Inflamasi
4 Strategi Paling Berkesan Untuk Elak Penyakit Disebabkan Keradangan: Yang ke-2 Pasti Anda Tak Pernah Peduli
18:49
Seperti racun yang bertindak dalam diam, inflamasi sedikit demi sedikit akan merosakkan organ dan tisu badan kita tanpa kita sedari. Dan kita terus hidup, bekerja dan melakukan aktivit harian dengan persepsi palsu "Aku masih sihat la. Aku tak sakit" sehinggalah pada satu hari, penyakit berkaitan inflamasi atau keradangan menyerang anda.
Tajuk Bab 1 iaitu "Silent Inflammation: The Volcano Within" dalam buku Family Health Modern Medicine (Causes, Symptoms and Prevention) yang ditulis Dr. Bruce Miller menarik perhatian ku. Selama ini, buku ni hanya terperap di dalam beg isteriku je.
Tajuk Bab 1 iaitu "Silent Inflammation: The Volcano Within" dalam buku Family Health Modern Medicine (Causes, Symptoms and Prevention) yang ditulis Dr. Bruce Miller menarik perhatian ku. Selama ini, buku ni hanya terperap di dalam beg isteriku je.
Dan satu demi satu flashback hidup aku berlalu macam filem "Bisik Pada Langit" lakonan Jalil Hamid (flashback je, cerita tak sama). Selama ini tekanan darah dan paras gula aku sentiasa normal. Jika buat ujian darah, Alhamdulillah paras semua normal. Cuma BMI je lari sikit (sikit la kan?hehehe).
Tapi sejak 4 bulan lepas, satu demi satu insiden berlaku. Gigi bongsu yang tak pernah sakit, tiba-tiba sakit dan perlukan pembedahan hampir 3 jam. Kemudian buat minor operation untuk buang lipoma sebesar telur ayam gred C di dahi. Dan 2 hari selepas itu, lutut pula terkeluar dari soket!!!!
"wuh-PSSSH!", bunyi cemeti merobek lantai tiba-tiba memenuhi fikiran.
Adakah aku sedang menghadapi krisis inflamasi? Ya adalah jawapan yang paling tepat menurut Dr Duke Johnson M.D dalam bukunya The Optimal Health Revolution yang menggambarkan inflamasi senyap sebagai "seperti hidup di bawah gunung berapi yang menunggu masa untuk meletus pada bila-bila masa".
Apa Sebenarnya Inflamasi?
Inflamasi bukanlah sejenis penyakit atau sejenis jangkitan kuman. Jangkitan kuman adalah pencerobohan organisma yang membawa penyakit ke dalam tubuh dan inflamasi adalah sistem pertahanan tubuh untuk mengenalpasti dan mempertahankan tubuh daripada bakteria, virus dan bahan-bahan bendasing.
Mengapa Inflamasi Penting?
Inflmasi adalah satu proses yang amat penting untuk manusia terus survive. Inflamasi atau keradangan adalah salah satu komponen perlindungan dalam sistem imun manusia.
Contohnya, apabila nyamuk menggigit anda, tubuh akan bertindak menghantar sel imun dan bahan kimia semulajadi untuk memusnahkan kuman dan memulihkan kerosakan yang terjadi. Apabila penceroboh berjaya dihapuskan sama sekali, inflamasi akan menurun dan diambil alih oleh proses pemulihan.
Tanpa proses inflamasi atau keradangan, jangkitan akan terus berlaku dan luka tidak mungkin akan sembuh.
Jenis-jenis Inflamasi?
Inflamasi Akut
Semua orang pernah mengalami inflamasi akut. Percaya atau tidak, pergelangan kaki terseliuh, alergi kulit, jerawat, demam panas dan gigi yang dijangkiti kuman adalah contoh-contoh mudah di mana inflamasi akut berlaku.
Semua perkara-perkara di atas akan diikuti dengan simptom-simptom seperti bengkak, sakit, panas, merah dan hilang fungsi.
Inflamasi akut berlaku pada satu bahagian sahaja, bukan yang boleh meragut nyawa dan kebanyakan yang mengalaminya akan pulih tanpa sebarang komplikasi.
Inflamasi Senyap (Kronik)
Inflamasi senyap berlaku tanpa anda sedari kehadirannya sehinggalah ianya sudah terlewat. Anda tidak akan mengalami simptom klasik sepertimana inflamasi akut.
Inflamasi menjadi kronik apabila sel darah putih yang dihantar oleh sistem imun ke kawasan berlakunya inflamasi, berada di situ terlalu lama sehinggakan bahan kimia yang dirembeskan mula merosakkan tisu-tisu yang pada mulanya ia mahu selamatkan. Atau dalam bahasa lebih mudah "Mekanisme pertahanan tubuh badan yang kini menjadi pembelot".
Inflamasi kronik boleh berlaku daripada hanya di satu kawasan sehinggalah melibatkan seluruh tubuh. Yang pasti, proses ini tidak akan berakhir dan ia akan terus merosakkan tisu dan organ-organ yang lain.
4 Tips Berkesan Membantu Menjauhkan Anda Dari Masalah Inflamasi
(Dipetik dari buku Family Health: Modern Medicine (Causes, Symptoms dan Prevention) yang ditulis Dr. Bruce Miller)- Pastikan Anda Mengamalkan Makanan Yang Bersifat Anti-Inflamasi / Anti-radang
- Minyak ikan, minyak flaxseed dan minyak zaitun mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi yang boleh membantu mengurangkan berlakunya inflamasi/ keradangan
- Sayur-sayuran serta buah-buahan harus dijadikan sebahagian ciri pemakanan sihat atau seimbang dalam kehidupan anda. Mengamalkan konsep "suku-suku-separuh" adalah apa yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia harus merangkumi "range" yang mengandungi vitamin dan mineral dengan manfaat anti-inflamasi, antioksidan, bahan fitokimia dan serat. Anda juga boleh amalkan halia, teh hijau serta kunyit.
- Kawal Pengambilan Makanan Yang Bersifat Pro-Inflamasi (Menggalakkan Inflamasi/ Keradangan)
- Pengambilan makanan-makanan yang bersifat pro-inflamasi akan meningkatkan risiko anda mengalami inflamasi. Contohnya, Omega-6 di dalam daging haiwan contohnya, adalah bersifat pro-inflamasi dan jika tidak dikawal, boleh meningkatkan risiko anda mendapat penyakit
- Contoh-contoh makanan yang perlu dipantau dan dikawal pengambilannya dengan baik adalah seperti karbohidrat yang diproses (muffin, roti putih, makanan segera), gula proses serta pemanis, produk tenusu, daging yang telah diproses, ikan yang diternak, alkohol dan minyak masak yang diproses daripada kacang, bunga matahari, kacang soya dan jagung)
- Kurangkan minuman bergas, minuman 3-in-1 dan hadkan pengambilan gula proses (gula putih)
- Pengambilan Suplemen Bersifat Anti-Inflamasi Secara Konsisten
- Asid lemak N-3 daripada minyak ikan adalah sumber utama bagi EPA dan DHA. EPA di dalam mnyak ikan adalah bahan utama bagi pembinaaan eicosanoids iaitu sejenis bahan kimia semulajadi di dalam tubuh. Ini adalah perlu bagi memastikan proses inflamasi berada di tahap yang terkawal
- Gamma-Linolenic Acid (GLA) memainkan peranan yang penting dalam penghasilan dan penggunaan interferon. Interferon adalah bahan kimia di dalam sistem imun kita yang berfungsi untuk membunuh virus. Beberapa kajian juga mendapati GLA dapat membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit-pesakit yang menghidap rheumatoid athritis serta penyakit-penyakit yang berpunca daripada keradangan
- Antioksidan seperti glutathione, lipoic acid, CoEnzyme Q10 (CoQ10), vitamin C dan vitamin E yang diambil pada dos yang disarankan boleh membantu mengimbangi dan memastikan sistem antioksidan tubuh berada pada tahap optimum
- Selain itu, pengambilan Ginkgo Biloba, Milk Thistle dan kayu manis juga telah didapati membantu memastikan inflamasi pada tahap yang terkawal
- Perubahan Gaya Hidup Ke Arah Lebih Sihat Bagi "Menyejukkan" Inflamasi
- Tidak dinafikan, diet memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan inflamasi berada pada tahap yang terkawal. Namun begitu, diet yang sihat dan digabungkan dengan perubahan gaya hidup akan dapat memberikan keputusan yang lebih baik
- Pelbagai kajian menyokong bahawa aktiviti fizikal seperti senaman yang dilakukan secara konsisten mampu memperlahankan proses inflamasi dan membantu mencegah dan merawat penyakit inflamasi kronik seperti penyakit kardiovaskular dan Diabetes Jenis 2. Senaman akan membakar kalori dan membantu mengurangkan lemak viseral yang sememangnya mendatangkan pelbagai masalah
- Tidur yang mencukupi adalah penting kerana tubuh badan akan menjalani proses pemulihan dan ini membantu mengurangkan keradangan
- Kurangkan pendedahan terhadap toksin daripada persekitaran iaitu daripada dadah, asap rokok, toksin mineral dan industri, plumbum, merkuri dan bahan-bahan kimia di sekeliling kita yang mampu mengganggu keseimbangan sistem imun. Jumlah toksin yang meningkat akan membebankan sistem imun dan menyebabkan inflamasi kronik.
- Jauhkan diri daripada alkohol
- Kurangkan stress
Adakah ia berkesan? Percayalah, ia hanya berkesan jika anda melakukannya.
Mengapa Wajar Memilih Vivix?
Resveratrol merupakan satu bahan aktif yang terbukti mampu membantu meningkatkan kualiti hidup penggunanya. Namun, resveratrol di dalam Vivix adalah lebih unik kerana diperkaya dengan beberapa polifenol yang dipilih khas yang mampu meningkatkan keberkesanan resveratrol hampir 13 kali ganda dalam menjalankan tugasnya!
Bagaimana Resveratrol di Dalam Vivix Bertindak?
1. Meningkatkan proses biogenesis mitokondria
Bagaimana Resveratrol di Dalam Vivix Bertindak?
1. Meningkatkan proses biogenesis mitokondria
Apabila gula berjaya dibawa masuk ke dalam sel, gula ini akan diproses oleh mitokondria yang berfungsi sebagai "stesen janakuasa tenaga" di dalam sel. Pada masa yang sama, resveratrol membantu meningkatkan bilangan mitokondria melalui biogenesis mitokondria. Ini akhirnya akan meningkatkan jumlah tenaga yang dihasilkan dan menjadikan pengamal Vivix lebih bertenaga.
2. Memperlahankan proses inflamasi/keradangan
Resveratrol, anthocyanin daripada ekstrak Elderberry dan polifenol-polifenol lain di dalam Vivix bertindak sebagai antioksidan yang efektif dalam menghalang pembentukan radikal-radikal bebas.
Radikal bebas adalah punca utama berlakunya kerosakan sel melalui proses inflamasi dan apabila proses ini dapat diperlahankan, kerosakan yang lebih teruk pada paru-paru dapat dihentikan.
3. Melambatkan proses pembentukan protein AGE
Dengan membantu melambatkan penghasilan protein AGE yang terhasil akibat kerosakan sel, pelbagai turutan proses yang membawa kepada penuaan dan penyakit-penyakit kronik termasuklah kerosakan pada struktur paru-paru dapat diperlahankan.
4. Melindungi sel dari kerosakan DNA
Sebarang penghasilan sel adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada DNA. Jika DNA rosak, sel-sel yang terhasil adalah tidak sihat dan tidak dapat menjalankan tugas dengan efektif.
**Cross-Sectional Analysis of Telomere Length in People 33-80 Years of Age: Effects of Dietary Supplementation. Harley CB et al. (2014) 55th Annual Conference, JACN, Vol. 33(5), p414.
Sumber Youtube: Elizabeth Blackburn & The Science Behind Vivix
Apabila DNA berjaya dilindungi daripada rosak, kerosakan yang lebih teruk akan dapat dielakkan dan proses penghasilan sel-sel baru yang sihat akan berjalan dengan lebih lancar.
Mesti susah hati kan bila tengok suami atau ayah tak sihat? Saya pernah berada di situasi itu satu masa dulu. Memang nak kerja pun tak tenang. Tidur malam pun tak lena. Tu belum takut nak angkat panggilan telefon.
Ikhtiarlah segera sebelum keadaan lebih melarat.
Ikhtiarlah segera sebelum keadaan lebih melarat.
Jom Order Vivix Shaklee Sekarang
Cara 1 :
Dapatkan Vivix anda dengan klik pada ikon Vivix di bawah, ikuti langkah seterusnya dan pihak Shaklee Malaysia akan terus membuat penghantaran menggunakan perkhidmatan kurier GDex atau CityLink.
Vivix (1 botol) |
Vivix( 2 botol) |
TAWARAN HEBAT! |
Cara 2 :
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!
Cara 3 :
Inginkan diskaun sehingga 15% bagi produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang di nombor di bawah. Saya tunggu panggilan anda :)
Shaklee Distributor & Bussiness Leader
868991
Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
0 respon
Tinggalkan Komen Anda Di Sini