antioksidan

Kenali 7 Tanda Oxidative Stress dan 5 Cara Mengatasinya

02:56

Akhir-akhir ini, ramai yang memperkatakan tentang keburukan Oxidative Stress ke atas kesihatan. Persoalannya, adakah anda salah seorang yang mengalaminya? Kami kongsikan 7 Tanda-tanda Oxidative Stress dan 5 Cara Berkesan Mengatasinya.

Apa itu proses 'Oxidation' atau oksidasi?

Proses oksidasi berlaku apabila badan kita menjalankan proses metabolisme ke atas bahan makanan atau apa jua proses di dalam tubuh badan kita yang melibatkan penggunaan oksigen yang kita sedut setiap masa (p/s: ada ke orang hidup tak sedut oksigen?)

oxidative stress

Walaupun proses ini penting, namun penghasilan bahan "by-product" yang tidak diingini iaitu radikal bebas adalah tidak dapat dielakkan. 

Kewujudan radikal bebas sebenarnya adalah normal dan diperlukan untuk menyebabkan kerosakan yang kita katakan "perlu", kerana apabila berlakunya kematian sel, pertumbuhan sel-sel baru akan dapat dirangsang.

Hanya apabila jumlahnya menjadi berlebihan atau "tidak seimbang", barulah masalah akan timbul kerana tindakbalas radikal bebas adalah bersifat tindak balas berantai ('chain reaction'). Ia tidak akan berhenti selagi ia tidak dineutralkan. Jika ia tidak dibendung, proses ini akan mengakibatkan kerosakan pada sel-sel, protein dan DNA kita.
oxidative stress

Ish, susah kan nak bayangkan kesannya? Jom kita buat satu eksperimen yang mudah. Potong sebiji epal dan biarkan terdedah kepada udara.

Kemudian perhatikan sendiri warnanya bertukar dari putih kepada warna seperti karat apabila terdedah kepada udara. Itulah gambaran mudah mengenai proses oksidasi. Dah itulah yang berlaku dalam badan kita! 

oxidative stress

Proses oksidasi berlaku apabila:
  • Apabila sel menggunakan glukosa untuk menghasilkan tenaga
  • Apabila system imun menyerang bakteria dan mengakibatkan keradangan
  • Apabila tubuh melakukan proses detoks terhadap bahan-bahan dari pencemaran, racun dan asap rokok
  • Apabila tubuh mengalami stress dari segi fizikal dan/atau emosi

Apakah tanda-tanda kita mengalami tekanan oksidasi (oxidative stress)?
  1. Badan tidak bermaya
  2. Mudah lupa
  3. Sakit pada otot atau sendi
  4. Kedutan pada kulit dan beruban
  5. Penglihatan menjadi kabur
  6. Sakit kepala dan sensitif terhadap cahaya
  7. Mudah dijangkiti penyakit

Tekanan oksidatif (Oxidative stress) juga turut dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti fibromyalgia, kencing manis, Alzheimer, insomnia, kanser dan pelbagai lagi.

Bagaimana hendak mengurangkan Tekanan Oksidatif (Oxidative Stress)?
  1. Kurangkan pengambilan gula proses atau makanan proses - pengambilan gula proses akan menyebabkan tubuh bertindak untuk menukarkankannya kepada bahan simpanan atau menukarkannya kepada tenaga. Tindak balas oksidasi ini akan menyebabkan radikal bebas terhasil
  2. Elakkan jangkitan
  3. Memberi masa pada tubuh untuk berehat dan kurangkan stress (bersenam, berehat bersama keluarga)
  4. Elakkan toksin daripada asap rokok, pencemaran dll
  5. Meningkatkan Anti-Oksidan

    • Antioksidan adalah musuh utama bagi radikal bebas. Ia meneutralkan radikal bebas dan menghentikan tindak balas berantai yang jika tidak dihentikan, akan mengakibatkan kerosakan yang teruk

      • Meningkatkan penghasilan anti-oksidan dengan mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat serta kaya dengan antioksidan.
      • Ambil suplemen yang kaya dengan antioksidan

Polyphenol dan oxidative stress
Vivix mengandungi kandungan resveratrol dan polifenol, iaitu sejenis antioksidan yang 10x ganda lebih tinggi berbanding antioksidan lain dipasaran.

Menariknya ia dihasilkan dari kajian saintis yang tinggi dan sangat teliti untuk menyokong 4 mekanisme bertindak sebagai penghalang penuaan sel sebelum usia:
  • Melindungi dan memperbaiki sel
  • Meningkatkan prestasi sel
  • Memperbaiki pengawalaturan sel
  • Melambatkan pembentukan protein AGE yang menggalakkan penuaan sel sebelum masanya

Dapatkan Vivix sekarang dengan konsultasi mengagumkan!

Hubungi saya,

Shaklee Distributor & Bussiness Leader
868991

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts