Penuaan vs Anti Penuaan?

05:00

Pernahkah anda menerima kmen seperti ini?

“Kenapa perlu ada produk anti-penuaan? Sedangkan penuaan itu satu proses dalam hidup kita. Dalam al-Quran pun ada menyebut tentang penuaan. Adakah kita nak lawan fitrah?”

Adakah anda pun terfikir yang sama?Jangan risau,saya pun pernah fikir macam tu :)

Sebenarnya, penuaan dan menjadi tua (berusia) adalah 2 benda berbeza. Menjadi tua dan berusia adalah satu proses dalam kehidupan yang mana tiada siapa dapat lari darinya, kecuali yang meninggal di usia muda.

Walaupun kesan penuaan ada kaitan dengan usia juga, yakni pada umur tertentu, tubuh manusia mula hilang keupayaan untuk membahagikan sel dan rangsangan neuroendcrine dari otak dan kelenjar endocrine terhenti. Oleh sebab itu orang berusia berbeza dari segi fizikal dan keupayaan berbanding orang muda.

Manakala penuaan disebabkan oleh perkara2 berikut:- 
 - DNA yang tidak normal
- Kerosakan sel akibat radikal bebas
- Katabolisma protein yang tidak efisen
- Sebab2 lain


Penuaan sel ini menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan, terutama yang biasanya dihidapi oleh orang-orang berusia.

Antara penyakit2 akibat kesan penuaan (ini secara general sahaja. ia boleh jga berlaku pada sebarang usia) :-
  • Kanser
  • Penyakit kardiovaskular
  • Osteoporosis
  • Diabetes
  • Katarak
  • Darah tinggi
Secara asasnya, kesan penuaan bermula dengan proses penghasilan radikal bebas melalui proses metabolisme.Namun mekanisma antioksidan tubuh kita menjadikan radikal bebas yang terhasil ini tidak memberi kesan kepada kesihatan. Namun dunia moden yang penuh dengan pencemaran serta penggunaan bahan-bahan yang diperbuat dari bahan kimia (walaupun perabot rumah!) menjadikan radikal bebas semakin banyak terhasil dalam tubuh kita. Perkara ini menjadi sebab utama kenapa penuaan sel berlaku.

Oleh yang demikian, kita perlu menjaga kesihatan bukan saja dari segi pemakanan yang berkhasiat dan seimbang malah juga barang-barang kegunaan harian termasuk pakaian dan perabot rumah, bagi mengurangkan risiko ‘kemasukan bendasing’ ke dalam tubuh kita.

 
Kredit to Mommy Lyna
 
Artikel lain yang anda perlu baca:
 
 
 

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts