Bila anak sakit, sebagai ibu kita pun rasa ikut sakit. Bukan sakit macam anak-anak, tapi lebih kepada sakit kepala dan susah hati je sebenarnya.
Lumrah sebagai ibu kita rasa sayu je bila tengok anak merengek, layu, lesu, makan dan minum pun tak nak. Jadi sebagai ibu kita harus kuat dan kreatif tackle selera anak. Mungkin 7 Makanan Ketika Sakit Untuk Anak Kecil Yang Hilang Selera Makan ini boleh di jadikan sebagai panduan.
Berikut nasihat Dato' Dr Musa kepada ibu bapa sekiranya anak sakit:
1. Berilah makanan dan minuman apa yang di inginnya. Anda tidak harus bertegas dengan jenis makanan - relax the rules.
2. Biarlah mereka makan sedikit demi sedikit. Suap mereka jika perlu. Mungkin hanya sesudu dua. Itu sudah memadai. Jangan marahkan mereka atau ugut mereka kelak mereka lagi 'buat perangai'.
3. Jangan paksa anak makan kerana ini akan lagi mengganggu tingkah lakunya.
4. Jika sakit hari kedua dan ketiga makanan tidak berapa penting. Tetapi pastikan anak minum secukupnya.
Biasanya masa sakit ni lah anak-anak akan minta vitagen dan air kotak yang berjenis-jenis. Layankan sahaja. Tapi elakkan air berkarbonat dan masam kerana tidak sesuai untuk perut mereka yang tidak makan apa-apa.
5. Jika muntah ataupun demam, anak akan memerlukan lebih banyak cecair seperti ORS atau minuman isotonik. Anda juga boleh berikan air kelapa muda kepada mereka. Ketahui 5 Khasiat Air Kelapa Muda Untuk Kesihatan Yang Ramai Belum Tahu.
6. Susu dan jus buah-buahan (kaya dengan vitamin dan galian) merupakan cecair yang paling berkhasiat.
7. Susu boleh diberikan secara milk shake, kastard, aiskrim atau yogurt untuk meningkatkan seleranya.
Rujukan: Buku Mama Saya lapar, Wardina Safiyyah
Selain dari itu sebagai ibu bapa keraplah berdoa agar kesihatan anak kita pulih kembali. Jangan lupa selitkan juga agar Allah beri kekuatan, ketabahan dan kesabaran pada kita dalam menghadapi kerenah anak yang tidak sihat. Percayalah, doa ibu itu sangat makbul dan tiada hijabnya. Mohon sepenuh hati ya para Ibu.
Jauhi perkara yang syirik dan mapu merosakkan akidah. Jika anda lihat keadaan anak tidak berubah walaupun telah 3 hari ataupun semakin teruk, segeralah membawa mereka ke hospital untuk rawatan lanjut. Nyawa anak lebih penting dan tiada galang gantinya.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu-ibu semua.
Your Trusted SID
ID 868991
Riza Afzan Asri
SMS/Whatsapp 012-4637064
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia
~Happy to share, pleasure to help~
8 respon
Bagusnya tips ini. Memang sedih jika anak jatuh sakit. Kalau boleh, biarlah kita sahaja yang menanggung kesakitan itu, bukan mereka kan?
ReplyDeleteBetul. sedih sangat rasa. Mula la insaf sekejap rela tengok anak2 melompat-lompat dari asik melepek je.
DeleteInfo yang berguna...slalu bila anak sakit tknk makan mesti meroyan...
ReplyDeleteIbu yang meroyan ye? sabar-sabar. Sakit anak-anak tu ujian untuk kita juga sebenarnya
Deleteterima kasih atas info ini
ReplyDeleteTengok anak kecik sakit, sayu je rasa hati. Kadang2 tak tau dah nak bagi makan ape. Thanks for the tips =)
ReplyDeleteBila anak sakit, memang ikut je anak nak makan apa asalkan tak memudaratkan.
ReplyDeleteItulah nya..mak susah hati. tapi mesti kn bg mkn minum jugak
ReplyDeleteTinggalkan Komen Anda Di Sini