mati. Oleh yang demikian, nutrisi yang lengkap diperlukan untuk memastikan sel yang tumbuh juga sihat dan mempercepatkan proses pemulihan pesakit.
Sel->Tisu->Organ->Sistem
Ingat lagi tajuk "Sel Sebagai Unit Asas Benda Hidup" yang dipelajari suatu ketika dahulu. Ia menekankan betapa sel yang sihat diperlukan bagi memastikan penghasilan tisu dan kemudian organ dan kemudiannya sistem adalah dalam tahap yang terbaik.
Jadi bagaimana hendak memastikan sel yang dihasilkan adalah sihat? Cara paling mudah adalah dengan memastikan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sel yang sihat adalah lengkap dan pada jumlah yang mencukupi. Analoginya mudah, jika anda ingin membuat rumah, anda mesti mempunyai bekalan batu-bata, simen, besi tetuang dan lain-lain dalam jumlah yang cukup kan?
Adakah Diet Pesakit Kanser Berbeza?
Sepertimana yang semua sedia maklum, rawatan kanser adalah sangat "membebankan" kepada tubuh. Oleh yang demikian, keperluan pemakanan bagi pesakit kanser akan meningkat semasa sakit dan sewaktu menerima rawatan.
Bagi menghadapi proses rawatan kanser yang diberikan, pesakit kanser memerlukan pemakanan tinggi kalori dan protein bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada pada tahap yang optimum.
Ia adalah kerana pesakit kanser mudah menjadi lemah dan tidak bertenaga akibat penyakit kanser juga semasa menjalani rawatan. Ia di akibatkan oleh kerana kesan sampingan rawatan dan pesakit juga mudah terdedah kepada risiko jangkitan kuman.
Apakah Fungsi Makanan Tinggi Kalori dan Protein Bagi Pesakit Kanser?
a) Mengekalkan dan memperbaiki sistem pertahanan tubuh yang baik.
b) Menggantikan tisu-tisu yang rosak atau tercedera.
c) Mengurangkan risiko dan jangkitan kuman.
d) Mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
Contoh Makanan Tinggi Kalori
- Nasi Goreng/ Beriani/Lemak
- Mee Kari/Bandung
- Roti Canai/Roti Murtabak
- Bubur Kacang/Jagung/Cha-Cha
- Puding Bersusu/ Puding Karamel/Kek
- Ais Krim/ Cendol/Abc
- Sup Berkrim-Cendawan/Ayam
- Susu Penuh Krim/Minuman Bersusu Dan Minuman Formula Khas
Contoh Makanan Tinggi Protein
- Ikan/ Ayam/Daging
- Susu Dan Hasil Tenus
- Telur
- Kekacang Dan Hasil Kekacang (Seperti Kacang Dhal, Kacang Hijau, Kacang Merah, Tauhu, Tempe Dan Lain-Lain)
Rasanya itu sahaja perkongsian saya hari ini. Jangan Lupa baca Panduan Asas Buat Pesakit Kanser yang saya kongsikan sebelum ini.
Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!
TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!
868991
Disclaimer :
Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini