Bisnes Tips

Tips Mencari Keredhaan Dalam Perniagaan

03:00

Berniaga untuk menarik rahmat dan redha Allah. Kalau semua yang berniaga ada tujuan begini, takkan ada yang berani menindas dan menipu sesuka hati.

Semalam ada adik ni buka cerita, dia beli handphone online di sebuah laman web ni. Tapi bila nak contact semula penjual tu dah tak dapat. Jadinya tak tau status barang macam mana.

Tinggi kebarangkalian dah kena tipu. Tunggu dua tiga hari lagi, kalau barang tak sampai memang kena buat laporan polis lah.

Lagi satu kalau buat bisnes dengan syarikat, macam bisnes Shaklee ni, Syarikat dah bagi amanah pada semua peniaga untuk jual barang dengan harga runcit. Tapi ada yang ingkar letak harga tidak sepatutnya semasa menjual.

Kalau dah melanggar amanah, agak-agak Allah redha tak?

Kalau dah ada peniaga lain rasa tertindas sebab mainan harga tu, agak-agak Allah redha tak?

Kalau kita bolot semua stok atas niat memonopoli pasaran, agak-agak rahmat Allah ada bersama kita tak?

Kalau pelanggan bayar harga yang dia tak layak dapat, agak-agak Allah akan permudahkan urusan penyembuhan penyakit dia tak?

Kalau peniaga sendiri tak jujur dengan diri sendiri, agak-agak duit hasil titik peluh yang dapat tu berkat tak?

Jadikan apa yang kita usahakan di dunia ni sebagai ladang mengumpul pahala dengan cara yang sebenarnya. Semoga ia menjadi jambatan pahala yang besar untuk kita ke akhirat sana.

Sebelum nak buat apa, tanya diri sendiri "Apa yang saya nak buat ni Allah redha tak?"

Shaklee Distributor & Bussiness Leader
868991

keredhaan dalam perniagaan


#tsunamishaklee #adrenalinG3

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts